Anglo Chinese School, Klang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Anglo Chinese School (yang lebih dikenali sebagai SK/SMK Methodist ACS atau ACS) sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan di Jalan Raya Barat, Klang. Ia merupakan sekolah yang tertua di Klang dan Selangor dan dikenal pasti sebagai sekolah yang ketiga tertua di Malaysia. ACS didirikan pada 10 Mac 1893 oleh Sir William Hood Treacher.

Pada mulanya sekolah rendah dan sekolah menengah disatukan. Kedua-dua sekolah tersebut dipisahkan kemudian apabila berlaku peningkatan pendaftaran. Sekarang, sekolah rendah dan sekolah menengah masing-masing menggunakan bangunan yang berlainan dan dipisahkan oleh sebuah kantin yang sama-sama digunakan oleh sekolah tersebut. Terdapat rancangan untuk membina sebuah kantin baru untuk SM pada tahun 2010.

Lihat juga:-

  1. Sekolah Kebangsaan Methodist
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist (ACS)

Sejarah[sunting | sunting sumber]

  • Asal-usul - Bermula pada 1893 dari usaha tauke Cina yang ingin mendapatkan pendidikan Inggeris untuk anak-anak mereka. Pegawai Daerah Mr. Walter W. Skeat berusaha mendapatkan bantuan. Bermula di rumah Penghulu Mohid dengan jumlah pelajar 14 orang maka lahirlah sekolah aliran Inggeris pertama di Selangor.
  • 1893-1910 an - Dua tahun beroperasi sebagai sekolah swasta dan beroperasi dengan pembiayaan daripada sumbangan orang ramai. Pada 1896 diambil alih oleh kerajaan dan pada tahun 1915 sekolah diletakkan di bawah pentadbiran mubaligh Methodist Episcopal Mission dengan En. Lim Chin Kheng sebagai Guru Besar pertama.
  • 1920 an - Pada Julai 1920 sekolah telah terbakar dan memusnahkan hampir keseluruhan bangunan. Pada 16 Julai 1921, sebuah bangunan baru di Jalan Raya West dibuka dan dirasmikan oleh En. Oliver Marks (Residen Selangor) dihadiri bersama Sultan Selangor Sultan Alaeddin Sulaiman Shah ibni Raja Muda Musa.
  • 1922 - Kumpulan pelajar pertama telah menduduki "Senior Cambridge Exams".
  • 1930 an - Perkembangan semakin pesat.
  • 1940 an - Apabila Perang Dunia Kedua meletus di Asia Tenggara, bangunan sekolah digunakan sebagai ibu pejabat, rumah sakit dan mahkamah oleh pihak Jepun. Pihak Jepun membuka semula sekolah pelajar wajib mempelajari bahasa Jepun(Nippon-Go)
  • 1946-1949 - Selepas pendudukan Jepun, sekolah beroperasi sebagai hospital oleh tentera British. Kemudian ua berfungsi semula dan pada 1948, pengajaran sains dapat dikendalikan di sekolah.
  • 1960 an hingga kini - Sekolah terus berkembang dengan berbagai bidang akademik, sukan dan permainan. Pada 1961 bangunan tiga tingkat mula dibina mengandungi 11 bilik darjah, sebuak guru bilik, pejabat, perpustakaan dan Dewan Kuliah. Pada 1980, tingkatan Enam dimulakan. pada 1996, mata pelajaran Rekacipta mula ditawarkan. Pada tahun 1997, nama sekolah rendah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Methodist ACS Klang, manakala nama sekolah menengah tidak mengalami sebarang perubahan. Pada tahun 2001, mata pelajaran Teknologi Maklumat dimulakan.

Kelas[sunting | sunting sumber]

Sekolah Rendah[sunting | sunting sumber]

Terdapat 4 kelas pada setiap darjah sekolah rendah. Oleh kerana sekolah mempunyai 2 sesi : Pagi dan Petang, setiap bilik darjah di sekolah digunakan oleh kedua-dua sesi. Secara keseluruhannya, terdapat 12 buah bilik darjah di sekolah rendah.

