Sekolah Kebangsaan Sri Siakap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Sri Siakap
Lokasi
 Malaysia Simpang Tiga, 34350, Kuala Kurau.,, Perak Darul Ridzuan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoSri Siakap Mesti Bagus
Nombor sekolah6057277340
Kod sekolahABA3012
PengetuaHj Hairuddin b Hj Ali
GPK Pentadbiran dan AkademikWan Saiful Jaffni b Wan Ahmad Fariduddin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridAspaliza bt Ahmad
Penolong Kanan KokurikulumSiti Zaiton bt Hamzah
Faks6057270106
Laman sesawang
Map

Sekolah Kebangsaan Sri Siakap atau nama ringkasnya SK Sri Siakap, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Simpang Tiga, Kuala Kurau, Perak.

Sejarah Sekolah[sunting | sunting sumber]

Ditubuhkan pada tahun 1888 dengan nama Sekolah Melayu Lelaki Sungai Siakap. Bangunannya hanya diperbuat daripada kayu , berdindingkan pelepah kelapa dan berlantaikan tanah.

Pada tahun 1904 Sekolah Melayu Perempuan Sungai Siakap ditubuhkan. Lima puluh dua tahun selepas itu , iaitu pada tahun 1956 kedua-dua sekolah ini telah disatukan dan diberi nama Sekolah Umum Sungai Siakap.

Dalam tahun 1980 sebuah bangunan baru tiga tingkat telah dibina dan dirasmikan oleh oleh wakil YAB Menteri Besar Perak, Encik Khalid bin Nasir. Sekolah Umum Sungai Siakap juga telah berubah  nama kepada Sekolah Kebangsaan Sri Siakap.

Pada sambutan perayaan Jubli Emas sekolah ini , iaitu pada tahun 1988, dua buah bangunan tiga tingkat telah didirikan dan seterusnya dirasmikan oleh Yang Berhormat 

Saudara Anwar Ibrahim yang ketika itu menyandang jawatan Menteri Pelajaran Malaysia.

Pada tahun 2016 sehingga kini guru besar SK Seri Siakap ialah Tn. Hj Hairuddin b. Hj Ali

Visi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Falsafah Sekolah[sunting | sunting sumber]

Mendidik setiap insan supaya perkembangan dirinya seimbang melalui pertumbuhan jasmani, emosi, moral dan estetika yang ada padanya untuk menjadi rakyat Malaysia yang mendukung prinsip-prinsip Rukun Negara.

Untuk mencapai falsafah tersebut maka prinsip-prinsip di bawah menjadi pegangan:

1. Bersepadu ke arah pencapaian bermutu,

2. Mentaati tatasusila profesion perguruan,

3. Memahami insan boleh dididik,

4. Memahami alam sekitar boleh mempengaruhi dan

5. Segala usaha ditumpukan kepada murid.

Moto Sekolah[sunting | sunting sumber]

"Sri Siakap Mesti Bagus"

Carta Organisasi[sunting | sunting sumber]


Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Kami Anak Bunga Bangsa

Warisan Kemegahan

Sedia Berjuang Membela Bangsa

Demi Pertiwi Tercinta

Sedia Hidup Berjasa

Itu Tujuan Kita

Seri Siakap Telah Terbina

Sekolah Di Simpang Tiga

Disini Tempatnya Bermula

Berjuang Berusaha

Belajar Sehingga Maju Jaya

Harapan Suci

Kami Semua Berjanji

Akan Berhemah Tinggi

Sedia Berkhidmat Sepenuh Hati

Untuk Agama Dan Negara

Suasana Sekolah[sunting | sunting sumber]

Hubungi Kami[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sri Siakap

Simpang Tiga

34350, Kuala Kurau.

Negeri Perak, Malaysia

Telefon : +6057277340

Fax  : +6057270106

Email  : ABA3012@moe.edu.my

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

https://skserisiakap.webs.com

Kemaskini[sunting | sunting sumber]

Unit ICT SK Sri Siakap 2019

PIBG SKSS 2017