Sekolah Kebangsaan Taman Universiti (4)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Taman Universiti (4)
Lokasi
 Malaysia Jalan Kebudayaan,Taman Universiti, 81300, Skudai, Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerdisplin Berilmu Cermelang
Nombor sekolah6075205520
Kod sekolahJBA1096
Guru besarBasiron bin yusof [1]
Faks6075205520


Sekolah Kebangsaan Taman Universiti (4) atau nama ringkasnya SK Taman Universiti (4), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Kebudayaan,Taman Universiti.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Taman Universiti (4) memiliki 513 orang pelajar lelaki dan 459 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 972 orang. Ia mempunyai seramai 65 orang guru.2009.

2023 900+ orang murid

SEJARAH[sunting | sunting sumber]

Nama Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 4 ini dipilih berdasarkan lokasinya di Taman Universiti dan ianya merupakan projek pembangunan sekolah yang keempat di kawasan tersebut. Mulai 16 Oktober 2003, SK Taman Universiti 4 beroleh Guru Besar baru iaitu Pn. Hjh Tuan Rafingah bt Tuan Soh bagi menggantikan tempat pengasasnya Pn. Tumirah bt Jemon yang ditukarkan ke SK Taman Universiti 1. Beliau yang dulunya bertugas di SK Perempuan Jalan Yahya Awal Johor Bahru, kini meneruskan budaya kecemerlangan yang diwarisi sebelum ini dengan bantuan guru-guru penolong kanan dan seorang penyelia petang.

SK Taman Universiti 4 telah dibina di atas keluasan tanah seluas 8.67 hektar. Kawasan berumputnya kira-kira 6 hektar sementara yang lainnya menempatkan 3 blok bangunan dan sebuah kantin. Ketiga-tiga blok tersebut adalah blok A ( Blok Pentadbiran ), blok B ( Blok Akademik 1 ) dan blok C ( Blok Akademik 2 ). Ketiga-tiga blok juga mempunyai tiga aras iaitu aras bawah, aras satu dan aras dua.


KEDUDUKAN GURU DAN MURID

Pada tahun 2005, bilangan murid SK Taman Universiti 4, Johor Bahru telah bertambah menjadi 1058 orang murid. Kekuatan gurunya pula seramai 57 orang termasuk 5 orang guru LPBS dan j-QAF serta 2 orang guru sandaran tidak terlatih ( GSTT ). Sebanyak 28 kelas biasa dan sebuah kelas Pendidikan Khas telah dibuka. Jumlah murid dan guru telah meningkat berbanding 1016 orang murid dan 51 orang guru pada tahun 2004.

SK Taman Universiti 4 masih mengekalkan 2 sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan sesi petang dengan 18 kelas biasa dan 1 kelas Pendidikan Khas di sesi pagi serta 10 kelas biasa di sesi petang. Jumlah kelas dibuka masih sama seperti tahun sebelumnya dan tidak bertepatan dengan kedudukan TP ( Teachers & Pupils) yang dibenarkan oleh pihak JPN iaitu sebanyak 30 buah kelas. Hal ini disebabkan , SK Taman Universiti 4 tidak mempunyai bilik yang mencukupi untuk dibuka sebuah lagi kelas baru. Maka dengan itu, kelas tahun 4 yang sepatutnya 5 kelas dibuka hanya 4 kelas dan bilangan muridnya sekarang agak padat bagi setiap kelas. Justeru itu kedudukan kelas yang sepatutnya juga telah berubah. Bilik Pemulihan Khas telah diubahkan ke bilik kedai buku yang berada di tingkat bawah blok B. Kedai buku pula dialihkan ke salah sebuah bilik stor bersebelahannya.

Sekolah ini memiliki 25 buah kelas dan 2 prasekolah

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sekolah ketiga terbaik di Johor Bahru pada 2018

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Taman Universiti (4)
Jalan Kebudayaan,Taman Universiti
81300, Skudai
Johor, Malaysia
Telefon = 6075205520
Faks = 6075205520

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]