Sekolah Kebangsaan Major General Datu Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Maj Gen Datu Ibrahim
Lokasi
 Malaysia D/A Pej.Pel.Gab.Kch,Jln Diplomatik,Off Jalan Bako, 93050, Kuching,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoPengetahuan suluh kemajuan
Nombor sekolah082-612410
Kod sekolahYBA1353
GPK Pentadbiran dan AkademikENCIK MANAN BIN HJ TANI
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridENCIK ISMAIL BIN HJ YUNUS
Penolong Kanan KokurikulumENCIK SEDAI ANAK GARA
Faks612410


Sekolah Kebangsaan Maj Gen Datu Ibrahim atau nama ringkasnya SK Maj Gen Datu Ibrahim, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pej.Pel.Gab.Kch,Jln Diplomatik,Off Jalan Bako.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Maj Gen Datu Ibrahim memiliki 509 pelajar lelaki dan 462 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 971 orang. Ia mempunyai seramai 64 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama Asal sekolah ini ialah Sekolah Kem Seri Lara. Sekolah ini dikhaskan untuk anak-anak tentera yang berkhidmat di Kuching. Oleh kerana mereka ini sering berpindah randah maka pihak tentera bersetuju untuk menderma sebidang tanah dalam kem tentera (Kem Semenggo) sebagai tapak sekolah secara tetap.

Pada awal penubuhannya terdapat seramai 64 orang pelajar dan 2 orang guru berada di sekolah ini. Bilangan pelajar dan guru semakin meningkat apabila jumlah tentera yang dihantar untuk berkhidmat di sarawak semakin bertambah. Apabila sebuah sekolah di Jalan Airport Lama ditutup, maka bermulalah era bagi sekolah Kem Seri Lara ini.

Guru Besar pertama, Hj Othman Hj Zainuddin (Almarhum) telah membuat rayuan kepada pihak tentera untuk membina beberapa buah bilik darjah baru, gelanggang bola keranjang dan sebuah padang bola sepak. Permohonan ini telah diluluskan oleh pihak tentera.

Sebagai mengenang jasa dan sumbangan ini, nama seorang Panglima Angkatan Tentera yang berkhidmat di Sarawak telah diangkat secara rasmi sebagai nama sekolah. Maka tertubuhlah Sekolah Rendah Bantuan Mejar Jeneral Dato Ibrahim pada 30 Jun 1968.

Sekolah ini telah didaftar oleh Jabatan Pelajaran Sarawak pada 30 Disember 1967.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Johan Bola Baling Zon A

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Maj Gen Datu Ibrahim
D/A Pej.Pel.Gab.Kch,Jln Diplomatik,Off Jalan Bako
93050, Kuching
Sarawak, Malaysia
Telefon = 082-612410
Fax = 612410

Pautan luar[sunting | sunting sumber]