Sekolah Kebangsaan Sri Aman, Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Sri Aman
Lokasi
D/A Pejabat Pelajaran Gabungan, Bahagian Sri Aman, 95007, Sriaman,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6083326445
Kod sekolahYBA2118
Faks6083321830


Sekolah Kebangsaan Sri Aman atau nama ringkasnya SK Sri Aman, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Gabungan, Bahagian Sri Aman.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sri Aman memiliki 207 pelajar lelaki dan 191 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 398 orang. Ia mempunyai seramai 29 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sri Aman telah mula dibina pada 2000 dan siap sepenuhnya pada Mei 2002. Pada 1 Jun 2002 sekolah ini telah beroperasi sepenuhnya dengan 8 orang tenaga pengajar yang terdiri daripada kelas Tahun 2 dan Tahun 3 dengan muridnya seramai 122 orang, 56 orang perempuan dan 66 orang lelaki. Pada peringkat awal sekolah ini dibuka ianya hanya terdiri daripada empat buah kelas sahaja.

Sekolah Kebangsaan Sri Aman terletak di hujung jalan ke Kampung Muhibbah yang merupakan sekolah kedua dalam Bahagian Sri Aman yang mempunyai rekabentuk moden.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Mendapat Anugerah Sekolah Cemerlang Sekolah Luar Bandar Peringkat Kebangsaan (2007). Sebagai hadiah kecemerlangan, sekolah telah menerima hadiah berupa wang ringgit berjumlah RM300,000. Juara Pertandingan Folio Kerjaya Peringkat Daerah (2008, 2009).Juara Pertandingan Folio Kerjaya Peringkat Negeri (2009) dibawah Guru Penasihat Cikgu Madelena Maleng dan Cikgu M Hasli bin M Saat.Murid yang terlibat adalah dari Tahun 4 ke Tahun 6. Tempat ketiga Action Song Peringkat Zon (2012), Tempat Kedua Public Speaking Peringkat Daerah Sri Aman (2012). Tempat kedua Pertandingan Bilik BOSS Peringkat Kebangsaan Sekolah Kebangsaan (2011).Dibawah usaha Cikgu Hasiah Uji dan guru-guru SK Sri Aman

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sri Aman
D/A Pejabat Pelajaran Gabungan, Bahagian Sri Aman
95007, Sriaman
Sarawak,  Malaysia
Telefon = 6083326445
Fax = 6083321830

Pautan luar[sunting | sunting sumber]