Sekolah Kebangsaan Sungai Rimu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Sungai Rimu
Lokasi
 Malaysia D/A Pejabat Pelajaran Daerah Serian, 94700, Serian,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6082896575
Kod sekolahYBB8225
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Sungai Rimu atau nama ringkasnya SK Sg Rimu, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di jalan Batang Kedup/Mentung Serian, beralamat di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Serian, Jalan Serian Sri Aman, 94700, Serian Sarawak. Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah (SKM) luar bandar. Jarak sekolah ini dari Bandar Serian adalah sejauh 29km (Sila lihat google map untuk lokasi sekolah).

SMK Balai Ringin merupakan sekolah tadahan SK Sg Rimu. Sekolah ini mempunyai sebuah padang lapang, bilik guru besar dan pejabat am, bilik guru, kelas perdana dari tahun 1 hingga tahun 6, pra-sekolah, kuaters guru JKR, dan kuaters guru sabero.Sekolah dilengkapi bekalan elektrik 24 jam dari Sesco dan Air dari Bekalan Air Luar Bandar Slabi. Sekolah ini juga mempunyai satu jawatan guru besar gred 38, tiga jawatan lantikan dalaman untuk guru penolong kanan, 9 guru akademik, 1 guru pemulihan, 1 guru pra sekolah, 1 pegawai tadbir, dan 1 pembantu murid pra sekolah. Sekolah dijaga oleh 2 pengawal keselamatan swasta dan 2 pekerja pembersihan. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi no telefon yang tertera, atau ke alamat e-mel sekolah : ybb8225@moe.edu.my atau berhubung terus dengan PPD Serian. Laman Blog Spot SK Sungai Rimu: http://sksgrimuserian.blogspot.com/

Moto Sekolah

Berdisiplin, Bertanggungjawab, Berilmu

Lirik Lagu Sekolah

Tajuk : Sekolahku  

Oh sekolahku,

Indah namamu,

Tempat kami menimba ilmu,

Pendidik dihormati,

Ilmu diberkati,

Menjadi insan mulia.

Kami di asuh dan di didik,

Menjadi harapan bangsa,

Inilah Sekolah Sungai Rimu,

Sekolah Rendah Berwawasan

Bersama kita seiringan,

Menuju arah kejayaan.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1959 oleh Cikgu Robertson Jimbau (Guru Besar Pertama) dengan bantuan penduduk kampung. Tapak sekolah telah diberikan oleh penduduk kampung Paon Rimu. Nama asalnya adalah SK Belitung semperna pohon belitung dan ditukar kepada SK Sg Rimu (Semperna Paon Rimu@Pohon Limau Liar yang tumbuh di tebing sungai) Bangunan asalnya diperbuat daripada buluh dan berlantaikan tanah liat. Pada awalnya murid yang mendaftar di sekolah ini terdiri daripada anak-anak penduduk kampung Paon Rimu dan Krait Seramai 60 orang. Pada tahun 1968 sekolah dibina semula dengan bantuan Majlis Darerah Ulu Sadong. Ia dirasmikan oleh Yang Berhormat Leornard Linggi Jugah pada tahun 1973. Di awal tahun 80an, penduduk Krait membina sendiri sekolah di penempatan mereka dan ini menyebabkan bilangan murid sekolah SK Sungai Rimu berkurangan.


Guru Besar Yang Pernah Berkhidmat Di SK Sungai Rimu

Encik Robertson Jimbau - Kakai Serian (1959 - 1962)

Encik Simon Awan - Semaba Kuching (1963 - 1964)

Encik Lainus Luak - Paon Rimu Serian (1965 - 1979)

Encik George Misol - Taie Serian (1980 - 1981)

Encik Suhai Anyan - Tarat Serian (1982 - 1990)

Encik Simon Awan - Semaba Kuching (1991 - 1997)

Encik John Bagon - Tebakang Serian (1998 - 2008)

Encik Yahya bin Rosli - Gedong Serian (2008 - 2015)

Encik Kemos anak Minggong - Slabi Enkutuh Serian (2016 - 2018)

Encik Johnson anak Gilbert Nyaod - Slabi Empurung Serian (2018 - 2021)

Encik Razali@Abang Bin Mohd Bujang - Gedong Serian (2021 - 2022)



Senarai Guru yang Pernah / Sedang Berkhidmat di SK SG RIMU

(Mengikut Urutan)

