Sekolah Kebangsaan Pintas Puding
Sekolah Kebangsaan Pintas Puding | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Km. 21 Jalan Kluang,Batu Pahat,, 86400, Parit Raja, Johor Darul Takzim Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6074544550 |
Kod sekolah | JBA0044 |
Guru besar | En Mohd Yahya bin Mas'od |
GPK Pentadbiran dan Akademik | En Abdul Rahman bin Darus |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Pn Suzanna binti Abdullah |
Faks | 6074543063 |
Sekolah Kebangsaan Pintas Puding atau nama ringkasnya SK Pintas Puding, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km. 21 Jalan Kluang,Batu Pahat,.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Pintas Puding memiliki 469 pelajar lelaki dan 439 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 908 orang. Ia mempunyai seramai 51 orang guru.2009
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Mengikut catatan sejarah, sekolah ini telah ditubuhkan dan dirasmikan pada hari Sabtu 7 Mac 1925. Majlis perasmian ini telah dilakukan oleh En. Hashim bin Ahmad, Penolong Pemeriksa Sekolah-Sekolah Melayu Batu Pahat bersama-sama Tn. Hj. Ismail bin Seri, Penolong Penghulu Mukim VIII, Batu Pahat. Pada waktu itu, sekolah ini dibina di atas tanah kerajaan yang dibeli daripada penduduk kampung, bangunan sekolah pada masa itu hanyalah sebuah bangunan kayu yang beratapkan nipah dan berlantaikan nibong.
Sekolah ini mempunyai berbagai nama iaitu Sekolah Melayu Batu 13 ½, Jalan Kluang, Batu Pahat pada tahun 1925, bertukar nama Sekolah Melayu Pintas Puding Batu Pahat pada tahun 1926, bertukar nama lagi kepada Sekolah Umum Pintas Puding Batu Pahat pada tahun 1957 dan akhirnya pada tahun 1972 sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Pintas Puding. Bangunan sekolah telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dato’ Hussein bin Onn, Perdana Menteri Malaysia yang ke 3 pada hari Khamis 6 Julai 1978 dan sehingga kini kekal dengan nama Sekolah Kebangsaan Pintas Puding.
Mengikut ceritanya, nama “PINTAS PUDING” diambil bersempena nama seorang Melayu keturunan Sumatera yang bernama Pak Budin. Dipercayai, Pak Budin ialah orang yang mula-mula sekali membuka perkampungan di tepi sungai berhampiran sekolah ini. Hari-hari Pak Budin memintas anak sungai untuk memenuhi keperluan hariannya. Pada waktu yang sama, Kerajaan menggalakkan rakyat membuka perkampungan. Dengan ini tali air bersebelahan sekolah ini telah dibina untuk kemudahan orang ramai bergerak kerana pada masa itu kemudahan perjalanan hanya menggunakan sampan.
Orang ramai memintas lalu di kawasan yang dikenali sebagai “PINTAS PAK BUDIN”. Secara kebetulan, halaman rumah Pak Budin penuh ditanami dengan pokok puding. Jadi lama kelamaan sebutan “PINTAS PAK BUDIN” bertukar bunyi kepada “PINTAS PUDING”.
Perubahan jenis bangunan turut berlaku mengikut arus pembangunan negara. Dari bangunan kayu, kerajaan telah menggantikannya dengan membina bangunan batu sekerat (1927) dan tambahan bangunan batu sekerat (1936), tambahan bangunan kayu beratapkan zing (1954), tambahan bangunan batu 2 tingkat (1974), tambahan bangunan terapung (1988), seterusnya tambahan bangunan baru, bangunan batu 2 tingkat (1994) bagi menggantikan bangunan lama yang tidak sesuai lagi.
Orang yang bertanggungjawab mengasaskan sekolah ini ialah En. Hassan b. Hj. Abd. Hamis, Ketua Kampung Parit Haji Hassan, En. Iman bin Idris, orang kenamaan kampung ini dan En. Rasipan bin Reso, Penolong Ketua Kampung. Mereka mengasaskan sekolah ini pada 7 Mac 1925.
Senarai Guru Besar[sunting | sunting sumber]
- Tn. Hj. Sharif bin Hj. Salleh - 07/04/1925 hingga 05/11/1925
- En. Abd. Hamid bin Ab. Karim - 06/11/1925 hingga 05/12/1928
- Tn. Hj. Harun bin Siraj - 06/12/1928 hingga 04/01/1930
- En. Baharum bin Musa - 05/01/1930 hingga 30/06/1931
- Tn. Hj. Harun bin Siraj - 01/07/1931 hingga 30/06/1948
- Tn. Hj. Abd. Ghani bin Hj. Daud - 01/07/1948 hingga 05/10/1950
- YM. Raja Md Tahir b. Md Salleh Al Haj - 06/10/1950 hingga 18/02/1951
- Tn. Hj. Mansor bin Shuja’ - 19/02/1951 hingga 13/02/1952
- Tn. Hj. Ja’at bin Abdullah - 14/03/1952 hingga 01/05/1969
- Tn. Hj. Mokhtar bin Hj. Bakri - 02/05/1969 hingga 31/08/1969
- Tn. Hj. Rushdi bin Hj. Hashim - 01/09/1969 hingga 31/07/1973
- Pn. Hjh. Safiah binti Husin - 12/08/1973 hingga 31/03/1974
- Tn. Hj. Jamil bin Nasir - 01/04/1974 hingga 31/05/1974
- Pn. Hjh. Safiah binti Husin - 01/06/1974 hingga 04/08/1988
- Tn. Hj. Md. Sidek bin Yasir - 05/08/1988 hingga 15/10/1992
- En. Mohd Su’ud bin Hj. Arshad - 16/10/1992 hingga 30/12/1993
- Tn. Hj. Salikin bin Tarimin - 31/12/1993 hingga 25/05/1994
- Tn. Hj. Kasan bin Kamal - 26/05/1994 hingga 15/06/1999
- Tn. Hj. Abd. Rahim bin Ismail - 16/06/1999 hingga 17/07/2001
- Pn. Salmah @ Norhayati binti Othman - 18/07/2001 hingga 15/04/2004
- Pn. Fatimah binti Jamil - 16/04/2004 hingga 15/06/2011
- Tn. Hj. Hamzah bin Abd. Jamak - 16/07/2011 hingga sekarang
- En. Mohd Yahya bin Masod -
Pencapaian[sunting | sunting sumber]
Kejohanan Bola Tampar MSSC Parit Raja 2023
Alamat[sunting | sunting sumber]
- Sekolah Kebangsaan Pintas Puding
- Km. 21 Jalan Kluang,Batu Pahat,
- 86400, Parit Raja
- Johor, Malaysia
- Telefon = 6074544550
- Faks = 6074543063