Sekolah Kebangsaan Majidi Baru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Majidi Baru
Lokasi
Jalan Cempaka Majidi Baru, 81100, Johor Bahru,, Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBERAGAMA, BERILMU, BERJASA
Nombor sekolah6073334396
Kod sekolahJBA1012
Guru besarAZHAR BIN AHMAD [1]
Faks6073345453


Sekolah Kebangsaan Majidi Baru atau nama ringkasnya SK Majidi Baru, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Cempaka Majidi Baru.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Majidi Baru memiliki 714 pelajar lelaki dan 654 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1368 orang. Ia mempunyai seramai 82 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Keb Majidee Bahru dibuka pada 1969. Telah mula dibina pada tahun 1967 ditapak sedia ada.

Sebelum pembukaan sekolah ini, anak anak penduduk Kg Majidee Bahru yang sekarang dikenali sebagai Kampung Sulaiman Menteri, bersekolah di Sekolah Kebun Teh, Sekolah Ren Khir Johari dan lain lain sekolah sekitar.

Guru Besar pertama ialah Cikgu Hamidon Abb Ghani, merupakan Guru Besar Sek Keb Kebun Teh yang dipindahkan di sana. Beberapa orang Guru yang bersama sama pada tahun pertama sekolah beroperasi ialah Cikgu Shamsuddin, Cikgu Khalid, Ustaz Sabran.

Ketua Murid 1969-70: Idris Takyan

Sekolah Kebangsaan Majidi Bahru, Johor Bahru ditubuhkan pada 5 Januari 1969 terletak di suatu kawasan tanah lapang dengan kawasan penempatan penduduk setempat. Dua blok bangunan iaitu Blok A dan Blok B adalah bangunan asal sekolah ini, bangunan uni mempunyai 9 buah bilik darjah, sebuah pejabat pentadbiran dan sebuah bilik rehat. Sekolah ini disediakan juga dengan sebuah kantin dan satu padang permainan.

      Tn. Hj Hamidon b. Abd. Ghani merupakan Guru Besar pertama sekolah ini. Jumlah murid pada ketika itu ialah 611 orang dan diwujudkan dua sesi persekolah untuk menampung 18 buah kelas. Murid-murid ini terdiri dari kanak-kanak yang dikumpul semula dari beberapa buah sekolah berhampiran seperti SK Angkatan Tentera, SK Mohd. Khir Johari dan SK Kebun Teh.

       Pada tahun 1973, sebuah bangunan dua tingkat dengan 4 buah bilik darjah telah mula didirikan untuk menampung jumlah murid yang semakin bertambah. Blok C ini digunakan pada tahun 1974 dengan jumlah murid 1024 orang. Sekolah ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Allahyarham  memegang jawatan YAB Tun Perdana Menteri Malaysia. Pada tahun 1978, dengan usaha PIBG, wakil rakyat, Tuan Haji Hussin b. Naemat, derma-derma dari ibubapa dan guru-guru sekolah ini, maka sebuah surau terbina di mana kelengkapannya adalah sumbangan dan derma dari orang ramai.

        Pada tahun 1979, Bilik Rawatan Pergigian mula dibuka dengan perbelanjaan dari pihak sekolah dan peralatan disediakan oleh Kementerian Kesihatan. Pada tahun 1983, sebuah bangunan 3 tingkat dibina untuk menampung jumlah murid yang semakin bertambah. Blok D yang terdiri dari 10 buah bilik darjah dan beberapa bilik khas. Pada penghujung tahun 1991, sebuah bangunan setingkat ( Blok E) didirikan untuk menampung bilangan murid yang kian bertambah. Jumlah Murid telah meningkat kepada 1898 orang. Bilangan guru 85 orang dan sembilan orang kakitangan sokongan.

        Pada tahun 1994, sebuah bangunan 4 tingkat telah didirikan. Blok ini terdiri dari 13 buah bilik darjah, sebuah Kemahiran Hidup dan sebuah Bilik Pemulihan. Blok ini telah digunakan sepenuhnya pada tahun 1995. Pada tahun 2002 Blok E telah diruntuhkan dan telah diganti dengan bangunan empat tingkat. Beberapa bilik khas terdapat di bangunan ini.

         Surau Hajah Katijah telah dirasmikan pada 16 Oktober 2003 oleh Yang Berusaha En. Abdullah b. Abd. Hamid wakil rasmi Tuan Pengarah Pendidikan Johor. Pada hari yang sama juga Kelab Komputer Anjuran PIBG turut dirasmikan. Kelas Pra Sekolah mula diwujudkan di SK Majidi Bahru mulai sesi ini.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sukan : Pada tahun 1969-70 : Pasukan Sepak Takraw Bawah 12 Tahun telah berjaya menjadi Naib Johan peringkat MSSD.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Majidi Baru
Jalan Cempaka Majidi Baru
81100, Johor Bahru
Johor,  Malaysia
Telefon = 6073334396
Fax = 6073345453

Pautan luar[sunting | sunting sumber]