Sekolah Kebangsaan Sungai Sumun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Sungai Sumun
Lokasi
 Malaysia Parit 7,Kampung Sungai Sumun, 36300, 36300, Sungai Sumun,, Perak Darul Ridzuan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoTerbang Ke Mercu
Nombor sekolah605-6489678
Kod sekolahABAB006
Guru besarFauziah binti Nasir
SloganIlmu Pandu Hidup
GPK Pentadbiran dan AkademikMohd Bakhtiar bin Mohd Robiai
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridSiti Saniah bt Bangi @ Hj Mohd Ali
Penolong Kanan KokurikulumMuhammad Azizul Hakim bin Mat Shah
Faks05-6489678
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Sungai Sumun atau nama ringkasnya SK Sungai Sumun, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Parit 7, Kampung Sungai Sumun.

Terkenal dengan bangunan ikonik berusia lebih 100 tahun SK Sungai Sumun merupakan sekolah yang begitu istimewa di daerah Bagan Datuk.

SK Sungai Sumun dilengkapi dengan prasarana seperti pusat sumber, surau, makmal sains, makmal komputer, padang sekolah, dataran kejat, dewan terbuka, kantin, prasekolah, dataran perhimpunan dan pelbagai kemudahan untuk suasana pembelajaran yang kondusif

Sejarah[sunting | sunting sumber]

1918 – Bertempat di parit 7, Lot 1664, Mukim Hutan Melintang telah didirikan sebuah sekolah yang berukuran 18 x 6 meter ( 60 x 20 kaki persegi ), Bertiang batang nibong, beratap nipah, berlantai papan dan berdinding separoh. Murid pertama yang belajar di sekolah ini berjumlah seramai 100 orang dengan tenaga pengajar seramai 5 orang.

1932 – Bangunan sementara digantikan dengan sebuah bangunan kekal bertiang batu, beratap dan bersiling asbestos dengan bahagian bawah yang bersimen. Luasnya mencakupi 27 x 7 meter ( 90 x 24 persegi ). Turut dibina 2 buah rumah khas untuk guru yang merupakan bangunan kayu , beratap dan bersiling asbestos serta mempunyai 2 buah bilik setiap satu.

1942 – Persekolahan ditangguhkan : zaman peperangan dunia kedua.

1945 – Persekolahan dibuka semula setelah peperangan dunia kedunia tamat.

1969 – Bangunan tambahan didirikan berhampiran bangunan sekolah asal. Bangunan kekal separuh batu dan kayu berlantaikan simen, beratap asbestos mempunyai 3 bilik darjah dan luasnya sekira kira 26 x 7 ( 90 x 24 kaki persegi ). Tandas guru dan murid juga dibina sedia.

1975 – Gelanggang badminton dan sepak takraw dibina.

1977 – Perabut Perpustakaan dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan.

1979 – Pendawaian untuk membekalkan tenaga elektrik telah disempurnakan dan sekolah telah mendapat bekalan elektrik sebagai kemudahan asasi pengajaran dan pembelajaran.

1984 – Sebuah kantin sekolah telah dibina bersama dengan pagar sekolah setinggi 2 meter.

1994 – Dinding batu utama telah digantikan dengan batu berplaster menggantikan dinding papan.

1997 – Satu bangunan dengan menempatkan tiga bilik darjah ( kemudian dari ini dipanggil sebagai blok C ) telah dibangun bersebelahan blok B.

1998 – Pedawaian elektrik telah dimasukkan ke bangunan baru blok C. Begitu juga pendawaian elektrik di surau sekolah yang terletak di bangunan utama sekolah telah dikemaskini

1999 – Pagar di sekeliling kawasan sekolah telah diperbaharui. Jalan masuk dari pagar Blok A telah diturap dengan tar.

2000 – Bangunan 2 bilik darjah dibina manyambungkan bangunan dari blok C. Makmal komputer dimulakan pembinaannya. Lawatan oleh Menteri Pendidikan Malaysia pada ketika itu : Tan Sri Musa Bin Mohamad

2001 – Blok Bangunan C dapat digunakan dan bekalan elektrik oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri. Murid dapat menggunakan blok berkenaan pada bulan April 2001

2002 – Makmal Komputer telah siap sepenuhnya dan terletak bersebelahan bangunan utama ( blok A ) dan mula digunakan menjelang september 2002. Makmal ini dilengkapi 12 buah komputer dan set kemudahan alat penghawa dingin.

