Sekolah Kebangsaan Salak, Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Salak
Lokasi
Pejabat Pos Sepang,, SEPANG, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan Gred A
MotoMaju Terus Maju
Nombor sekolah387061226
Kod sekolahBBA9204
Pengerusi PIBGDr. Taram Satiraksa bin Wan Abdullah
Guru besarEncik Mohamad Azami bin Ismail
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Noor Adida Tun Salwa binti Omar
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Mohd Zuki bin Yaakub
Penolong Kanan KokurikulumPuan Azira binti Ibrahim
Faks387061226
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Salak atau nama ringkasnya SK Salak, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Pejabat Pos Sepang,.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Salak memiliki 287 pelajar lelaki dan 295 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 582 orang. Ia mempunyai seramai 41 orang guru.2009

Sejarah Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Salak ditubuhkan awalnya pada tahun 1928 bertempat di kawasan berhadapan dengan Masjid Jamek Salak Tinggi sekarang. Ianya dibina di kawasan tanah kebun milik Hj. Supi. Beliau juga merupakan salah seorang pengasas tertubuhnya sekolah ini. Sekolah ini juga hanyalah merupakan satu bangunan kecil yang diperbuat daripada kayu dan dibina secara gotong-royong bagi menempatkan beberapa puluh orang murid. En. Samadi merupakan murid pertama yang didaftarkan sebagai pelajar di sekolah ini. Hj. Zubir iaitu anak kepada Hj. Supi juga merupakan antara murid terawal di sekolah ini. Pada tahun 1930 an bangunan sekolah ini telah rosak kerana dihempap pokok dalam satu kejadian ribut yang melanda Kampung Salak tinggi. Jawatankuasa kampung memutuskan untuk memindahkan sekolah tersebut ke jalan kubur Kampung Salak. Bangunan sekolah dibina bersebelahan dengan rumah Raja Jaafar yang merupakan penghulu kampung sewaktu itu. Sekolah Salak bertahan di situ sehingga tahun 1935. Pada tahun 1936 Sekolah Salak berpindah ke kawasan tapak sekolah yang ada sekarang. Bangunan sekolah dibina dengan berdindingkan separuh papan dan separuh bertam dengan beratapkan nipah. Pada tahun 1958 Sekolah Kebangsaan Salak menerima sebuah lagi bangunan yang diperbuat daripada kayu untuk dua kelas bertempat berhampiran dengan rumah Guru Besar bagi menampung bilangan murid yang semakin bertambah. Satu lagi bangunan turut dibina di pinggir padang yang dikenali sebagai bangunan ‘tukang kayu’ tempat murid-murid belajar seni pertukangan selaras dengan dasar pendidikan sewaktu itu.

Sekolah Kebangsaan Salak terus menerima perubahan dengan mendapat sebuah lagi bangunan tambahan yang diperbuat daripada batu sepenuhnya pada tahun 1961. Bangunan yang dibina berhampiran jalan masuk kawasan sekolah itu masih lagi digunakan dan sekarang telah menjadi bangunan Pejabat Pendidikan Daerah cawangan Sepang. Murid-murid Sekolah Kebangsaan Salak sewaktu itu datangnya dari Kampung Salak Tinggi, Kampung Giching, Kampung Baharu Lanjut, Kampung Jijan dan Kampung Lembah Paya. Oleh kerana bilangan murid semakin bertambah Sekolah Kebangsaan Salak menerima sebuah lagi bangunan dua tingkat yang dibina berhadapan dengan bangunan asal pada tahun 1968. Bangunan yang dikenali sebagai blok pejabat sekarang. Walau bagaimanapun, bilangan murid terus bertambah. Maka pada tahun 1979 sebuah bangunan setingkat empat kelas telah dibina bersebelahan dengan bangunan dua tingkat dan dikenali sebagai ‘bangunan gotong-royong’ kerana pembinaannya secara gotong-royong dengan penduduk kampung. Kini bangunan tersebut lebih dikenali sebagai blok ‘Kemahiran Hidup’. Sebuah lagi bangunan dua tingkat telah dibina di sebelah kanan bangunan dua tingkat terdahulu pada 7 April 1982. Bangunan ini menempatkan kantin sekarang. Pihak kerajaan membina sebuah lagi bangunan dua tingkat dan mempunyai enam kelas bersebelahan dengan bangunan blok 'Kemahiran Hidup' pada penghujung tahun1970an. Walau bagaimanapun pada 16 Julai 1996 murid-murid yang datangnya dari Bandar Baru salak Tinggi telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi yang baru dibuka waktu itu.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pencapaian UPSR

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Salak
Pejabat Pos Sepang,
Selangor,  Malaysia
Telefon = 387061226
Fax = 387061226

Pautan luar[sunting | sunting sumber]