Sekolah Kebangsaan Seri Bayu, Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Seri Bayu
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 26 Kompleks Sekolah Wawasan Manjung, 32040, Seri Manjung,, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBERILMU, BERAKHLAK, BERWAWASAN
Nombor sekolah605-6888950
Kod sekolahABA1034
Faks605-6883866
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Seri Bayu atau nama ringkasnya SK Seri Bayu, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 26 Kompleks Sekolah Wawasan Manjung.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Bayu memiliki 508 pelajar lelaki dan 430 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 938 orang. Ia mempunyai seramai 70 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Selamat datang ke SK Seri Bayu , Manjung, Perak Darul Ridzuan - Sekolah Wawasan yang pertama di negeri Perak dan yang kedua di Malaysia. SK Seri Bayu telah dibina pada tahun 2001 selaras dengan perancangan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengintegrasikan perpaduan kaum. Sekolah ini mempraktikkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terbaik berdasarkan sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Tumpuan kepada kualiti pendidikan menggambarkan usaha kami bagi memantapkan lagi sektor pendidikan negara. SK Seri Bayu menyediakan kemudahan pendidikan yang terkini, makmal komputer dilengkapi dengan rangkaian internet, tenaga pengajar yang dedikasi dan pengurusan sekolah yang berorientasikan pelanggan.

Kami juga menitikberatkan pendidikan yang seimbang di mana aspek ko-kurikulum sentiasa diberi penekanan. SK Seri Bayu juga menggalakkan penglibatan ibu bapa serta semua kakitangan sekolah dalam setiap aktiviti sekolah untuk mewujudkan suasana yang lebih kondusif dan berbudaya cemerlang .

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Seri Bayu
Peti Surat 26 Kompleks Sekolah Wawasan Manjung
32040, Seri Manjung
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 605-6888950
Fax = 605-6883866

Pautan luar[sunting | sunting sumber]