Sekolah Kebangsaan Seksyen 13

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Kebangsaan Seksyen 13
JenisSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Guru BesarPuan Hjh Faridah binti Ramli
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn.Rafe’ah binti Basri
Penolong Kanan KokurikulumEn. Abdul Manaf bin Ahmad
Kod sekolahBBA8256
LokasiJalan Bola Sepak 13/11, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor,  Malaysia
Telefon03-55138272
Faks03-55138261


Sekolah Kebangsaan Seksyen 13 atau nama ringkasnya SK Seksyen 13, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Bola Sepak 13/11, Seksyen 13,.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Seksyen 13 memiliki 366 pelajar lelaki dan 376 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 742 orang. Ia mempunyai seramai 45 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Seksyen 13 mula dibina pada tahun 2000 dan siap sepenuhnya pada akhir 2001. Sekolah ini mula beroperasi secara rasmi pada 1 Januari 2002. Seramai 13 orang guru kumpulan pertama telah ditugaskan mengajar di sekolah ini. Seramai 180 orang murid mendaftar sebagai murid kumpulan pertama. Jumlah ini meningkat kepada 396 orang pada akhir Januari 2003.

Guru Besar pertama sekolah ini ialah Puan Normah binti Othman. Beliau mula berkhidmat di sekolah ini pada 1 Disember 2001 dan kekal hingga tahun 2004. Diikuti dengan Pn. Hjh Fazdlon binti Sheikh Amir hingga pencen pada 24 Jun 2008 dan sekarang sekolah ini diterajui oleh Puan Hjh Faridah binti Ramli hingga kini.

En. Zulkifli bin Jusoh telah dilantik sebagai Penolong Kanan Kurikulum yang pertama. Pada tahun 2004 beliau diambil alih oleh Pn. Hjh. Fuziah binti Ibrahim. Pn. Balqis binti Ahmad sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan pada tahun 2005 jawatan ini dipegang oleh Pn Hjh. Habibah binti Ahmad. Pada Jun 2008 Pn. Akma Zuraida Binti Mat Nordin telah mengambil alih tugas ini. Pada 01 Februari 2010 tempat beliau diterajui oleh Pn.Rafe’ah binti Basri. Penolong Kanan Kokurikulum diterajui oleh En. Abdul Manaf bin Ahmad hingga kini.

Kini sekolah ini telah beroperasi selama 8 tahun . Jumlah muridnya pula seramai 791 orang dan gurunya pula seramai 51 orang. Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah integrasi kerana terdapat kelas Pendidikan Khas sebanyak 5 kelas. Sekolah ini juga terdapat sebuah bangu


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Seksyen 13
Jalan Bola Sepak 13/11, Seksyen 13,
Selangor, Malaysia
Telefon = 03-55138272
Fax = 03-55138261

Pautan luar[sunting | sunting sumber]