Sekolah Kebangsaan Ulu Tembeling

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Ulu Tembeling
Lokasi
Ulu Tembeling, JERANTUT, Pahang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah0
Kod sekolahCBA2025
Faks0


Sekolah Kebangsaan Ulu Tembeling atau nama ringkasnya SK Ulu Tembeling, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Ulu Tembeling.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Ulu Tembeling memiliki 48 pelajar lelaki dan 57 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 105 orang. Ia mempunyai seramai 18 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Ulu Tembeling diberikan sempena kedudukannya yang terletak di kawasan pedalaman negeri Pahang iaitu Ulu Tembeling. Ia terletak di Kampung Bantal, dan merupakan sekolah yang pertama dibina di kawasan penempatan Sungai Ulu Tembeling pada sekitar tahun 50-an. Sekolah ini telah dibuka oleh D. J. Lewis iaitu Pegawai Pelajaran Pahang Barat pada awal tahun 1950 sebagai bangunan kayu beratapkan daun rumbia didirikan secara gotong-royong oleh penduduk kampung. Guru yang mula mengajar ialah En. Razali Bin Jaafar dan En. Wan Basri Bin Wan Salleh. Muridnya ketika itu berjumlah seramai 180 orang yang terdiri dari penduduk Kampung Gusai, Kampung Bukit Mat Daling, Kampung Kuala Sat, Kampung Peling dan sekitar Kampung Bantal.


Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Ulu Tembeling
Ulu Tembeling
Pahang,  Malaysia
Telefon = 0
Fax = 0

Pautan luar[sunting | sunting sumber]