Sekolah Kebangsaan Sungai Itek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Sungai Itek
Lokasi
 Malaysia Jalan Dusun Seribu, 31600, Gopeng,, Perak Darul Ridzuan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6053593043
Kod sekolahABA2029
Faks6053593043


Sekolah Kebangsaan Sungai Itek atau nama ringkasnya SK Sungai Itek, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Dusun Seribu.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sungai Itek memiliki 89 pelajar lelaki dan 90 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 179 orang. Ia mempunyai seramai 16 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sungai Itek terletak di Jalan Dusun Seribu, Gopeng, Perak. SK Sungai Itek ini termasuk di bawah kelompak Zon Kinta Selatan, Perak. Sejarah pembukaan sekolah ini bermula pada tanggal Februari 1952 apabila banggunan sementara kepunyaan Tn. Hj Nordin dengan nama Sekolah Pintu Padang diwujudkan atas kesedaran dan semangat penduduk kampung mengenai kepentingan ilmu. Sekolah tersebut ditadbir oleh seorang Guru Besar iaitu En. Mohd Shariff B. Mutalib dan dibantu oleh dua orang guru. Bilangan murid pada masa itu adalah seramai 87 orang terdiri daripada  anak-anak penduduk kampung sekitar kawasan ini.

Pada Oktober 1953, sekolah tersebut didirikan semula atas kutipan orang kampung dan bantuan daripada pihak RIDA dan ditukar nama kapada Sekolah Umum Sungai Itek.Ia dirasmikan oleh yang Berbahagia Dato' Panglima Kinta. Majlis ini juga turut disertai oleh Penyelia Pelajaran Kinta dan wakil JPN, En. Mohd Salleh B. Ahmad A.I.M.S.

Selepas  kemerdekaan  semangat  menyekolahkan anak-anak  memuncak .Pertambahan  murid  telah membolehkan  satu bangunan  dengan  kemudahan  asas  dibina  pada  tahun  13  Oktober  1971. Sekolah tersebut  dirasmikan  oleh YB Menteri  Besar  Perak  iaitu Dato’  Kamaruddin  Bin  Mat  Isa  dan diberi nama Sekolah   Kebangsaan Sungai  Itek. Pada  tahun   1983   bangunan  baru  dibina  semula di bawah Projek  kilat Kementerian  Pelajaran Malaysia dan mula  beroperasi pada tahun 1984 sehingga ke hari ini.

Udang korat ==

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sungai Itek
Jalan Dusun Seribu
31600, Gopeng
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6053593043
Fax = 6053593043

Pautan luar[sunting | sunting sumber]