2005 – Pemasangan sistem VSAT di sekolah di bawah projek schoolnet

2007 – Bangunan Prasekolah mula dibina dan digunakan secara sepenuhnya dengan 2 orang guru prasekolah dan seorang pembantu prasekolah. Bangunan ini terletak di hadapan pintu masuk sekolah.

2008 - Bilik Pemulihan siap diubahsuai sepenuhnya dengan kemudahan kemudahan yang dipertingkatkan. Terletak di bangunan blok B bersebelahan makmal sains.

2009 - Blog SK Sungai Sumun telah beroperasi secara rasminya sejak ia dibangunkan sekitar bulan Jun pada tahun 2008. Dengan pautan www.sksungaisumun.blogspot.com

2010 - Facebook SK Sungai Sumun beroperasi secara rasmi.

2011 – Encik Teoh Gim Beng , Guru Besar pertama bukan melayu dilantik menerajui sekolah.

2014 - Dewan Terbuka baru bersebelahan kantin sekolah siap dibina. Dinamakan Dewan Aspirasi SEANGGUN pada tahun 2022

2016 – Puan Fazlinah bt Ali dilantik menjawat jawatan Guru Besar perempuan pertama sepanjang sejarah di SK Sungai Sumun

2017 - Bagan Datuk diperkenankan dan dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai sebuah daerah baru, SK Sungai Sumun kini di bawah PPD Bagan Datuk berbanding PPD Hilir Perak sebelum ini. Kod sekolah juga bertukar daripada ABA5032 kepada ABAB006

2017 – Kerja-kerja membina tangga baru di hadapan bangunan sekolah bermula seperti yang diilhamkan oleh Cikgu Anuar Musaddat suami kepada Puan Fazlinah bt Ali Guru Besar SK Sungai Sumun.

2018 – Sambutan 100 tahun SK Sungai Sumun yang gemilang. Perasmian tangga baru sekolah yang diberi nama Tangga 100 sempena sambutan ulangtahun 100 penubuhan sekolah. Majlis makan malam 100 tahun dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Hamidi merangkap ahli parlimen Bagan Datuk.

2021 - Akronim SEANGGUN dipilih sebagai singkatan SK Sungai Sumun. Cetusan idea Puan Normazilah binti Liman yang merupakan salah seorang guru yang juga bekas alumni pelajar SK Sungai Sumun.

2022 - Dataran perhimpunan, tiang bendera dan podium siap dinaik taraf untuk kemudahan warga sekolah.

Senarai Guru Besar[sunting | sunting sumber]

  1. Mohamad bin Hamzah (1918-1919)
  2. Mohamad bin Hashim (1919-1926)
  3. Shedan (1926-1932)
  4. Mohamad bin Hamzah (1932-1938)
  5. Tuan Haji Md Isa (1938-1947)
  6. Abdul Aziz bin Hj. Maamor (1947-1958)
  7. Mohamad bin Md. Amin (1958-1969)
  8. Idris bin Hj Othman (1969-1977)
  9. Ghazali bin Ngah Nut (1977-1985)
  10. Abdul Rahman bin Yunus (1985-1989)
  11. Tn Hj. Ariffin bin Mohamad (1989-1995)
  12. Khalid bin Hj. Mohamad (1996-1997)
  13. Mohamad Nordin bin Ismail (1997-1997)
  14. Tuan Haji Sulaiman bin Mohamad Khalid (1997-2000)
  15. Mhd Suhaimi bin Zawawi (2002-2011)
  16. Teoh Gim Beng (2011-2015)
  17. Fazlinah binti Ali (2016-2019)
  18. Maizatul Muna binti Samsudin (2020-2022)
  19. Fauziah binti Nasir (2022 - HINGGA KINI)

Senarai Penolong Kanan Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

  1. Hajah Faizah binti Abdul Mukti (2007-2012)
  2. Adnan bin Dun (2012-2017)
  3. Noraini binti Mohamad (2018)
  4. Mohamad Rozeli bin Mohamed Royani (2018-2019)
  5. Mohd Bakhtiar bin Mohd Robiai (2020-kini)

Senarai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid[sunting | sunting sumber]

  1. Mohd Zubaidi bin Mahmud (2007-2011)
  2. Zubaidah binti Mustaffa (2011-2013)
  3. Normala binti Ismail (2013-2016)
  4. Mohamad Rozeli bin Mohamed Royani (2016-2018)
  5. Mohd Sha`rin Nizam bin Mat Sa`ad (2018-2021)
  6. Siti Saniah binti Bangi @ Hj Mohd Ali (2021-kini)

