Pesuruhjaya PAS Pahang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pesuruhjaya PAS Pahang adalah jawatan lantikan oleh Presiden Parti Islam Se-Malaysia bagi mengetuai jawatankuasa harian parti bagi negeri Pahang.

Senarai Pesuruhjaya PAS Pahang[sunting | sunting sumber]

Allahyarham Mohamed Yassin bin Salleh (1958 – 1963 )[sunting | sunting sumber]

Sentuhan politik beliau terlalu amat bernilai. Pengasas politik Pas Negeri Pahang ini sebenarnya bertanggungjawab membentuk pemikiran rakyat Pahang untuk tunduk patuh kepada sistem politik Islam yang diperjuangkan PAS. Pemergian beliau ke rahmatullah pada tahun 1963 mengakhiri tanggungjawab perjuangan. Ia harus menjadi sejarah penting dan mesti menjadi kayu ukuran perjuangan kepada generasi terkemudian. Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Allahyarham Yang Mulia Tengku Abdul Hamid Sultan Abdullah ( 1963 – 1965 )[sunting | sunting sumber]

Allahyarham merupakan satu-satunya tokoh istana yang telah menempatkan dirinya untuk berjuang secara langsung bagi menegakkan daulah Islam melalui perjuangan politik Pas. Mungkinkah ada lagi tokoh besar seperti beliau untuk memimpin perjuangan Islam ? Apa yang pasti beliau telah berjaya menempatkan ramai kaum kerabat Pahang ke dalam politik Pas dan kesannya berterusan hingga ke hari ini.

Allahyarham Ustaz Ishak bin Abdullah ( 1964-1965)[sunting | sunting sumber]

Allahyarham merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Pahang yang pertama dilantik dari kalangan tokoh berpendidikan agama. Perwatakannya yang sederhana membuatkan beliau sentiasa disenangi oleh kawan dan lawan. Keperibadiannya patut dijadikan contoh kalangan pejuang Islam di negeri ini. Allahyarham telah mengorbankan kehidupan dunianya bagi kepentingan perjuangan. Lulusan BA Syariah Islam Universiti Jakarta Indonesia ini, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada malam 13 Mei 1993, selepas pulang dari memberikan kuliah terakhirnya di Darul Islah Kg Paya Kecik, Temerloh.

Allahyarham Dato' Abu Samah Haji Ali ( 1965-1969 )[sunting | sunting sumber]

Allahyarham Dato Abu Samah Hj Ali, adalah tokoh penting dalam memperkukuh dan memperkembangkan pengaruh perjuangan Pas di Negeri Pahang peringkat awalan. Kehadirannya dalam perjuangan Islam sebenarnya memberikan imej penting terhadap penerimaan golongan atasan terhadap Pas. Ayah kepada Menteri popular Datuk Hamzah Abu Samah ini telah mengorban banyak kepentingannya dalam menjayakan perjuangan Pas. Rumahnya yang terletak di atas bukit di persimpangan jalan Triang berhadapan jambatan Temerloh itu pernah menjadi pusat perjumpaan penting parti. Semoga amalnya mendapat keberkatan Allah.

Ustaz Jamahir Idris (1969 – 1977)[sunting | sunting sumber]

Ust. Jamahir Idris merupakan salah seorang tokoh pengasas PAS Negeri Pahang, beliau yang dilahirkan di Indonesia dan mendapat pendidikan di Institiut Pengajian Islam, Bandung, pernah menjadi Setiausaha Hizbul Muslimin. Sejarah penglibatan tokoh ini kedalam perjuangan Islam di negara ini bermula apabila beliau berhijrah ke Malaya bersama bapanya pada tahun 1958. Ust. Jamahir Idris, telah melibatkan dirinya dalam perjuangan Islam sejak di Indonesia lagi di bawah Jamaah Masyumi. Pejuang Islam yang gigih ini adalah juga pengasas kepada kewujudan Sekolah Menengah Agama Rakyat Kg Selamat, Tanjung Api, Kuantan, yang kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan.

Encik Mohd Rusdi Ariff ( 1977-1982 )[sunting | sunting sumber]

Encik Mohd Rusdi Ariff, merupakan satu-satunya pimpinan Pas negeri Pahang yang bergelar Yang Berhormat ( YB ), beliau telah memenangi pilihanraya umum 1974 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Bukit Ibam. Beliau dilahirkan dikalangan keluarga yang terlibat secara aktif dalam parti. Encik Mohd Rusdi Ariff mendapat pendidikan di Universiti Malaya, pernah menjadi Penolong Pegawai Tadbir Felda sebelum meletakkan jawatannyauntuk berkecimpung dalam Pas secara lebih efective. Beliau masih meneruskan khidmatnya hingga ke hari ini.

Tuan Haji Syed Ibrahim (1982-1984)[sunting | sunting sumber]

Encik Mohd Rusdi Arif ( 1984-1987 )[sunting | sunting sumber]

Tuan Guru Haji Alwi Abdul Hamid ( 1987-1993 )[sunting | sunting sumber]

Tuan Guru Hj Alwi Abdul Hamid,dilahirkan pada tahun 1939 di Kg Paya Pasir Chenor. Beliau mendapat pendidik di Universiti Al Azhar, Mesir. Seorang tokoh yang sentiasa menyumbang kepada pembangunan pendidikan Islam sehingga kini.

Di dalam parti , selain daripada pernah menjadi Persuruhjaya PAS Pahang, beliau juga adalah Ahli Jawatan Kuasa Dewan Ulamak PAS Pusat sehingga kini.

Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman (1993 – 1999)[sunting | sunting sumber]

Tuan Guru Hj Mohd Baqi Osman, merupakan tokoh yang sentiasa menyumbangkan ilmu Islam yang dimilikinya kepada masyarakat melalui kuliah-kuliahnya yang cukup terkenal dan melalui ceramah-ceramah yang sentiasa diadakan dari masa ke semasa.

Komitmen dalam perjuangan memperlihatkan perkembangan PAS yang sangat baik, selain daripada memikul amanah sebagai Persuruhjaya, beliau juga adalah Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang dan juga Ahli Jawatan Kuasa Dewan Ulamak PAS Pusat.

Ustaz Idris bin Omar (1999 - 2004 )[sunting | sunting sumber]

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (2004 - 2015)[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1999,beliau mula menyertai Pilihan raya umum Malaysia ke-10 dan bertanding di Dun Jengka dan memperoleh kemenangan setelah menewaskan calon Umno, Dato' Zainal Hassan dengan majoriti 319 undi. Walau bagaimanapun, beliau gagal mempertahankan kerusi Dun tersebut dalam Pilihan raya umum Malaysia 2004.

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2008 pula, beliau masih gagal menawan kembali kerusi DUN Jengka pada Piliharaya Umum ke 12, walaubagaimanapun telah berjaya merapatkan jurang majoriti kepada hanya 596 undi.

Ustaz Rosli bin Abdul Jabar (2015 - kini)[sunting | sunting sumber]