Sekolah Kebangsaan Limpoon 1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Limpoon 1
Lokasi
 Malaysia SK . Limpoon 1 , Jln Lim Yew Leong ,, 83000, Batu Pahat,, Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6074341668
Kod sekolahJBB0023
Faks6074341668


Sekolah Kebangsaan Limpoon 1 atau nama ringkasnya SK Limpoon 1, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di SK . Limpoon 1 , Jln Lim Yew Leong ,.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Limpoon 1 memiliki 214 pelajar lelaki dan 99 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 313 orang. Ia mempunyai seramai 25 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Limpoon (1) pada mulanya dikenali dengan nama 'New Primary School'. Sekolah ini telah ditubuhkan pada 8 SEPTEMBER 1957, dimana penggal ketiga persekolahan pada tahun itu bermula. 'New Primary School' tidak lama kemudian ditukar namanya menjadi 'New Primary Boys School'.

Seramai 504 orang murid serta 13 orang guru telah dipindahkan dari sekolah induknya 'High School Batu Pahat' untuk memulakan persekolahan disekolah ini. Guru Besar yang pertama bagi sekolah ini ialah Encik Zainal Abidin bin Tamby yang juga dari High School Batu Pahat.


YB Menteri Pelajaran En. Mohd Khir Johari merasmikan pembukaan Sekolah Rendah Kebangsaan Limpoon (1) Batu Pahat pada 08.07.1959 ENCIK ZAINAL ABIDIN BIN TAMBY Guru Besar Pertama SRK Limpoon (1) (08.09.57 - 31.12.60) Bangunan sekolah ini terletak di Jalan Lim Yew Leong. Tapak bangunan serta kawasan sekolah ini dibeli oleh Kerajaan Negeri dari seorang hartawan tempatan. Mengikut maklumat yang didapati daripada Persatuan Sejarah Batu Pahat.

Pada mulanya sekolah ini mempunyai sebuah bangunan yang mempunyai 6 bilik darjah, sebuah bilik pejabat, sebuah bilik guru serta bangunan kantin sekolah. Oleh kerana kekurangan bilik-bilik darjah, persekolahan terpaksa dijalankan pada sebelah pagi dan petang.

Dalam bulan Januari 1958, sebuah bangunan tambahan yang mengandungi 6 buah bilik darjah telah dibina. Bilangan kelas meningkat kepada 24 kelas iaitu 12 kelas sebelah pagi dan 12 kelas sebelah petang. Sekolah ini juga menenpatkan kelas-kelas 'SMC' (Special Malay Clas).

Untuk melaksanakan tugas-tugas pejabat yang semakin bertambah, seorang kerani sementara telah diambil untuk bertugas mulai 1 Mac 1958. Kerani yang berkenaan ialah Cik Asiah bt. Ahmad. 4 orang pekerja sekolah serta seorang jaga telah diambil untuk berkhidmat di sekolah ini. Mulai 1 September 1958, seorang Pelayan Pejabat telah diambil bekerja untuk membantu tugas-tugas pejabat sekolah ini. Pelayan Pejabat yang pertama ialah Encik Kadir bin Soal.

Mulai 1 September 1958, iaitu setahun selepas penubuhannya, sesi pagi dan sesi petang ditadbirkan secara berasingan. Sesi pagi dikenali dengan nama 'New Primary Boys' School (Morning)' dan sesi petang dikenali dengan 'New Primary Boys' School (Afternoon).

Berasaskan kepada surat Ketua Pegawai Pelajaran Johor Bil. CEOJ/61/57/(60) bertarikh 24 Ogos 1958, Guru Besar New Primary Boys' School (Morning) adalah dipertanggungjawabkan ke atas bangunan sekolah, kawasan serta bertanggungjawab tentang pembayaran gaji semua guru-guru dan kakitangan sekolah kedua-dua sesi yang berkenaan.

New Primary Boys' School telah dirasmikan pembukaannya pada 8 Julai 1959 oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu Encik Khir bin Johari. Nama 'Limpoon Primary School' mula digunakan dengan rasminya mulai 25 April 1960.

Pada 30 Januari 1960, sebuah bangunan tambahan yang mengandugi 2 buah bilik darjah telah siap dibina. Dalam tahun 1962 dibina pula sebuah bangunan yang mengandungi 5 buah bilik darjah bagi menampung murid-murid yang semakin bertambah bilangannya. Dengan ini menjadikan 4 buah bangunan serta sebuah bangunan kantin. Harga bangunan (tidak termasuk tanah) ialah RM282,165.60.

Mulai 1 Januari 1961, Limpoon Primary School telah menerima arus perubahan. Mulai tarikh tersebut bangunan ini telah digunakan untuk dua buah sekolah iaitu Limpoon Primary School (1) dan Limpoon Primary School (2). Guru Besar Limpoon Primary School (1) ialah Encik Teoh Teng Kooi dan waktu persekolahannya ialah sebelah pagi. Sementara Encik Khaw Eng Chin dilantik menjadi Guru Besar Limpoon Primary School (2) dan waktu persekolahannya ialah sebelah petang. Encik Zainal Abidin bin Tamby telah ditukarkan ke Sekolah Menengah Dato' Bentara Luar, Batu Pahat sebagai Guru Besar yang pertama sekolah tersebut.

Mulai 1 Januari 1975, Limpoon Primary School (1) ditukar nama kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Limpoon (1) dan kini dikenali pula sebagai Sekolah Kebangsaan Limpoon (1).

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Limpoon 1
SK . Limpoon 1 , Jln Lim Yew Leong ,
83000, Batu Pahat
Johor, Malaysia
Telefon = 6074341668
Fax = 6074341668

Pautan luar[sunting | sunting sumber]