Sekolah Kebangsaan Long Boh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Long Boh
Lokasi
Jln Tengku Budriah, Simpang Empat, 02700, Simpang Empat,, Perlis Indera Kayangan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6049809219
Kod sekolahRBA0077
Faks6049809219
Map


Sekolah Kebangsaan Long Boh atau nama ringkasnya SK Long Boh, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jln Tengku Budriah, Simpang Empat.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Long Boh memiliki 101 pelajar lelaki dan 84 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 185 orang. Ia mempunyai seramai 19 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Long Boh telah dibangunkan atas daya usaha seorang ketua kampung iaitu En. Hashim b. Abdullah yang menjadi pengerak utama ke arah penubuhan sekolah ini. Ketua Kampung tersebut turut menawarkan tanahnya untuk didirikan bangunan sekolah bagi kemudahan anak-anak buahnya.

Sekolah Kebangsaan Long Boh telah dibina di atas sebidang tanah seluas 3.98 ekar. Pada peringkat permulaan terdapat 4 bilik darjah dan mula dibuka pada 10 hb Ogos 1969 dibawah pentadbiran GuruBesar Sek. Keb. Utan Aji. Pada 3 Januari 1982, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, telah mengisytiharkan Sek.Keb. Long Boh sebagai sekolah yang menjalankan pentadbirannya sendiri dan Guru Besar yang pertama ialah En. Azmi Said dengan dibantu 2 guru penolong dan seorang guru agama.

Di awal sesi persekolahan 1994, sekolah ini sekali lagi telah memecahkan tradisinya dari Sekolah Bercantum dan di bawah Enrolmen telah dinaikkan taraf Sekolah Gred B berikutan pertambahan bilangan pelajar sekolah ini. Guru yang mula bertugas di sekolah ini ialah En.Abdullah Ismail dan bilangan murid pada masa itu seramai 49 orang yang ditempatkan dalam bilik darjah bercantum. Sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Tuanku Syed Putra Jamalulail pada 10 Mei 1970

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Long Boh
Jln Tengku Budriah, Simpang Empat
02700, Simpang Empat
Perlis, Malaysia
Telefon = 6049809219
Fax = 6049809219

Pautan luar[sunting | sunting sumber]