Sekolah Kebangsaan Tunjang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Tunjang
Lencana SK Tunjang
Lencana SK Tunjang
Lokasi
Tunjang, Jitra, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
MotoILMU PANDUAN HIDUP"
Ditubuhkan1909
Nombor sekolahN/A
Kod sekolahN/A
FaksN/A
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Tunjang atau nama ringkasnya SK Tunjang, merupakan sekolah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kedah. Sekolah Kebangsaan Tunjang (SKT) terletak di Tunjang, Jitra, Kedah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Asalnya sekolah ini yang telah dibina pada tahun 1909 terdiri daripada sebuah bangunan yang bertiangkan nibong dan berlantaikan tanah. Sekolah ini diasaskan oleh Tuan Lebai Yassin dan penduduk-penduduk Kampung Pulau Kecil dan kawasan persekitarannya. Tuan Lebai merupakan guru yang pertama sekolah ini dan mendidik seramai 34 orang murid. Pelajaran ketika itu mirip keagamaan.

Pada tahun 1912 sekolah ini telah bertukar nama kepada Sekolah Melayu Tunjang dan pihak kerajaan telah menghantar Haji Othman bin Ahmad sebagai Guru Besar dan Lebai Talib sebagai guru agama. Murid ketika itu seramai 38 orang.

Pada tahun 1911 hingga 1912 Encik Yusuf telah memangku jawatan Guru Besar sehingga ketibaan Encik Muhamad Salleh. Beliau telah diganti pula dengan Encik lbrahim pada tahun 1913. Pada masa itu telah didirikan sebuah bangunan dua tingkat dengan empat buah bilik darjah di bahagian atasnya manakala di tingkat bawah tinggal kosong. Sekarang telah diubah suai dan dijadikan dewan sekolah yang dinamakan Dewan Bakti.

Pada tahun 1944 sekolah ini terpaksa menggunakan tiga bahasa pengantar iaitu Melayu, Thai dan Jepun.

Pada tahun 1946 jumlah murid yang belajar di sekolah ini telah meningkat kepada 192 orang. Tahun 1947 Lembaga Didikan telah mendirikan sebuah bangunan dengan hasil gotong-royong penduduk dengan jumlah murid seramai 349 orang dan guru pula ialah seramai enam orang. Pada tahun ini juga kelas darjah VI mula dibuka di peringkat Kubang Pasu.

SRK Tunjang pernah menjadi Johan Keceriaan Peringkat Negeri Kedah. Sekolah ini juga pernah menjadi Johan Pusat Sumber Terbaik bagi peringkat Negeri. Sekolah sering menjadi tumpuan lawatan Majlis Guru Besar Malaysia, guru-guru dari Negara jiran, jajahan Songkla, peserta Institut Aminuddin Baki dan sebagainya. Makmal Sains sekolah ini pernah merangkul Johan Bilik Sains peringkat Negeri Kedah 2 tahun berturut-turut.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]