Sekolah Kebangsaan Pekan, Lahad Datu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Pekan Lahad Datu
Lokasi
Peti Surat 60125., 91111, Lahad Datu,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6089882817
Kod sekolahXBA3115[1]
Guru besarHajah Sakka binti Labacho
Faks6089886817
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google


Sekolah Kebangsaan Pekan atau nama ringkasnya SK Pekan, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Lahad Datu.

Pada 2018, Sekolah Kebangsaan Pekan Lahad Datu memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 1751 orang. Ia mempunyai seramai 121 orang guru.Januari 2018[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Pekan, Lahad Datu merupakan sekolah yang tertua di daerah Lahad Datu. Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1937. Pada waktu itu, negeri Sabah masih lagi dibawah jajahan British Colony. Sebuah bangunan beratap nipah telah menjadi nadi kepada penubuhan sekolah ini.

Nama asal sekolah ini adalah Goverment Vanacular School yang mempunyai seramai 37 orang murid pada waktu tersebut. Sekolah ini telah diterajui oleh guru besar yang bernama Pangeran Abdullah daripada tahun 1937 sehinggalah 1938. pada tahun 1939, encik Mildad Zainal telah mengambil alih tempat beliau sehinggalah pada tahun 1958.

Pentabiran sekoilah terganggu dengan tercetusnya Perang Dunia ke-2 iaitu pada tahun 1941 hingga 1946. Sekolah ini berfungsi seperti biasa selepas peperangan tersebut.

Daripada Goverment Vanacular School, sekolah ini telah menukar namanya kepada Goverment Primary School pada tahun 1949. Sekolah ini kemudian berpindah daripada tapak asalnya ke tapak baru yang terletak lebih kurang 500 meter daripada bandar Lahad Datu kerana untuk memenuhi keperluan dan menampung lebih ramai murid.

Tapak baru ini namun begitu agak sempit dan tidak sesuai bagi pembangunan jangka panjang. Sekolah ini menyediakan kemudahan yang agak selesa dengan pembangunan sebua blok bangunan binaan papan dengan 4 bilik darjah dan 2 unit blok rumah guru.

Tahun 1973, sekolah ini bertukar kepada nama baharu iaitu Sekolah Kebangsaan Pekan, Lahad Datu dan berkekalan sehinggalah ke hari ini. Pada Tahun 1983 sekolah ini dibahagi kepada 2 bahagian pentadbiran kerana menampungi murid seramai 3027 murid. Daripada pembahagian itu maka wujudnya sekolah baharu iaitu Sekolah Kebangsaan Lahad Datu III. Sekolah tersebut sama-sama menumpang dan menggunakan kemudahan di sekolah ini. Sekolah Kebangsaan Unico Desa dan Sekolah Kebangsaan Payang juga telah menumpang blok bangunan pada tahun 2000 sebelum berpindah ke tapak masing-masing setelah mendapat bangunan baru pada tahun 2001.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Pekan
Peti Surat 60125.
91111, Lahad Datu
Sabah, Malaysia
Telefon = 6089882817
Fax = 6089886817
Portal rasmi www.skpekanld.weebly.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Januari 2018. Diambil 03 Disember 2018