Sekolah Kebangsaan Nusantara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Nusantara
Lokasi
Jalan Ulu Choh, Gelang Patah, 81550, Gelang Patah,, Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah+607-5101433
Kod sekolahJBA1127
Guru besarEncik Mohd Tap bin Abu
Faks+607-5101454


Sekolah Kebangsaan Nusantara atau nama ringkasnya SK Nusantara, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Ulu Choh, Gelang Patah.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Nusantara memiliki 275 pelajar lelaki dan 246 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 521 orang. Ia mempunyai seramai 33 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Nusantara mula beroperasi 1 Januari 2006. Sekolah ini terletak di tengah-tengah kawasan perumahan Taman Nusantara dalam kawasan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah. Sekolah ini juga dibina di dalam kawasan Pembangunan Wilayah Iskandar yang sedang pesat dibangunkan di selatan tanah air.

Pada awal pembukaannya, sekolah ini mendapat khidmat seramai 18 orang tenaga pendidik dengan seorang pembantu tadbir. Pada 1 Mac 2006 barulah sekolah ini mendapat perkhidmatan seorang Pembantu Am Rendah (PAR) dan Pembantu Tadbir Rendah. Kebanyakan sebahagian besar guru yang ditempatkan di sekolah ini adalah guru yang diambil dari SK Gelang Patah termasuk guru-guru yang mengajar Pendidikan Khas manakala selebihnya dari sekolah-sekolah lain yang berhampiran termasuk Guru Besar pertama , Encik Sapian Bin Rawian yang berasal dari daerah Kulai.

Pada tahun 2008, guru yang berkhidmat di sekolah ini seramai 32 orang. Manakala seramai 232 orang murid ditempatkan di sekolah ini juga sebahagian besarnya dipindahkan dari Sekolah Kebangsaan Gelang Patah termasuk murid-murid Pendidikan Khas. Selebihnya murid yang dipindahkan dari Sekolah Kebangsaan Kampung Pulai dan Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Perintis 1. Murid-murid ini juga tinggal di kawasan-kawasan kampong yang berhampiran dengan sekolah. Pada tahun 2008, enrolmen murid telah meningkat kepada 406 orang.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Nusantara
Jalan Ulu Choh, Gelang Patah
81550, Gelang Patah
Johor,  Malaysia
Telefon = +607-5101433
Fax = +607-5101454

Pautan luar[sunting | sunting sumber]