Sekolah Kebangsaan Nanga Nyimoh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Nanga Nyimoh, Song
Lencana SK Nanga Nyimoh
Lokasi
Nanga Nyimoh, Sungai Katibas, 98650 Song, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan
MotoIlmu Teras Hidup
Kod sekolahYBB7307
Guru besarEncik Juan Anak Jugah
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Sugin Anak Utong
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Francis Anak Sirib
Penolong Kanan KokurikulumEncik Reynold Anak Gibson Kunding


Sekolah Kebangsaan Nanga Nyimoh atau nama ringkasnya SK Nanga Nyimoh, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang terletak di sungai Katibas di daerah Song di bahagian Kapit.

Pada tahun 2024, Sekolah Kebangsaan Nanga Nyimoh memiliki 24 orang murid lelaki dan 26 orang murid perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 50 orang. Ia mempunyai seramai 16 orang guru dan 10 orang Anggota Kumpulan Pelaksana.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Nanga Nyimoh telah ditubuhkan pada 1 Januari 1964. Nama sekolah ini berasal daripada nama sejenis pokok iaitu pokok Nimoh yang tumbuh disekitar sekolah.

Sekolah ini terletak di Sungai Katibas kira-kira 12 km dari pekan Song. Sekolah ini telah didirikan di atas persetujuan penduduk-penduduk setempat.

Bangunan Blok Kelas : Blok A (1964) sebelah kiri dan Blok B (2001) sebelah kanan

Bangunan sekolah telah didirikan secara bergotong-royong dibawah pimpinan Penghulu Jugah Anak Lapik. Penduduk dari rumah panjang di Nanga Tekalit, Nanga Miaw, Nanga Takan, Nanga Entawai, Nanga Nyimoh Ulu dan Nanga Nyimoh Ili telah terlibat dalam pembinaan sekolah tersebut.

Sekolah ini mempunyai sebuah dewan serbaguna, sebuah dewan makan dan sebuah bangunan asrama yang menempatkan dua bilik iaitu ASPURA bagi murid lelaki dan ASPURI bagi murid perempuan.

Sekolah Kebangsaan Nanga Nyimoh merupakan antara sekolah yang dipilih menjadi Sekolah Transformasi 2025 (TS25) pada tahun 2019 iaitu Kohort 5.

Guru Besar[sunting | sunting sumber]

Senarai Nama Guru Besar
Nama Tahun Berkhidmat
Mathew Jaya Januari 1964 - Mei 1965
Jeffery Lau Mei 1965 - Disember 1966
Raymond Tani 1967
Patrick Ling Januari 1968 - Disember 1971
Robert Hoo Sing Ming Januari 1974 - Disember 1987
Paschalis Goh 1988
Robertson Mawa Anak Luat Januari 1989 - April 1994
John Khoo Chong Bee April 1994 - November 2004
Chua Sam Cheh Disember 2004 - Mei 2011
Bita Anak Jungan Julai 2011 - Mei 2016
Sabarudin A/K Maleh Mei 2016 - Februari 2024
Juan Anak Jugah April 2024 hingga sekarang

Visi dan Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Visi
Membudayakan kecemerlangan dan kemenjadian murid
Misi
Melonjakkan kemenjadian murid, menjulang sekolah cemerlang
Slogan
Aiming for the Stars

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pencapaian Sekolah
Bidang Peringkat Daerah Peringkat Negeri Peringkat Kebangsaan
Action Song (2019) Johan Penyertaan -
Laungan Azan TKRS (2021) Johan Penyertaan -
Merentas Desa MSSB Kapit (2022) Naib Johan Penyertaan
Storytelling (2021) Top 3 Penyertaan
Product Review (2021) Tempat Ketiga Penyertaan
Tarian Etnik (2021) Johan Tempat Ke-7
Anugerah NILAM (2021) Johan Penyertaan
Tarian Rampaian Tradisional (2023) Naib Johan -
Tarian Asrama Harian (2023) Johan Penyertaan -
Merentas Desa MSSB Kapit (2023) Johan (P12TKB) Tempat Ketiga (P12TKB) Tempat Kesepuluh (P12TKB)
Pengucapan Awam (TKRS) (2023) - Johan Penyertaan

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Nanga Nyimoh
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Song
96850, Song
Sarawak, Malaysia
Telefon :+084-772004/ +084-772005
Fax :+804-777829

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Facebook Rasmi Sekolah

https://www.facebook.com/sknanganyimoh/

YouTube Rasmi Sekolah

https://www.youtube.com/@sknanganyimohkpm719