Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, Hutan Melintang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Simpang Empat
Lokasi
Jalan Bagan Datoh, 36400, Hutan Melintang,, Perak Darul Ridzuan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoILMU SULUH HIDUP
Nombor sekolah6056418336
Kod sekolahABA5076
Faks6056418336


Sekolah Kebangsaan Simpang Empat atau nama ringkasnya SK Simpang Empat, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Bagan Datoh.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Simpang Empat memiliki 297 pelajar lelaki dan 254 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 551 orang. Ia mempunyai seramai 38 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Simpang Empat adalah antara sekolah tertua di Sitiawan, bahkan di Daerah Manjung sekalipun. Sekolah ini asalnya adalah sekolah persendirian/swasta bernama Simpang Empat English School yang mula beroperasi pada tahun 1934 dan menjalankan kedua-dua sesi persekolahan iaitu rendah dan menengah. Sekolah ini ditutup sepenuhnya sepanjang tempoh Perang Dunia Kedua meletus.

Sekolah Kebangsaan Simpang Empat lebih dikenali sebagai Sekolah Gandhi oleh penduduk tempatan mengambil sempena nama dewannya “Gandhi Memorial Hall” yang telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Perak pada 2 Oktober 1952. Pada tahun 1962 sekolah ini diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai sekolah bantuan modal .

Pada tahun 1974 persekolahan menengah ditutup dan dijadikan sekolah rendah keseluruhannya lalu diberi nama Sekolah Rendah Kebangsaan Simpang Empat. Reformasi pendidikan yang berlaku pada tahun 1997 menyebabkan perkataan Sekolah Rendah Kebangsaan turut berubah menjadi Sekolah Kebangsaan dan kini nama baru sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, Sitiawan. Walaupun nama telah berubah tetapi tarafnya masih kekal sebagai sekolah bantuan modal.

Jumlah staf tahun 2004 ,adalah seramai 35 orang termasuk Guru Besar, Penolong-Penolong Kanan dan Penyelia Petang. Staf sokongan pula adalah seramai 4 orang. Jumlah murid sekolah ini adalah seramai 534 orang (390 Melayu , 140 India dan 4 lain-lain ) . 272 orang murid sesi pagi iaitu Tahun 4,5 dan 6 sementara 293 orang murid sesi petang iaitu Tahun 1,2 dan 3.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini terkenal dengan pencapaiannya dalam melahirkan seorang cendiakawan, bangsawan, pahlawan, dermawan, jutawan, hartawan, ilmuwan dan usahawan terkenal, teragung, terkacak dan terencat iaitu, Arif Akmal bin Rosli.


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Simpang Empat
Jalan Mohd Ali,
32000 Sitiawan,
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6056418336
Fax = 6056418336

Pautan luar[sunting | sunting sumber]