Sekolah Kebangsaan Sungai Serai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Kebangsaan Sungai Serai
Jenis Sekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Guru Besar Pn. Dr. Hjh Naziran
Kod sekolah BBA4001
Lokasi Km.16, Jalan Hulu Langat HULU LANGAT, Selangor,  Malaysia
Telefon 390741377
Faks 390741377


Sekolah Kebangsaan Sungai Serai atau nama ringkasnya SK Sungai Serai, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Km.16, Jalan Hulu Langat.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sungai Serai memiliki 526 pelajar lelaki dan 557 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1083 orang. Ia mempunyai seramai 61 orang guru.2009

Sejarah.[sunting | sunting sumber]

Pada  awal  tahun 1951,  Kampung  Bukit Raya  telah  disytiharkan sebagai  kawasan  Hitam dan  para  penduduknya telah  dipindahkan  ke kampung Sungai  Raya.  Sekolah Melayu  Bukit  Raya yang  terdapat  pada masa  itu  terpaksa ditutupkan  kerana  keadaan darurat.

Sementara  murid- murid yang  berasal  dari Kampung  Sungai  Serai terpaksa  bersekolah  di Madrasah Sg. Betong,  Bt 11,  Kg. Sungai Serai  iaitu  merupakan sebuah  bangunan  di sisi madrasah  yang  telah diwakafkan  oleh  Tuan  Haji Latif.  Oleh  kerana bangunan  ini  hanya mampu  untuk  menampung dua  buah  bilik darjah  sahaja,  maka Datuk  Empat  Sultan selaku  ketua  Kampung dan  ahli  jawatankuasa kampung  iaitu  En. Munir Bin  Sulaiman,  Tn. Haji Ibrahim,  mengambil  keputusan untuk  mendirikan  bangunan tambahan  dengan  cara bergotong royong.  Bangunan  tambahan itu akhirnya  dapat  juga didirikan  iaitu  bertiangkan batang  pinang  beratap rumbia  dan  berdindingkan buluh  (pelupuh)  dan ianya  dapat  memuatkan dua  bilik  darjah,  dan  dengan  ini menjadikan  sekolah  itu memiliki  empat  bilik darjah.

Apabila  bangunan itu  siap,  Jawatankuasa Kg.  Sg. Serai  telah memajukan  permohonan  ini kepada  pihak   Jabatan Pelajaran  Selangor  untuk didaftarkan.  Setelah  didaftarkan, nama  sekolah  ini ialah  Sekolah  Melayu Kg. Sg. Betong.   Pada  tahun 1951,  ianya  telah ditukarkan  nama  kepada Sekolah  Kebangsaan  Sungai Serai.  Guru  Besar yang  pertama  bertugas di sekolah  ini  ialah En. Abd. Majid.  Kemudian  diikuti oleh  En. Hashim,  En. Hamzah Maamor,  Pn. Zabedah,  Pn. Hasnah dan  En.  Basirun.

Pada  tahun 1955,  pihak  Jabatan Pelajaran  Selangor  telah mendirikan  bangunan  SK Sungai  Serai  (seperti yang  ada  sekarang), dengan  itu  semua guru  dan  murid telah  dipindahkan  ke tempat yang  baru.  Selepas persaraan  Guru  Besar yang  pertama  iaitu En. Mohd Saf,  beliau  telah digantikan  oleh  En. Maulud, seterusnya  En. Abd. Aziz,  En. Mohd Abdullah  dan  En. Zainal Abidin  Bin  Fakeh sehingga  tahun  1990.

Pada  satu peringkat,  murid- murid  yang bersekolah  di  Sk Sungai Serai  hanya setakat  22  orang murid  sahaja,  dan pihak  Jabatan  Pelajaran Sekolah  terpaksa  menutup sekolah  ini  pada Disember  1970.

Selepas  sekolah ini  ditutup,  Pengakap Daerah  Hulu  Langat telah  menjadikan  sekolah ini  sebagai  Kem Pengakap.  SK Sungai  Serai telah  dibuka  semula pada  1985  di atas tapak  yang  seluas lebih  kurang  1 hektar. Terletak  di tepi  jalan besar  Hulu  Langat iaitu  kira- kira  3 km dari  pekan  Batu 9. Dan  kira- kira  18 kilometer  darpada  bandaraya Kuala  Lumpur  di bawah pimpinan  Guru  Besar iaitu  En. Othman  Bin Hakim.  Selepas  daripada itu,  Guru   Besarnya silih  berganti  iaitu En. Adam  Bin  Salleh, Tn. Hj.Zainal  Abidin  Bin Endut,  dan  diikuti pula  En.Alias  Bin Mahdi.   Selepas  persaraan beliau  pada  Ogos 1995   dan  digantikan oleh  En. Abdull  Razak Bin  Mustofah  yang telah  meneruskan  segala aktiviti  sekolah  yang telah  dirancang  serta memberi  nafas  baru di dalam  pentadbiran  sekolah demi  melahirkan  pelajar cemerlang.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sungai Serai
Km.16, Jalan Hulu Langat
Selangor,  Malaysia
Telefon = 390741377
Fax = 390741377

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • [Sekolah Kebangsaan Sg Serai|Sekolah Kebangsaan Sg Serai BBA7209]]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]