Pelajar dimasukkan ke kelas-kelas berikut berdasarkan pencapaian akademik mereka:

  • Bestari
  • Harmoni
  • Kreatif
  • Maju

Sekolah Menengah[sunting | sunting sumber]

Terdapat 7 kelas bagi setiap pelajar dari Tingkatan 1 hingga 6 Atas seperti berikut:

  • Yakin
  • Gigih
  • Cergas
  • Azam
  • Setia
  • Budi
  • Jujur

Para Pengetua Sekolah Menengah[sunting | sunting sumber]

  • 1915-1921

Mr. Lim Chin Keng

  • 1921-1927

Reverend Abel Eklund

  • 1927-1929

Reverend Irwin S.Motz

  • 1929-1930

Reverend R.B. Zumstein

  • 1930-1933

Reverend G.V. Summers

  • 1933-1936

Reverend P.H. Schmucker

  • 1936-1936

Mrs. M.A. Gulland

  • 1937-1939

Reverend Abel Eklund

  • 1939-1939

Ms. Elsa Youngdahl

  • 1940-1941

Mr. H.F Clancy

  • 1942-1945

Jepun (Perang Dunia Kedua)

  • 1946-1947

Mr. V.K. Arumugam

  • 1947-1955

Mr. G.S. Arumugam

  • 1955-1957

Mr. Tan Geik Guan

  • 1957-1978

Mr. D.R. Daniel

  • 1979-1993

Mr. A.R Peter

  • 1994-1995

Mr. Wong Tuck Hong

  • 1995-2003

Mr. Lim Weng Seng

  • 2003-2006

Mr. Ng Ber Seek

  • 2007-2008

Mr. Kok Tuck Khow

  • 2008-2009

Tiada (Mr. Thiagarajan; pengganti tempat kosong)

  • 2009-2010
  • Pn. Siti Zaiton binti Selamat

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah rendah dan sekolah menengah masing-masing mempunyai lagu sekolah yang sama. Tajuknya ACS Forever.

Lirik asal (dalam bahasa Inggeris)

In days of yore in Selangor,
Our beloved school renowned,
Became a beacon of truth and light
In the hearts of all around,
Here may it stand from year to year,
An emblem of grand endeavour,
God save our land and heaven bless
Our ACS forever.

Chorus

Sing ACS forever more;
Our ACS forever.
God save our land and heaven bless
Our ACS forever.

In your classrooms and playing fields,
Our beloved teachers all,
Great truths of life and love they taught
Thro' the years we may recall,
Our hearts are filled with gratitude,
For care and loving nurture,
God grant us strength to serve mankind,
And our nation forever.

Repeat chorus

Mata pelajaran[sunting | sunting sumber]

Wajib / Subjek teras[sunting | sunting sumber]

Elektif[sunting | sunting sumber]

Aliran sastera[sunting | sunting sumber]

Aliran Perdagangan[sunting | sunting sumber]

Aliran Sains[sunting | sunting sumber]


Subjek Tambahan[sunting | sunting sumber]

Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah[sunting | sunting sumber]

ACS'ian[sunting | sunting sumber]

  1. 2005 - Khoo Hau Wei
  2. 2006 - TBA

Pelajar SPM terbaik[sunting | sunting sumber]

  1. 2005 - Khoo Hau Wei

Ketua Pengawas[sunting | sunting sumber]

Sekolah rendah[sunting | sunting sumber]

  • 2006 - Mohammad Arafat

Sekolah menengah[sunting | sunting sumber]

  • 2002 - Lim Khiam Ing
  • 2003 - Mohana Raj
  • 2004 - Lim Chong Teck
  • 2005 - Tan Shang Neng
  • 2006 - Selvandiran
  • 2007 - Khoo Hau Wei
  • 2010 - Sam Chee Kiong
  • 2011 - Muhammad Hisham Bin Abd Halim

External links[sunting | sunting sumber]