Sekolah Kebangsaan Stowell

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Kebangsaan Stowell
Jenis Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah PBB0019
Lokasi Jalan Rees 14000, Bukit Mertajam,, Mutiara Timur,  Malaysia
Telefon 6045303993
Faks 6045303993


Sekolah Kebangsaan Stowell atau nama ringkasnya SK Stowell, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Rees.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Stowell memiliki 571 pelajar lelaki dan 7 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 578 orang. Ia mempunyai seramai 43 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Stowell (SKS) telah ditubuhkan oleh kerajaan sebagai sekolah di bawah pentadbiran berasingan dan tersendiri mulai 01.01.1958. Sebelum ini SKS adalah sebahagian daripada Sekolah Tinggi Bukit Mertajam untuk Bahagian Rendah (Primary Section) dan ditadbir sendiri oleh Guru Besar Sekolah Tinggi Bukit Mertajam (Secondary School). Pada awal penubuhan SK Stowell, ia dikenali sebagai ‘Bukit Mertajam Boys School’, Standard Type (English Medium). Hingga kini SKS masih mengekalkan tradisinya sebagai sekolah untuk murid lelaki sahaja.

Pada 09.01.1959 SK Stowell mendapat nama rasminya sempena nama bekas Guru Besar Pertama Sekolah Tinggi Bukit Mertajam iaitu Mr. Edgar Stowell; dan nama itu kekal digunapakai hingga ke hari ini. Manakala En. Bobby Goh merupakan Guru Besar anak tempatan yang pertama mentadbir sekolah ini secara berasingan dengan 23 kelas serta 1017 orang murid lelaki  daripada Kaum Melayu, Cina dan India. Cikgu Tan Ah Keat (Guru SKS) telah mereka cipta lencana SKS dengan motto yang dicadangkan oleh Jemaah Pengurus sebagai “Strive And Attain” dan dalam versi Bahasa Melayu disebut sebagai “Berusaha Dan Berjaya”. Lencana dan motto ini kekal digunapakai hingga ke hari ini. 

1. En.Bobby Goh (1958-1967)

2. En.Ooi Keat Guan (1967-1977)

3. En.Khoo Boon Khoon (1978-1981)

4. En. Ibrahim b. Ahmad (1981-1986)

5. En. Idrus b. Ibrahim (1986-1992)

6. En. Ahmad b.Hj. Zakariya (1993-1997)

7. En. Yahaya b. Zakaria (1997-2004)

 8. En. Illyas bin Ismail ( 2004–2007)

 9. En. Ibrahim bin Ariffin ( 2007–2008)

10. En. Illyas bin Ismail ( 2008–2011)

11. En. Rosli bin Hashim ( 2011 -  2015)

12. En. Jamil bin Omar (2015 - hingga kini)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Wushu Individu Lelaki 2015 - Pingat Perak (Mongolia)

Wushu Individu Lelaki 2016 - Pingat Emas (Budapest, Hungary)

Kriket bawah 12 tahun 2017 - Johan Negeri Pulau PInang

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Stowell
Jalan Rees
14000, Bukit Mertajam, SEberang Perai Tengah,
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6045303993
Fax = 6045303993

Pautan luar[sunting | sunting sumber]