1.     Albert Jiga (Kpg. Remun Serian, Sarawak)

2.     Victor Toyoi (Kpg Tebakang, Serian,Sarawak)

2.     Charles Singka (Kpg Bayur, Serian, Sarawak)

4.     Elizaberth Luak (Kpg Paon Rimu, Serian, Sarawak)

5.     Constant Ngadan (Kpg Sumpas, Serian, Sarawak)

6.     Bridget Mambu (Kpg Paon Rimu, Serian, Sarawak)

7.     Edil Layong (Simunjan, Sarawak)

8.     Dorothy Mambu (Kpg Paon Rimu, Serian, Sarawak)

9.     Blaise Jaum (Kpg Paon Rimu, Serian, Sarawak)

10.   Boriface Benjamn (Kpg Paon Rimu, Serian, Sarawak)

11.   Cecilia Nyusung (Kpg Paon Rimu, Serian, Sarawak)

12.   Clement Nyusung (Kpg Paon Rimu, Serian, Sarawak)

13.   Henry Dinal (Kpg Paon Gahat, Serian, Sarawak)

14.   Kayak (Kpg Entayan, Serian, Sarawak)

15.   Ibai (Kpg Remun, Gedong, Sarawak)

16.   Dorea Let (Kpg Taee, Serian, Sarawak)

17.   Angela Manjang (Kpg Ampungan, Serian, Sarawak)

18.   Anna Nanju (Kpg Krait, Serian, Sarawak)

19.   Green (Kpg Krait, Serian, Sarawak)

20.   David Mamah (Kpg Paon Rimu, Serian, Sarawak)

21.   Mark Kuhoe (Kpg Paon Rimu, Serian, Sarawak)

22.   Laurence Ribo (Kpg Paon Rimu, Serian, Sarawak)

23.   John Duwai (Kpg Paon Gahat, Serian, Sarawak)

24.   Ranyi Lengkik (Kpg Bedup, Serian, Sarawak)

25.   Pait Debong (Kota Padawan, Kuching Sarawak)

26.   Sabarina Igu (Kpg Munggu Kopi, Serian, Sarawak)

27.   Ali Salleh (Gurun, Kedah)

28.   Said Mohammed (Jitra, Kedah)

29.   Safpiah Adom (Gedong, Sarawak) (sedang berkhidmat)

30.   Azlinda Azmi Mah (Shah Alam, Selangor)

31.   Dina Simpo (Kpg Undop, Sri Aman, Sarawak)

32. Maria Nyadin (Kpg Semaba, Bt 7, Kota Sentosa, Sarawak)

33.   Nabi Ligi (Kpg kakai, Serian, Sarawak)

34.   Noriani Rosli (Kpg Haji Baki, Bt 7, Kota Sentosa, Sarawak)

35.   Herbert Laurence (Kpg Paon Rimu, Serian, Sarawak) (sedang berkhidmat)

36.   Roziawani (Pasir Mas, Kelantan)

37.   Raihana (Pasir MAs, Kelantan)

38.   Roziana (Kuala Terengganu, Terengganu)

39.   Sulaiman Abdul Rahman (Rantau Panjang, Kelantan)

40.   Raja (Kuala Nerang, Kelantan)

42.   William Philip (Kpg Ranchan, Serian, Sarawak) (sedang berkhidmat)

43.   Helina Disem (Country View Estate, Bt 11, Semenggok, Sarawak) (sedang berkhidmat)

44.   Mohd Faizal (Kuching, Sarawak)

45.   Carol Lilian Sze (Uni Garden, Samarahan, Sarawak) (sedang berkhidmat)

46.   Fedelia Albert (Taman Desa Ilmu, Samarahan, Sarawak) (sedang berkhidmat)

47.   Mobory Igu (Kpg Munggu Kopi, Serian, Sarawak) (sedang berkhidmat)

48.   Cerbin Ajong (Taman Shun Lee, Bt 11,Semonggok, Sarawak)

49.   Ng Chiat Sian (Beratok Siburan, Sarawak) (sedang berkhidmat)

50.   Murad Bin Bolek (Kampung Sambir, Asajaya, Sarawak) (sedang berkhidmat)

51. Suhana Binti Andak (Kampung Semenggok Batu 12) (sedang berkhidmat)

52. Cypirian anak Logon (Kampung Pichin, Serian) (sedang berkhidmat)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pencapaian Akademik Sekolah pada tahap sederhana dan memuaskan. Pencapaian tertinggi kokurikulm adalah pada tahun 2017 di mana seorang murid perempuan menjadi wakil Sarawak untuk Rentas Desa.


Alamat Sekolah Kebangsaan Sungai Rimu[sunting | sunting sumber]

D/A Pejabat Pelajaran Daerah Serian
94700, Serian
Sarawak, Malaysia
Telefon = 011-65750563
e-mail = ybb8225@moe.edu.my
Fax = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]