Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan
Lokasi
Jalan Tanjong Api,, 25050 Kuantan,, Pahang Darul Makmur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah agama, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1961
Nombor sekolah09-5671019
Faks09-5671020
Laman sesawang


Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan atau nama ringkasnya SMA Al-Ihsan, merupakan sebuah Sekolah menengah agama yang terletak di Kuantan, Pahang. Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan ialah sebuah sekolah menengah agama berprestasi tinggi di kuantan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SEJARAH AWAL PENUBUHAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-IHSAN KUANTAN

Satu jawatan kuasa telah ditubuhkan pada 22-6-1956 setelah mengadakan mesyuarat agong terdiri dari 100 orang yang merupakan wakil penduduk kampung berhampiran. Ianya dinamakan sebagai 'Jawatan Kuasa Benaan Sekolah Arab, Kuantan'. Senarai ahli jawatan kuasa adalah seperti berikut:


  1. Pengerusi Abdul Aziz bin Ahmad Ahli Majlis Negeri Pahang
  2. Setiausaha Sheikh Hussin Sheikh Long Pesara Kerajaan
  3. Bendahari Abdul Samad Haji Hassan Peniaga
  4. AJK Haji Sulaiman Husin Kadi
  5. AJK Sabeh bin Maansah Pembantu Teknik RIDA
  6. AJK Haji Abdul Samad Haji Said Guru
  7. Jamahir bin Idris Peniaga
  8. Md Sidek Haji Abu Bakar Ketua Kampung
  9. Sheikh Abdullah bin Abu Bakar Peniaga/Arkitek
  10. Abu Kassim bin Mat Saman


Jawatan kuasa ini telah menyediakan pelan dan anggaran perbelanjaan untuk membina satu bangunan sekolah dan dua rumah berkembar untuk guru. Pelan tersebut telah dibuat dengan pertolongan Sheikh Abdullah bin Sheikh Mohamed, arkitek berdaftar di Kuantan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM37,905.00. Bangunan ini akan didirikan di atas tanah yang diperuntukkan oleh Kerajaan Pahang No. 406/28.9.50 di Kg Selamat.

Kerajaan Pahang bersetuju melalui keputusan Majlis Mesyuarat Negeri yang bersidang pada 3-3-1958 memberi bantuan wang RM10.00 setahun kepada setiap murid yang belajar.

Sehingga 3-8-1958 jawatan kuasa ini berjaya mengutip berjumlah RM944.03. Satu permohonan telah dikemukakan kepada pihak tertentu untuk mendapatkan jumlah RM37,905.00 yang diperlukan tersebut.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan
Jalan Tanjong Api
25050 Kuantan
Pahang, Malaysia
Telefon = 09-5671019
Fax = 09-5671020

Pautan luar[sunting | sunting sumber]