Sekolah Kebangsaan Tanjung Bako

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Tanjung Bako
Lokasi
 Malaysia D/A Ppdk Padawan, Lorong 17, Off Jalan Kapor, 93150, Kuching,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolahYBA1334
Pengerusi PIBGZaidi Bin Omon
PengetuaAbf Suuaidi Hj Abg Yak
GPK Pentadbiran dan AkademikHarun Bin Johar
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridAbdoll Kader Bin Osman
Penolong Kanan KokurikulumMuhd. Faizal Bin Gapor
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Tanjung Bako atau nama ringkasnya SK Tanjung Bako, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Ppdk Padawan, Lorong 17, Off Jalan Kapor.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Tanjung Bako memiliki 99 pelajar lelaki dan 100 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 199 orang. Ia mempunyai seramai 16 orang guru.2009

Sekolah Kebangsaan Tanjong Bako terletak di dalam bahagian Kuching dan dikelilingi oleh Penduduk Kampong Tanjong Bako. Ia tadbir oleh PPD Padawan dan terletak di seberang sungai/ muara sarawak. Ia antara tiga sekolah yang terletak di seberang sungai iaitu Sekolah Kebangsaan Bako, Sekolah Kebangsaan Beradek dan Sekolah Kebangsaan Tanjong Bako yang terdapat di sepanjang jalan menghala ke Taman Negara Bako. Pengangkutan utama ke sekolah adalah dengan menaiki bot.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BAKO, Padawan ialah sekolah Gred B yang terletak di dalam kawasan DUN N 5 Demak Laut dan P 193 Santubong dan dikategorikan sebagai sebuah sekolah pesisir/ Luar Bandar. Ini kerana lokasinya di seberang sungai Sarawak ( lebih kurang 1000m ) dan 45km dari pusat bandar melalui jalan darat. Terletak di kawasan perkampungan, sekolah ini tidak berpagar dan bertiang. Padang dan kawasan sekolah akan dinaiki air, apabila paras air laut naik mengikut pasang surut laut.

Sekolah Kebangsaan Tanjong Bako, Padawan mula beroperasi pada 01.01.1965 dan dinamakan Tanjong Bako D.C School. Mula beroperasi dengan Blok A yang mengandungi 3 buah bilik darjah dan sebuah Pejabat Am.

Pada masa kini, bermula 1 November 2017, Bangunan IBS sekolah telah dapat digunakan sepenuhnya. Bangunan tersebut menampung Bilik Guru, Bilik Sains dan 6 Bilik Darjah. Pun begitu, blok bangunan lama telah dinaik taraf dan dijadikan Blok Pentadbiran, beberapa buah bilik telah diubah suai menjadi Dewan Perhimpunan, Pusat Sumber, Stor Sukan, Bilik Boss, Bilik Pemulihan, Prasekolah dan Bilik ABM. Kecuali bangunan IBS, bangunan sekolah telah dibina melalui gotong royong pada asasnya, kemudian dinaik taraf melalui peruntukan dari Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Pejabat Pendidikan Daerah Padawan.

Secara keseluruhannya, sekolah ini telah diberi perhatian yang serius dari pihak jabatan dan wakil rakyat setempat. Pada masa ini, telah terbina jalan raya penghubung kampung ke pusat bandar yang jaraknya lebih kurang 45 Kilometer. Pada tahun 2018, seramai 165 orang murid telah mendaftar dan menuntut di sini. Seramai 17 orang guru termasuk Guru Besar dan 3 orang penolong kanan (hakiki) dan 3 orang AKP.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Tanjung Bako
D/A Ppd Padawan, Lorong 17, Off Jalan Kapor
93150, Kuching
Sarawak, Malaysia
Telefon = 010 5203316
Fax = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]