Sekolah Kebangsaan Parit Melana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Parit Melana
Lokasi
 Malaysia Durian Tunggal, 76100, Durian Tunggal,, Melaka Bandar Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah06-5532499
Kod sekolahMBA0026
Faks6065532499


Sekolah Kebangsaan Parit Melana atau nama ringkasnya SK Parit Melana, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Durian Tunggal.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Parit Melana memiliki 229 pelajar lelaki dan 235 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 464 orang. Ia mempunyai seramai 37 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Parit Melana merupakan antara sekolah yang tertua di Daerah Alor Gajah, Melaka. Sekolah ini dibina pada sekitar tahun 1925. Terletak kira-kira 20 km dari Bandar Melaka dan 10 km dari Bandar Alor Gajah.

Bangunan sekolah ini asalnya terdiri daripada sebuah pondok kayu beratapkan daun nipah dan sebuah rumah untuk Guru Besar yang terletak di Solok Songsang. Pada awalnya penubuhannya dianggarkan hanya terdapat kira-kira 60 hingga 80 orang murid sahaja yang belajar di sekolah ini serta terdapat sebuah perigi yang digunakan bagi pelajar-pelajar mengambil air bagi kegunaan pelajar dan bekas tapak perigi itu masih boleh dilihat tetapi sudah tidak digunakan lagi pada masa sekarang.

Pada tahun 1930 sebuah bangunan baru telah dibina tidak jauh dari tapak asalnya. Bangunan dua tingkat ini diperbuat daripada kayu dan berbentuk "U" serta mengandungi dua buah rumah untuk guru. Memandangkan masalah kekurangan bilik darjah, Jabatan Pendidikan Melaka telah bersetuju untuk membaikpulih rumah guru tersebut untuk dijadikan bilik darjah. Pada masa kini rumah tersebut telah dijadikan Kelas Pendidikan Khas.

Disebabkan penambahan bilangan pelajar. Pada tahun 1961, kerajaan telah mendirikan sebuah lagi bangunan tambahan satu tingkat separuh kayu yang mengandungi 4 buah bilik darjah. PIBG sekolah telah memohon kepada Kementerian Pendidikan agar bangunan kayu yang dibina sejak zaman penjajah ini dirobohkan digantikan dengan bangunan baru kerana tidak selamat untuk digunakan lagi. Berkat daya usaha dan inisiatif PIBG dan Guru Besar sekolah ini, akhirnya pada tahun 1994 terbinalah sebuah bangunan baharu setinggi 4 tingkat. Seramai 367 orang murid telah memulakan sesi persekolahan 1995 di bangunan baharu tersebut. Bangunan baharu ini telah dirasmikan oleh TImbalan Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Kawasan Selandar, YB Datuk Dr Fong Chan Onn pada hari Khamis 12 Rejab 1418 hijrah bersamaan 13 November 1997. Pada awal tahun 2002 sebuah bangunan empat tingkat, sebuah kantin dan sebuah makmal komputer yang serba lengkap telah siap dibina dan dapat digunakan menjelang sesi persekolahan 2003.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Parit Melana
Durian Tunggal
76100, Durian Tunggal
Melaka, Malaysia
Telefon = 606 5532499
Fax = 606 5532499

Pautan luar[sunting | sunting sumber]