Sekolah Kebangsaan Pandan, Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Pandan
Lokasi
 Malaysia D/A, Jabatan Pelajaran Daerah Kecil Sebauh, 97100, Bintulu,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah086-468400
Kod sekolahYBA9105
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Pandan atau nama ringkasnya SK Pandan, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A, Jabatan Pelajaran Daerah Kecil Sebauh.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Pandan memiliki 94 pelajar lelaki dan 86 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 180 orang. Ia mempunyai seramai 20 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Pandan, Sebauh merupakan sekolah luar bandar yang terletak berhampiran pekan Sebauh lebih kurang 15km jauhnya. SK. Pandan terletak kira-kira 150 meter dari tebing sungai Kemena. Ianya terletak 70 km dari bandar Bintulu. Pengangkutan utama yang digunakan oleh penduduk setempat di kawasan ini ialah pengangkutan air dan darat. Sekolah ini telah dibuka pada tahun 1951 dengan enrolmen murid seramai 20 orang dan 2 orang tenaga pengajar termasuk Guru Besar. Nama asal sekolah ini ialah Pandan Local Authority Council yang diurus oleh Bintulu Authority Council , pada tahun 1974. Jabatan Pelajaran Sarawak telah mengambil alih pengurusan dan telah membina sebuah blok bangunan baru yang terdiri daripada sebuah bilik pengurusan , bilik guru dan 3 buah kelas.Sebuah asrama dan 2 buah rumah guru kelas IV juga telah dibina. Sekarang sekolah ini mempunyai: i. 2 blok bilik pembelajaran termasuk pentadbiran ii. 2 blok asrama iii. 1 blok dewan dan dapur iv. 2 rumah guru Kelas IV v. 4 unit chalet rumah guru vi. 4 unit rumah guru vii. 4 unit rumah guru baru viii. 1 unit makmal komputer

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Pandan
D/A, Jabatan Pendidikan Daerah Sebauh
97100 Sebauh, Bintulu
Sarawak, Malaysia
Telefon = 086-468400
Fax = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

https://www.facebook.com/SekolahKebangsaanPandan