Sekolah Kebangsaan Telok Pial

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Kebangsaan Telok Pial
Jenis Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah ABA3015
Lokasi Telok Pial34350, Kuala Kurau,, Perak Darul Ridzuan, Malaysia
Telefon 6057279980
Faks 6057279980


Sekolah Kebangsaan Telok Pial atau nama ringkasnya SK Telok Pial, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Parit Tok Him.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Telok Pial memiliki 119 pelajar lelaki dan 107 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 226 orang. Ia mempunyai seramai 20 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SEJARAH SEKOLAH.


Sekolah Kebangsaan Telok Pial terletak di Parit Tok Him, Kuala Kurau, Perak, kira-kira 3.6 Km dari Pekan Kuala Kurau. Sekolah ini didirikan pada tahun 1860. Dari sejarahnya, ia merupakan sekolah yang tertua di Daerah Kerian dan kedua tertua di Negeri Perak.

Sekolah ini didirikan di atas tanah kepunyaan Tuan Hj Napiah yang kemudiannya dibeli oleh kerajaan. Tapak ini ialah sawah padi yang dipenuhi air. Orang yang memainkan peranan penting dalam urusan pembinaan sekolah ini ialah Encik Omar bin Uda Akil. Bangunan asal didirikan berukuran panjang 30 kaki, dan lebar 24 kaki.

Hasil kerja gotong-royong, bangunan ini dibina bertiangkan batang nibung, beratapkan nipah dan berdindingkan bertam. Pentadbiran ini diurus sendiri oleh Guru Besar pertamanya Encik Omar bin Uda Akil. Jumlah pelajar pada masa itu adalah seramai 30 orang pelajar lelaki sahaja.

Selepas 30 tahun bangunan sekolah digunakan, pada tahun 1890 sekolah ini mendapat bantuan kerajaan. Bangunan baru dibina di atas tapak yang sama berukuran panjang 30 kaki dan lebar 25 kaki. Bangunan ini kekal ketradisionalnya, bertiangkan kayu Cengal berlapik batu, dinding bertam, bumbung atap nipah dan berlantaikan papan. Pelajar pada masa ini adalah seramai 60 orang, kesemuanya pelajar lelaki.

Pada tahun 1930, kerajaan telah membina sebuah bangunan tambahan berukuran panjang 30 kaki dan lebar 25 kaki. Bangunan ini dimodenkan dengan tiang, dinding dan lantai kayu serta berbumbungkan genting merah. Pada waktu tersebut, pelajar sekolah ini semakin bertambah iaitu seramai 90 orang yang terdiri daripada pelajar lelaki sahaja.

Pada tahun 1940, kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan kayu yang panjangnya 104 kaki dan lebar 25 kaki, berlantaikan papan dan berbumbungkan genting merah. Bangunan ini masih kekal hingga sekarang. Pada masa yang sama juga, kerajaan turut membina 2 buah rumah guru. Pelajar pada masa itu bertambah kepada 150 orang termasuk 20 orang pelajar perempuan. Persekitaran yang berair telah ditimbus dengan sabut kelapa yang kebanyakannya dibawa oleh pelajar sekolah ini.

Pada tahun 1975, kerajaan telah mendirikan bangunan tambahan berukuran panjang 200 kaki, lebar 26 kaki berlantaikan simen dan berdindingkan bata. Pada tahun 1979, kerajaan mendirikan sebuah kantin, sebuah gelanggang sepak takraw dan memasukkan bekalan air dan elektrik. Pada tahun 1997 sebuah bangunan lagi telah dibina secara gotong-royong. Bangunan ini mengandungi 2 bilik darjah yang bernilai RM 50,000.00.

Pada tahun 2002, satu blok bangunan sekolah 2 tingkat bernilai RM 1.2 juta telah dilaksanakan. Bangunan ini mengandungi ruang pejabat pentadbiran, 5 bilik darjah, sebuah bilik guru, sebuah bilik pusat sumber dan sebuah bilik mesyuarat.

Sekolah ini dinaik taraf ke gred A pada tahun 2002. Oleh itu sekolah ini berhak memperolehi tiga orang penolong kanan untuk melicinkan lagi pentadbirannya iaitu Penolong Kanan Pentadbiran (Kurikulum), Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum.

Pada bulan Jun 2004, satu blok makmal komputer telah digunakan sepenuhnya mengikut perancangan.

Guru besar, Puan Salbiah binti Abu Bakar telah memulakan perkhidmatannya pada 16.12.2004. Beliau adalah guru besar perempuan yang pertama berkhidmat di sekolah ini.

Kita doakan mudah-mudahan dengan prasarana (infrastruktur) yang ada akan meningkatkan lagi pencapaian pelajar sekolah ini dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Semoga seluruh warga pendidik SK Telok Pial, Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta masyarakat setempat berbangga mempunyai Sekolah Kebangsaan Telok Pial dan bersama-sama berusaha memajukannya. Wassalam.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

LENCANA SEKOLAH

1. Warna

Putih : Melambangkan suci dan bersih. Guru-guru dan murid-murid digalakkan supaya sentiasa mengamalkan kebersihan dari segi pakaian, makanan, percakapan, perbuatan dan kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan.

Merah : Melambangkan kecekalan dan keberanian, tidak mudah putus asa atau mengalah dalam menghadapi kesusahan, teguran dan rintangan. Menanam semangat berani dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran, ujian, sukan dan apa-apa jenis pertandingan yang disertai.

