Sekolah Kebangsaan Nanga Kara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Nanga Kara
Lokasi
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Julau, 96600, Julau,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6084734241
Kod sekolahYBB6219
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Nanga Kara atau nama ringkasnya SK Nanga Kara, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Julau.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Nanga Kara memiliki 49 pelajar lelaki dan 37 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 86 orang. Ia mempunyai seramai 13 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Nanga Kara ditubuhkan pada tahun 1960.Pembukaannya adalah hasil cetusan idea mendiang Penghulu Tambi Anak Ampas yang turut mendapat sokongan padu daripada tuai-tuai rumah yang berhampiran pada ketika itu, iaitu TR Kasi (Nanga Segera), TR Jana (Sungai Ipoh), TR Ingol (Rantau Beruru), TR Salang (Sungai Jaong) dan En Tuan Anak Umbu atas kesedaran betapa pentingnya pendidikan untuk masa depan anak dan cucu mereka.

Atas kesedaran itu penduduk setempat bermuafakat mendirikan sebuah bilik kelas yang beratapkan rumbia dan berdindingkan buluh secara gotong-royong.Bangunan kelas yang seba-serbi kekurangn ini boleh menampung lebih kurang 40 orang murid pada masa itu.Guru pertama mengajar di sekolah ini ialah Cikgu Katum yang berasal dari Budu dalam bahagian Saratok.Pada masa itu, sekolah adalah di bawah pentadbiran serta pengawasan ‘Local Council’.

Pada tahun 1963, sebuah rumah guru dua bilik didirikan bagi menempatkan guru yang datang dari luar kawasan.Seterusnya, satu blok bangunan sekolah dibina dengan dua buah kelas yang sedia ada.Pengambilan murid untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran adalah sangat longgar iaitu tidak mementingkan umur asalkan murid itu mahu belajar.

Pada masa itu, ibu bapa membina sendiri pondok kecil yang dijadikan tempat tinggal anak yang jauh dari sekolah.Pondok-pondok kecil dibina berhampiran antara satu sama lain.Mereka memasak sendiri nasi dan bekalan makanan yang dibawa dari rumah. Untuk memenangani masalah tersebut, Guru Besar serta ‘School Committee’ berusaha memohon agar sekolah diberi bantuan makanan dari pihak berwajib.

Akhirnya pada tahun 1975 Pembantu Am Rendah (Tukang Masak) pertama berkhidmat di sekolah ini ialah Puan Ugan Anak Mugang @ Mugah dan beliau masih lagi berkhidmat sehingga ke hari.Dua tahun kemudian barulah bantuan bekalan asrama diterima di atas permohonan penduduk setempat.

Perubahan ketara yang muncul pada tahun 1982, apabila beberapa buah bangunan dibina.Ini termasuklah sebuah dewan makan, dapur, sebuah asrama satu blok dua bilik bagi menempatkan murid lelaki dan perempun, sebuah blok kelas lima bilik bagi menempatkan bilik guru besar, bilik guru dan tiga bilik kelas serta sebuah rumah guru besar kelas G.

SK Nanga Kara merupakan bangunan kekal yang dibuat daripada kayu sepenuhnya.Keadaan fizikal asrama kurang memuaskan dan sering dibaikpulih dari semasa ke semasa.Sumber elektrik pula adalah daripada janakuasa sekolah yang hanya beroperasi mulai 6.30 petang hingga 10.00 malam. Namun, pihak sekolah telah dapat menikmati kemudahan elektrik 24 jam mulai 2008 hasil daripada usaha murni Kementerian Pelajaran Malaysia. Sumber air adalah daripada air sungai, takungan gravity serta air hujan (Rain Harvester) yang dibina pada tahun 2005.

Pelajar sekolah ini hanya terdiri dari suku kaum Iban yang berasal daripada penduduk berhampiran iaitu Rumah Jally, Rumah Baling, Rumah Ragai dan Rumah Saban.Mod pengangkutan utama adalah melalui jalan projek tanah merah di mana pada satu-satu masa terutamanya pada musim hujan, jalan ini akan mengalami kerosakan yang amat teruk.Jalan ini hanya dapat dilalui oleh pacuan empat roda (4WD) dan motosikal sahaja.

Sekolah Kebangsaan Nanga Kara ialah salah sebuah sekolah yang terkecil dari segi enrolmen dalam daerah Julau.Murid-murid yang bersekolah di sini adalah dari empat buah rumah panjang yang berdekatan.Di samping itu ada juga di kalangan murid adalah terdiri daripada anak guru dan kakitangan yang bertugas di sekolah ini.

Masyarakat di sini majoritinya ialah kaum Iban yang mengusahakan padi huma, menorah getah dan juga berkebun lada.Purata pendapatan bulanan mereka adalah dalam lingkungan RM 300.00 hingga ke RM 500.00 sebulan.Dapat dirumuskan bahawa murid-murid di sini adalah pelajar miskin.Justeru itu semua anak petani adalah layak menerima bantuan KWAPM dan SBT dan juga bantuan lain daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Meskipun taraf sosio-ekonomi ibu bapa di bawah paras kemiskinan oleh PIBG serta bantuan dari pihak jabatan pelajaran telah banyak menyedarkan ibu bapa pentingnya pendidikan kepada anak-anak mereka sehingga sekolah kita agak menonjol dalam bidang akademik dan sukan.

Kejayaan ini dibuktikan dengan adanya seramai 5 orang guru, termasuk Guru Besar dan seorang AKS adalah terdiri daripada penduduk tempatan yang menjadi idola dan sumber inspirasi murid-murid bagi mencapai kecemerlangan.

Tambahan pula, sekolah agak bertuah dengan adanya Klinik Kesihatan Nanga Kara yang berhampiran sekolah telah memudahkan lagi urusan rawatan bagi menjamin tahap kesihatan para pelajar serta penduduk tempatan pada tahap yang baik.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Nanga Kara
D/A Pejabat Pendidikan Daerah Julau
96600, Julau
Sarawak,  Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]