Sekolah Kebangsaan Tarcisian Convent

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Kebangsaan Tarcisian Convent
JenisSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Guru BesarPn Hajah Faridah bt Ahmad Rashidi
Kod sekolahABB2088
LokasiJalan Abdul Manap 30100, Ipoh,, Perak Darul Ridzuan,  Malaysia
Telefon6055274100
Faks6055268600


Sekolah Kebangsaan Tarcisian Convent atau nama ringkasnya SK Tarcisian Convent, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Abdul Manap.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Tarcisian Convent memiliki 0 pelajar lelaki dan 883 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 883 orang. Ia mempunyai seramai 50 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Rendah Kebangsaan Tarcisian Convent, Ipoh telah ditubuhkan pada tahun 1962 dengan tujuan untuk menampung murid-murid di sekitar kawasan ini. Sekolah ini telah ditubuhkan atas usaha Reverend Mother Pauline seorang Mubaligh Katholik yang mengurus Sekolah Convent pada masa itu. Sekolah ini mendapat namanya daripada seorang paderi bernama Saint Tarcisius.

Pada tahun 1962, sekolah ini mengandungi 12 buah bilik darjah. Kemudian pada tahun 1969, ditambah dua bilik lagi iaitu bilik perpustakaan dan bilik agama yang dibina pada tahun 1972. Pembinaan bangunan dewan sekolah diselesaikan pada tahun 1983. Dewan sekolah didirikan dengan kerjasama guru-guru, murid-murid, kakitangan serta Persatuan Ibu Bapa sekolah ini. Pada tahun 1985 bilik stor telah diubahsuai dan dijadikan Bilik Gerakan.

Pada tahun 1990, satu projek bangunan baru yang terdiri daripada sebuah stor, bilik sumber, sebuah stor Pendidikan Jasmani, sebuah stor tukang kebun, sebuah dapur masakan dan kantin baru telah dibina dengan sumbangan PIBG dan kakitangan sekolah. Selain itu, satu projek pengubahsuaian stor Pendidikan Jasmani ( yang lama ) menjadi sebuah tandas guru, sebuah tandas lelaki dan sebuah stor kecil telah dilaksanakan dengan sempurna.

Pada tahun 1995, sebuah bilik Kemahiran Hidup telah ditubuhkan. Berikutan dengan itu, pada tahun 1998, Bilik Gerakan telah diubahsuai menjadi Bilik Komputer. Bilik Komputer ini telah dimuatkan dengan 27 buah komputer serta 3 buah pencetak.

Lencana SKTC & Maksud[sunting | sunting sumber]

Lencana Sekolah Convent Holy Infant Jesus ini adalah lencana antarabangsa yang digunakan oleh penuntut-penuntut di merata-rata tempat di kelima-lima buah benua seperti California, Perancis, Peru, Itali, Singapura, Sepanyol, England, Ireland, Jepun dan juga Malaysia. Simbol-simbol pada lencana itu masih berkekalan sehingga hari ini.

Bahagian tengah lencana itu berwarna kuning keemas-emasan. Warna merah melambangkan yang Tuhan itu amat kasih dan penyayang terhadap segala makhluk-Nya.

Di sebelah kanan ialah Kitab Suci dan Tasbih. Bagi penganut agama Islam kitab itu ialah Al-Quran, bagi penganut agama Kristian ialah Injil dan bagi penganut Hindu ialah Bhagavad Gita dan penganut agama Buddha ialah Dharmapada. Kitab ini menjadi pedoman untuk kita menuju ke jalan Allah iaitu salah satu prinsip Rukun Negara iaitu "Kepercayaan Kepada Tuhan". Tasbih itu mengingatkan kita supaya menyembah Tuhan Yang Maha Esa.

Di sebelah kirinya ialah tiang rahat dan gelendong yang melambangkan tenaga dan usaha. Kita berasa bangga kerana beribu-ribu orang murid yang telah melalui alam persekolahan sekarang memainkan berbagai-bagai peranan untuk membangunkan satu bangsa yang harmoni.

Di Malaysia, tiang itu dihiasi bintang berwarna perak dan dikelilingi oleh sekalung bunga. Bintang itu ialah cahaya yang memandu dan menggalakkan kita mencontohi Rukun Negara. Cogan kata ini pendek tetapi padat ertinya. Ia mengajar kita berterus terang dan jujur terhadap orang lain. Selain daripada itu kita harus mengaku kelemahan diri dan cuba mengatasi kelemahan itu.

Kalung itu melambangkan jiwa dan perbuatan yang murni.

Lencana bunga itu satu lambang kebesaran. Ia menunjukkan ciri-ciri dan semangat murid-murid Sekolah Convent Holy Infant Jesus di seluruh dunia.

Pencapaian choral speaking[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Tarcisian Convent
Jalan Abdul Manap
30100, Ipoh
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6055274100
Fax = 6055268600

Pautan luar[sunting | sunting sumber]