Sekolah Kebangsaan St. Christopher, Debak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan St. Christopher Debak (M)
Lokasi
 Malaysia D/A Pejabat Pelajaran Daerah Betong, 95700, Betong,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6083464190
Kod sekolahYCB2402
Faks6083464190
Map


Sekolah Kebangsaan St. Christopher Debak (M) atau nama ringkasnya SK St. Christopher Debak (M), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Betong.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan St. Christopher Debak (M) memiliki 118 pelajar lelaki dan 101 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 219 orang. Ia mempunyai seramai 17 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

•Sekolah ini mula ditubuhkan pada 15 Jun 1929 dan terletak 1 km dari pekan Debak. Dikategorikan sebagai sekolah Mubaligh, sekolah ini berada di kawasan Gereja St Christopher Debak. Sekolah ditubuhkan setelah mendiang Penghulu Sujang anak Munang @ Kakak memanggil beberapa orang Tuai Rumah dari beberapa buah rumah panjang di bawah naungannya untuk menghadiri mesyuarat yang bertujuan untuk mendirikan sebuah sekolah. Sekolah ini didirikan secara bergotong – royong dan merupakan sekolah pertama yang ditubuhkan di kawasan Rimbas. Sebelum sekolah ini dibuka, penduduk di kawasan Rimbas terpaksa menghantar anak – anak mereka ke SK St Augustine Betong atau SK Sr Lawrence Simanggang (Sri Aman) untuk mendapatkan pendidikan formal.

 

•  Mendiang Penghulu Sujang telah menghubungi Gereja Anglican Christian Mission di St Augustine Church Betong untuk memohon dibekalkan beberapa orang guru untuk mengajar di sekolah yang baru ditubuhkan (SK St Christopher). Kedua – dua pihak bersetuju untuk menjadikan sekolah ini sebagai sekolah mubaligh (mission). Pada awal tahun 1930, sekolah ini dibuka dengan rasminya dan dinamakan Saint Christopher School dan Encik Martin Nanang dilantik sebagai Guru Besar yang pertama.

•  Sekolah ini ditadbir oelh Anglican Mission yang berpusat di Anglican Dioceson Educational Council, Bishop Office Kuching. Pada tahun 1968, sekolah ini dijadikan sebagai Sekolah Majlis Tempatan (Local Council Aided School). Sekolah ini ditukarkan lagi kepada Sekolah Bantuan oleh Kerajaan Persekutuan dan dinamakan Sekolah Rendah Bantuan Saint Christopher Debak pada 1976. Pada tahun 1996, sekolah ini dinamakan Sekolah Kebangsaan St Christopher Debak hingga ke hari ini.

•  Pada tahun 2017, sekolah ini ditadbir oleh En. Eddy anak Braoh (Guru Besar) dan dibantu oleh En. Shukeran bin Ahmad (PK Pentadbiran), En. Tugok anak Galau (PK HEM) dan En. Chaggat anak Santok (PK KK). Kekuatan tenaga pengajar pula sebanyak 11 orang guru (tidak termasuk pihak pentadbir) dan Anggota Kumpulan Sokongan yang seramai 10 orang. Dengan murid seramai 163 orang, sekolah ini menawarkan pendidikan dari Pra Sekolah hingga ke Tahun 6. Sekolah ini aktif dalam kegiatan Kurikulum dan Kokurikulum dengan pencapaian terbaik dalam akademik yang menghasilkan seorang pelajar 5A pada tahun 2015 ( Jacky anak Entering). Untuk pencapaian Kokurikulum pula, pada tahun 2016 seorang murid berjaya ke peringkat negeri dalam acara olahraga untuk Sukan Pembangunan yang diadakan di Bintulu, Sarawak.

•  Pada tahun 2017, sekolah sedang giat untuk meneruskan agenda pendidikan dan agenda sekolah untuk memantapkan pencapaian dari segi kurikulum dan kokurikulum.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan St. Christopher Debak (M)
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Betong
95700, Betong
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6083464190
Fax = 6083464190

Pautan luar[sunting | sunting sumber]