Sekolah Kebangsaan Taman Perling

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Taman Perling
Alamat
Jalan Persisiran Perling 1, Taman Perling, 81200 Johor Bahru, Johor
 Malaysia Jln Persisiran Perling 1, Tampoi, Johor Bahru, Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu, Berpendidikan, Beramal
Nombor sekolah6072364492
Kod sekolahJBA1064
Guru besarHjh. Marsita Binti A. Hamid
GPK Pentadbiran dan AkademikMd. Zaidi B. Md. Zin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridZaharah Binti Ali
Penolong Kanan KokurikulumM. Navaneetham A/P M. Marnickam
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang PetangShahrul Izwan Bin Hj. A. Rahman
Faks6072383492


Sekolah Kebangsaan Taman Perling atau nama ringkasnya SK Taman Perling atau SKTP, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jln Persisiran Perling 1, Taman Perling.

SKTP telah ditubuhkan pada 1 Jun 1990. Pada ketika itu, warga sekolah ini menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Perumahan Tampoi (1). Murid-murid dan sebilangan guru asalnya dari sekolah tersebut pada ketika itu hanya 31 orang murid dari tahun satu hingga tahun lima dengan 13 orang guru. Murid-muridnya terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India.

Pada 1 April 1991, sekolah ini telah mendapat bangunannya sendiri yang terletak di atas bukit di tengah-tengah kawasan perumahan Taman Perling iaitu di Jalan Persisiran Perling Satu. Jarak sekolah ini dengan Bandaraya Johor Bahru ialah kira-kira 18 kilometer. Pemindahan murid-murid ke sekolah ini dibuat pada 1 Mei 1991. Sekolah ini mempunyai 2 bangunan tiga tingkat yang dilengkapi dengan pejabat guru besar, bilik guru, perpustakaan dan pusat sumber. Terdapat 20 buah bilik darjah, kantin, tandas guru dan murid. Pada tahun 1991/1992, kelas Pendidikan Khas ditubuhkan sebagai satu projek perintis di daerah Johor Bahru. Pada permulaannya, tiga buah kelas diwujudkan. Kelas prasekolah yang menampung 25 orang kanak-kanak, seorang guru penyelaras dan seorang pengasuh.

Pada tahun 1990, sebuah kelas pendidikan khas dibuka di Kampung Pasir. Pada awal penubuhannya, bilangan muridnya seramai 11 orang, manakala tenaga pengajarnya terdiri daripada 2 orang guru. Kelas pendidikan khas telah berpindah ke SKTP pada Mei 1991. Untuk menampung bilangan murid yang bertambah, satu bangunan tambahan yang mengandungi 3 buah bilik darjah telah dibina dan siap pada tahun 1995.

Dengan usaha Jawatankuasa Kebajikan Kelas Pendidikan Khas, pada tahun 1998, sebuah bangunan tambahan yang mengandungi bilik air dan tandas telah dibina. Kos pembinaan ditanggung oleh YPJ Holding Sdn. Bhd.. Kelas Prasekolah pula telah ditubuhkan pada 1 Januari 1992. Bilangan murid di kelas ini hanya 25 orang pelajar pada masa itu. Umur kanak-kanak yang diterima masuk dalam lingkungan 6 tahun iaitu sebelum masuk ke tahun 1. Mereka terdiri daripada anak-anak ibubapa yang berpendapatan rendah dan tidak mampu ke tadika swasta. Tujuan kerajaan mewujudkan Kelas Prasekolah untuk memberi peluang kepada anak-anak ini supaya dapat menyesuaikan diri dengan masa persekolah awal sebelum melangkah masuk ke tahun satu. Mereka ini tidak dikenakan sebarang bayaran yuran persekolah malah diberi bantuan oleh Kementerian Pendidikan termasuklah duit makan sebanyak 50 sen sehari. Waktu pengajaran dan pembelajaran selama tiga jam setengah setiap hari. Pengajaran dan pembelajaran secara tidak formal dan fleksibel. Kelas Prasekolah di sekolah ini pernah menjadi kelas percubaan oleh Kementerian Pendidikan dalam mewujudkan lebih banyak kelas prasekolah di setiap sekolah.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Taman Perling memiliki 614 pelajar lelaki dan 516 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1130 orang. Ia mempunyai seramai 75 orang guru.2009

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Taman Perling
Jln Persisiran Perling 1, Tampoi
81200, Johor Bahru
Johor, Malaysia
Telefon = 6072364492
Fax = 6072383492

Pautan luar[sunting | sunting sumber]