Senarai Penolong Kanan Ko-kurikulum[sunting | sunting sumber]

  1. Zanariah binti Abu Bakar
  2. Amali bin Abdul Rahman
  3. Zubaidah binti Mustaffa
  4. Shahrullizam bin Saparman
  5. Abdul Hamid bin Abdul Manaf
  6. Noor Shafini bt Shaari
  7. Rosni bt Ab Rani (2017)
  8. Mohd Sha`rin Nizam bin Mat Sa`ad (2017-2018)
  9. Muhammad Fizal bin Abu Hassan (2018-2022)
  10. Muhammad Azizul Hakim bin Mat Shah (2022-kini)

Guru Sedang Berkhidmat[sunting | sunting sumber]

  1. Normazilah binti Liman (2011)
  2. Mohd Bakhtiar Bin Mohd Robiai (2020)
  3. Rafidah Binti Mat Mizar (2021)
  4. Siti Saniah Bt Bangi @ Hj Mohd Ali (2021)
  5. Nor Shuhadaa Binti Musa (2021)
  6. Sharil Aizat Bin Sulaiman (2022)
  7. Nurul Huda Binti Ibrahim (2022)
  8. Mohd Farid B. Sharifuddin (2022)
  9. Zakiyah Binti Kasbola (2022)
  10. Fauziah Binti Nasir (2022)
  11. Muhammad Azizul Hakim Bin Mat Shah (2022)
  12. Ahmad Najib Bin Sapar (2022)
  13. Noor Hayati binti Md Yusop (2024)
  14. Nurul Hidayah binti Normahazam (2024)
  15. Nur Hannani binti Mohd Basir Ruddin (2024)
  16. Sabri bin Sahaimi (2024)

Bekas Guru[sunting | sunting sumber]

  1. Faizah bt Abdul Mukti (2013)
  2. Shahrullizam bin Saparman (2014)
  3. Farah Azrin bt Ab. Aziz (2015)
  4. Teoh Gim Beng (2011-2015)
  5. Nasriah bt Zulkapli (2015)
  6. Robaayah bt Kamarudin (2011-2015)
  7. Hasnah bt Shihab (2003-2015)
  8. Abdul Hamid bin Abdul Manaf (2014-2016)
  9. Fauziah binti Abd Aziz (2013-2016)
  10. Normala bt Ismail (2013-2016)
  11. Rosni binti Ab Rani (2016)
  12. Noor Shafini bt Shaari (2016)
  13. Hawa binti Muhammad (2017)
  14. Adnan bin Dun (2012-2017)
  15. Kanageswari a/p Kangaratnam (2016-2017)
  16. Hulur Azmi bin Mohd Isa (2006-2017)
  17. Siti Nasibah binti Abdul Wahid (2015-2018)
  18. Mohd Sabri bin Tajuddin (2016-2019)
  19. Mohamad Rozeli bin Mohammed Royani (2016-2019)
  20. Fazlinah binti Ali (2015-2020)
  21. Badariah binti Hassan (2015-2020)
  22. Ruzita bt Ahmad@Harun (2007-2021)
  23. Zulkefli bin Ahmad (2020-2021)
  24. Mohd Sha`rin Nizam bin Mat Sa`ad (2017-2021)
  25. Suzilawati bt Khusnin (2018-2021)
  26. Rossalina bt Abdullah (2002-2021)
  27. Naga Vianoshiny a/p Dharmaraj (2017-2022)
  28. Saleha binti Abdul Hamid (2010-2022)
  29. Mohd Hanif bin Abu Hasan (2021-2022)
  30. Nazirah binti Tariah @ Zuriat (2018-2022)
  31. Maizatul Muna bt Samsudin (2020-2022)
  32. Muhamad Fizal bin Abu Hassan (2018-2022)
  33. Mohd Noor Khamis bin A.B.Razak (2007-2022)
  34. Nor Fadhillah binti Umar (2016-2023)
  35. Mohd Yazid Bin Ishak (2022-2023)
  36. Tengku Nazrinisham bin Engku Azman (2022-2023)
  37. Ey Chu Eng (2008-2023)

Alamat[sunting | sunting sumber]

SK Sungai Sumun, 36300 Sungai Sumun, Perak Darul Ridzuan

Telefon Pejabat: 05-6489678, Faksimili : 05-6480532 Emel : abab006@moe.edu.my

Pautan luar[sunting | sunting sumber]