Sekolah Kebangsaan Seri Pinang, Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Seri Pinang
Lokasi
 Malaysia Jalan Gula, 34400, Simpang Empat,, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoIlmu Untuk Kebahagiaan
Autoriti pendidikanPPD Kerian, Perak Darul Ridzuan
SesiPagi
Nombor sekolah6058904992
Kod sekolahABA3034
Pengerusi PIBGPuan Zalina binti Abdul Halim (2023)
Guru besarPuan Hajah Haliza binti Hamed, ppt. (2023)
Tenaga pengajar16
Jumlah penuntut120 orang murid
Kelas6
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Ramlah binti Hassan (2023)
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Shaari bin Mansor (2023)
Penolong Kanan KokurikulumEncik Mohd Roslan bin Abu Kasim (2023)
Faks6058904992


Sekolah Kebangsaan Seri Pinang atau nama ringkasnya SK Seri Pinang, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Gula, Simpang Empat, Semanggol, Perak.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Pinang memiliki 121 pelajar lelaki dan 137 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 258 orang. Ia mempunyai seramai 25 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah persekolahan bagi Sungai Pinang telah bermula pada tahun 1918. Penduduk berhampiran kawasan Sungai Pinang seperti Sungai Protan, Sungai Baru, Parit 5, Parit 4, Parit 3, Kalumpong, Kampung Kedah dan Teluk Seribu telah bermuafakat untuk mendirikan sebuah sekolah.

Mereka telah mendapat bantuan dari Ketua Kampung dan Datuk Penghulu Mukim Selinsing. Mereka juga telah memohon bantuan dan khidmat nasihat daripada Pejabat Pelajaran Taiping.

Pejabat Pelajaran Taiping telah menghantar dua orang guru sebagai tenaga pengajar tetapi bangunan tempat belajar tidak pula disediakan. Oleh kerana penduduk - penduduk tidak mampu membina sebuah bangunan, maka Pejabat Pelajaran Taiping sedia membayar sewa jika ada bangunan yang sesuai untuk dijadikan sekolah.

Sebuah rumah atap kepunyaan Tuan Haji Abdullah telah dapat disewa dengan bayaran RM12 sebulan. Rumah ini terletak di Sungai Pinang. Pada peringkat permulaannya, seramai 42 orang murid dan hampir kesemuanya murid lelaki adalah peneroka sejarah persekolahan bagi kawasan ini.

Diantara pengasa Sekolah Sungai Pinang ialah Datuk Penghulu Mukim Selinsing, Encik Abas yang merupakan Ketua Kampung Sungai Pinang dan juga Tuan Haji Abdullah.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Seri Pinang
Jalan Gula
34400, Simpang Empat
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6058904992
Fax = 6058904992

Pautan luar[sunting | sunting sumber]