Biru : Melambangkan sikap lemah-lembut dan mengamalkan akhlak yang terpuji, baik dari segi percakapan dan perlakuan dalam mencapai matlamat yang dituju.

Kuning : Menunjukkan keadaan kawasan yang dikelilingi oleh sawah padi yang menguning sepanjang musim atau tahun.


2. Lambang

Obor  : Cahaya obor ini melambangkan guru sentiasa memberi bimbingan, pengajaran dan teguran untuk menolong kanak-kanak mencapai masa depan yang cerah.

Buku  : Murid mesti berkawan dengan buku sepanjang masa. Dalam bukulah tersemat gedung ilmu pengetahuan yang patut dipelajari. Buku hendaklah dibaca dan ilmunya diamalkan. Buku hendaklah dimuliakan dan diletakkan ditempat yang sewajarnya kerana di dalamnya terkandung ilmu-ilmu yang berguna sebagai penyuluh hidup.

Belah dua : Lambang belah dua bertanahkan putih dan merah serta berjalur kuning menunjukkan bahawa dalam mencapai satu- satu kejayaan hendaklah jujur, ikhlas, cekal, berani dan tidak mudah putus asa. Ketaatan kepada pemerintah dan peraturan sebagai penyuluh hidup .

Lambang bawah : Lambang bawah bertanahkan kuning dengan nama sekolah melambangkan bahawa sekolah ini terletak di kawasan tanah pamah atau datar dengan dikelilingi oleh kewasan sawah padi atau bendang.


BENDERA SEKOLAH

Ukuran Sebenar Bendera

    Panjang  :  152 cm
    Lebar    :   76 cm

Warna

Pada keseluruhan bendera sekolah berwarna biru yang melambangkan sikap lemah-lembut dan mengamalkan akhlak yang terpuji dan baik dari segi percakapan dan perlakuan dan juga menjauhkan amalan-amalan yang tidak baik dari segi percakapan dan perlakuan dalam mencapai matlamat yang dituju.


VISI SEKOLAH

    PENDIDIKAN BERKUALITI 
    INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

MISI SEKOLAH

    MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI 
    UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU 
    BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

MATLAMAT  Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.  Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.  Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.  Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

       LAGU SEKOLAH
       
       Sekolah Kebangsaan Telok Pial
       Telok Pial desa murni indah,
       Medan bakti tercinta,
       Berdiri megah sebuah sekolah,
       SKTP yang berjasa.
       
       c/o
       Di sinilah kami berusaha,
       Cari ilmu berguna,
       Sanggup menempuh segala cabaran,
       Menuju kecemerlangan.
       Bimbinglah kami janganlah leka,
       Sabar, tabah dan bertaqwa,
       Bimbinglah kami, tunjukkan jalan,
       Ke puncak menara jaya.
       Di sinilah kami berusaha,
       Cari ilmu berguna,
       Sanggup menempuh segala cabaran,
       Menuju kecemerlangan.


SENARAI GURU BESAR

1.Omar bin Uda Akil 1860 - 1860 2.Abd Samad 1860 - 1875 3. Idris 1875 - 1890 19. Ismail bin Mohd Nor (Memangku) 1987 - 1987 20. Mohd Zainuri bin Mohd Shajudin 1987 - 1994 21. Hafsah bt Hj Abd Aziz (Memangku) 1995 - 1995 4. Md Salleh 1890 - 1902 22. Mohd Nasir bin Lope Pihie 1995 - 1995 5. Abd Rashid 1902 - 1912 23. Jamaluddin bin Shafie 1995 - 06.06.2000 6. Md Zin 1912 - 1917 24. Shamsuddin bin Hj Rasidi 07.06.2000 - 15.12.2004 7. Din 1918 - 1918 25. Salbiah bt Abu Bakar 16.12.2004 - 07.10.2008 8. Desa bin Awang 1918 - 1931 26. Mohd Said bin Ahmad (Memangku) 08.10.2008 - 08.11.2008 9. Hassan 1932 - 1935 27. Mohd Dolit bin Manap 09.11.2008 - 16.01.2011 10. Abdul Halim bin Taib 1954 - 1955 28. Mohd Said bin Ahmad (Memangku) 17.01.2011 - 16.02.2011 11. Abu Hassan bin Tamin 1957 - 1964 29. Mohd Wazir bin Abu Bakar 17.02.2011 - 07.04.2013 12. Md Royani 1965 - 1968 30. Mohd Sharif bin Basah 08.04.2013 - 22.05.2013 13. Md Saad bin Hj Omar 1968 - 1969 31. Mohd Said bin Ahmad (Memangku) 23.05.2013 – 31.05.2014 14. Shamsuri bin Awi 1969 - 1979 32. Siti Nadzah binti Mohd 27.06.2013 – 31.05.2014 15. Ibrahim bin Yunus 1980 - 1983 33. Mohd Said bin Ahmad (Memangku) 01.06.2014 – 15.06.2014 16. Abdul Ghani bin Saad 1983 - 1984 34. Md Salleh bin Ali 16.06.2014 – 17. Ahmad Ngah bin Md Noh 1985 - 1987 18. Yusuf bin Lazim 1987 - 1987

Disediakan oleh : Mohd Said bin Ahmad,

                 PK I, SK Telok Pial.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Telok Pial
34350 Kuala Kurau
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6057279980
Faks = 6057279980

Pautan luar[sunting | sunting sumber]