Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Permas Jaya (1)
Lokasi
 Malaysia Jalan Permas 1/9, Taman Permas Jaya, 81750, Masai,, Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6073873853
Kod sekolahJBA1063
Faks6073882603


Sekolah Kebangsaan Permas Jaya (1) atau nama ringkasnya SK Permas Jaya (1), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Permas 1/9, Taman Permas Jaya yang dibina di atas tanah seluas 2 hektar.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Permas Jaya (1) memiliki 355 pelajar lelaki dan 323 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 678 orang. Ia mempunyai seramai 43 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan permas Jaya 1(SK Permas Jaya 1), Pasir Gudang yang terletak di jalan Permas 1/9 merupakan sebuah sekolah rendah yang pertama di kawasan permas jaya. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Plentong, SK Permas Jaya 1 telah siap dibina pada 20 Mac 1988 , penyelarasnya ketika itu ialah En Omar bin Fadil . Pada 1 April 1988 SK Permas Jaya 1 telah beroperasi secara rasmi sepenuhnya dengan En Ariffiin Bin Marsidi menjadi Guru Besar yang pertama.

Kemudahan infrastruktur asal sekolah ini ialah dua buah bangunan tiga tingkat yang mengandungi 1 billik Sains, 1 bilik sumber, 1 bilik Perpustakaan, 1 bilik Kemahiran Hidup dan sebuah kantin. Pada tahun 1990 dua buah bangunan satu tingkat telah dibina dimana kosnya telah disumbangkan oleh orang ramai dan diuruskankan oleh PIBG SK Permas jaya 1. Majoriti murid dan guru di SK Permas Jaya 1 adalah beragama islam, surau adalah salah satu kemudahan yang amat diperlukan. Berkat usaha PIBG , guru-guru dan masyarakat setempat satu program kutipan derma telah dilakukan bagi membiayai pembinaan surau baru. Suaru telah siap dibina dan telah dirasmikan oleh PPD Johor Bahru En Rashidi bin Mohammad Pada 9 April 2000.  Pada 1Januari 2009 sebuah bangunan makmal komputer mengandungi dua buah makmal telah siap sepenuhnya, dilengkapi dengan kemudahan 21 buah komputer untuk kegunaan murid.

Sepanjang Sk Permas Jaya 1 beroperasi, sekolah ini telah berjaya mencapai tahap yang membanggakan dimana pada tahun 1993, sekolah telah dianugerahkan tempat kedua “Sekolah Harapan Negara” semasa Perayaan Hari Guru dan menjadi “Johan” diperingkat Negeri Johor. Jumlah murid yang bersekolah di SK Permas Jaya 1 pada awalnya menjangkau lebih dari 2000 orang murid, ia berkurangan sejak sekolah-sekolah yang berhampiran mula diwujudkan bagi mengatasi masalah kebanjiran murid ini. Bermula tahun 2006 hingga 2015 jumlah murid adalah dalam lingkungan 600 hingga 700 orang sahaja.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Permas Jaya (1)
Jalan Permas 1/9, Taman Permas Jaya
81750, Masai
Johor, Malaysia
Telefon = 6073873853
Fax = 6073882603

Pautan luar[sunting | sunting sumber]