Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sacred Heart

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sacred Heart
Lokasi
 Malaysia Jalan Besar, 11000, Balik Pulau, Mutiara Timur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6-04-8664437/ 04-8668217
Kod sekolahPEB3036
PengetuaPn. Ng Siew Eng
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Wong Choy Har
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridCik. Lam Shiau Huoi
Penolong Kanan KokurikulumPn. Kang Kue Leng
Faks6-04-8664437


Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sacred Heart atau nama ringkasnya Smjk Sacred Heart, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di Jalan Besar.

Pada 2023, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sacred Heart memiliki 348 pelajar lelaki dan 322 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 670 orang. Ia mempunyai seramai 53 orang guru, termasuklah 51 guru akademik biasa dan 2 guru bimbingan dan kaunseling. Sekolah tersebut juga terdapat 28 kelas dari Tingkatan Pengalihan sehinnga Tingkatan Lima.2023

Sejarah[sunting | sunting sumber]

1950-an

Pada tahun 1955, Rev. Fr. Chineau bersama dengan ahli lembaga gereja telah menubuhkan Sekolah Menengah Sacred Heart dengan menggunakan bangunan yang sedia ada sebab Sekolah Menengah St. Georges diserahkan kepada pihak gereja. Setahun lepas pada tahun 1956, sebuah bangunan baharu dibina yang mempunyai 10 bilik darjah, dan bangunan lama telah digunakan sebagai makmal sains dan bilik guru. Pada tahun 1957, sekolah tersebut telah menerima bantuan kerajaan dan bertukar menjadi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan. Pada tahun 1959, sebuah makmal sains baharu dan dua buah bilik darjah baharu dibina. Makmal sains lama menjadikan bilik guru dan tingkat atas dijadikan bilik seni dan bilik stor.

1960-an sehingga 1980-an

Pada 3 dekad ini, sekolah tersebut telah terdapat banyak perubahan. Pada tahun 1962, sekolah juga mempunyai gelanggang bola keranjang. Lapan tahun kemudian pada tahun 1970, sebuah bangunan baharu tiga tingkat yang mempunyai sepuluh buah bilik darjah baharu dibina. Pada hari ini, bangunan tersebut dikenali sebagai Blok B. Pada tahun 1971, sebuah tempat letak basikal juga dibina. Dewan sekolah dan kantin djuga dibina pada tahun 1973. Pada tahun 1979, sebuah bangunan empat tingkat yang mempunyai 14 buah bilik darjah, sebuah makmal sains, bilik guru dan pejabat pentadbiran dibina. Sekarang bangunan ini dikenali sebagai Blok A. Pada tahun 1980, sebuah gelanggang bola keranjang dibina atas sumbangan Ahli Parlimen Balik Pulau, YB En. Shamsuei B. Hj. Md. Salleh. Empat tahun kemudian pada tahun 1984, pihak sekolah telah menyediakan kemudahan bilik komputer.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sacred Heart
Jalan Besar
11000, Balik Pulau
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6048664437
Fax = 6048664437

Pautan luar[sunting | sunting sumber]