Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Miri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (P)
Lokasi
D/A Pejabat Pelajaran Gabungan Miri, 98000, Miri,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah pendidikan khas, Sekolah kerajaan
MotoBERSATU BERDIKARI
Nombor sekolah6085653246
Kod sekolahYBA4112
Guru besarISWANDI BIN ISMAIL
GPK Pentadbiran dan AkademikMOHAMAD ABIDIN BIN SIPEK
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridLING MEE CHOO
Penolong Kanan KokurikulumSALIHIN BIN AHMAD
Faks6085653246
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Miri atau nama ringkasnya SKPK Miri, merupakan sebuah Sekolah pendidikan khas yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Gabungan Miri.

Sehingga 2018, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Miri memiliki 47 orang murid yang terdiri daripada 4 program pendidikan khas. Antaranya ialah program pendidikan khas prasekolah pekak & buta, program pendidikan khas bermasalah pendengaran, program pendidikan khas bermasalah penglihatan dan program Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran. Jumlah guru pendidikan khas kini seramai 32 orang guru 2018

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (P) Miri ditubuhkan sejak tahun 1987. Bermula dengan sebuah kelas integrasi pendengaran dan kini menyediakan peluang pembelajaran kepada murid-murid khas Pendengaran, Masalah Pembelajaran (KKBP) dan Masalah Penglihatan

Pada permulaannya ia diadakan sebagai sebuah kelas dijalankan secara Integrasi di Sekolah Kebangsaan Anchi, Miri. Bermula pada tahun 1997, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas mempunyai pentadbirannya sendiri di bawah penyeliaan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru Besar yang telah dilantik mentadbir sekolah ialah Puan Hazlina Tho Abdullah dan dibantu oleh 5 guru.

Walau bagaimanapun pejabat dan kelas masih lagi menumpang di Sekolah Kebangsaan Anchi iaitu 2 buah kelas asal telah diubahsuai dan dijadikan 5 buah kelas untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Pejabat Am pula masih berkongsi dengan bilik SPBT SK Anchi.

Pada tahun 2000 Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas diberi 2 bangunan asrama lama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Miri yang berpindah. Pengubahsuaian berperingkat menjadikan Blok A sebagai blok pentadbiran dan bilik darjah.

Pada tahun 2001 SK Pendidikan Khas (P) berpindah ke tempat baru setelah pengubahsuaian siap dijalankan dan diberi kelulusan sehingga kini. Pada tahun 2003 pengubahsuaian Blok B diadakan dan kini menempatkan bilik panitia, Pusat Sumber dan Bilik Pertuturan, bilik bimbingan dan kaunseling dan surau. Pada tahun 2004 Kelas Pra Sekolah dibuka secara rasmi.

Pada tahun 2005 Encik Stanly Aba telah mula menjawat jawatan Guru Besar dan program Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran telah mulai dibuka menjelang tahun 2006.

Pada 2013, jumlah murid telah meningkat kepada 46 orang dengan 25 guru dan 9 staf sokongan

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Miri
Jalan Datuk Muip, Piasau Jaya
98000, Miri
Sarawak,  Malaysia
Telefon = 6085653246
Fax = 6085653246

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

http://skpkhasmiri4112.blogspot.com/?m=1 https://m.facebook.com/SPKMIRI/