Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Methodist, Kuala Lumpur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Methodist Boys' School
Lokasi
Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, Malaysia
Maklumat
JenisSekolah menengah kebangsaan
MotoOra et Labora: Pray and Work (Berdoa dan Bekerja Keraslah)
Ditubuhkan1897
PengetuaMr. Wong Chee Kheon
KampusBandar
Laman sesawang

Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Methodist atau Methodist Boys’ School (MBS) ialah sebuah sekolah menengah di dalam bandar raya Kuala Lumpur, Malaysia dan telah diasaskan pada bulan Julai 1897. Sekolah ini juga dikenali sebagai Marble School di kalangan masyarakat Jalan Petaling. Setelah lebih daripada satu abad dan dua puluh satu tahun sejak penubuhannya oleh seorang pegawai perubatan British di atas kapal perang HMS Orion, Dr William T Kensett, MBSSKL telah dianugerahkan sekolah kluster oleh Kementerian Pendidikan. MBSSKL ialah satu-satunya sekolah di Kuala Lumpur yang ditubuhkan oleh seorang pegawai tentera British.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Methodist memiliki 644 orang pelajar lelaki menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 644 orang. Ia mempunyai seramai 60 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

MBSKL telah diasaskan oleh Rev. Dr. William T. Kensett, seorang tentera laut Royal Navy kapal perang HMS Orion. Pada bulan Julai 1897, beliau mempunyai niat untuk mendirikan sebuah gereja dan sekolah bagi masyarakat Tamil di Kuala Lumpur lalu beliau telah meninggalkan Tentera Laut British. Sebuah kedai telah diperolehi di sudut Batu Road dan Java Street, dan sekolah yang didominasi Tamil telah dinamakan sekolah Anglo-Tamil.

Pada tahun 1904, sekolah ini telah dipindahkan ke premis terkini di Bukit Petaling lalu sekolah Anglo-Tamil telah dinamakan semula sebagai Methodist Boys' School Kuala Lumpur oleh Rev William E Horley, nama yang digunakan hingga ke hari ini.

Pada tahun 1954, Kumpulan 1st Kuala Lumpur Boys' Brigade Company telah ditubuhkan di sekolah oleh En. Khoo Oon Soo dan Mr. R.A. Allen. Selepas beberapa tahun yang pertama, 1st KL telah dianjakkan ke Gereja Wesley hanya di pintu sebelah sekolah, manakala sekolah ini menggunakan premis gereja sebagai tempat mesyuarat yang pertama. Kumpulan 1st Kuala Lumpur Boys' Brigade Company ialah kumpulan ketiga tertua di Malaysia, dan ia dikenali disebabkan oleh sejarahnya dalam keputusan pertandingan kugiran, kawad kaki dan Talent Time pada peringkat kebangsaan. Company juga menghasilkan satu koleksi President's Men dan Founder's Men, juga dua Queen's Men.

Pada tahun 1958, sekolah ini telah dibahagikan kepada sekolah menengah (MBSSKL) dan sekolah rendah (MBPSKL) mengikut dasar pendidikan negara pada waktu itu.

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Lagu sekolah digubah pada tahun 1948 oleh bekas pengetua, Hugh F. Clancy. Muzik itu diselaraskan oleh N.Swan, pada tahun yang sama. Lagu ini diadaptasi daripada tajuk asalnya "Go Northwestern Go", yang ditulis pada tahun 1912 oleh Theodore Van Etten, seorang ahli Northwestern University Wildcat Marching Band ketika itu. Lagu sekolah dinyanyikan melalui Radio Malaya pada tahun 1949 oleh koir sekolah.

Versi Bahasa Inggeris[sunting | sunting sumber]

Go forward MBS,
Filled with courage fine,
With your colours flying,
We will cheer you all the time,
And so you go forward MBS,
On to victory,
Work for the fame of our fair name,
Forward we must play the game.

Versi Bahasa Melayu telah digubal semasa pertandingan menterjemah lagu sekolah dalam bahasa Melayu di mana Cheok Heng Wai daripada 5 Mori (1995), ketika itu, memenangi pertandingan tersebut dan inilah lirik yang menyusul.

Versi Bahasa Melayu[sunting | sunting sumber]

Lagu ini diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan pada tahun 1995.

Majulah MBS,
Penuh azam baru,
Dengan semangat waja,
Kita menjulangkan namamu,
Majulah MBS,
Raih kejayaan,
Harumkan namamu selalu,
Kekalkan keunggulan.

Sumber: Excelsior 1954 and Excelsior 2006

Pengetua Terdahulu[sunting | sunting sumber]

Tahun Pengetua
1897-1899 Dr. William Thomas Kensett, M.D.
1899-1901 Rev. Samuel Abraham
1901-1907 Rev. William Edward Horley, M.B.E.
1908-1912 Robert T. McCoy, B.Sc
1913 Rev. B.J.Baughman, M.A.
1913 Rev. Walter Guy Parker, M.A.
1914 Rev. Preston Littlepage Peach, M.A.,M.M.E.
1915 Rev. George F. Pykett
1915-1919 Rev. Preston L. Peach, M.A.,M.M.E.
1919-1924 Rev. Walter Guy Parker, M.A.
1924-1926 Thomas William Hinch, O.B.E.
1926-1929 Rev. R.A. Blasdell, B.A. (Acting)
1930-1933 Rev. T.W. Bowmar
1934-1937 Rev. Preston L. Peach, M.A., M.M.E.
1938 Rev. W.A. Schurr, M.A., B.D. (Acting)
1939-1941 Rev. Preston L. Peach, M.A., M.M.E.
1942-1944 Tiada - Zaman Perang
1945-1946 S. Kanagaratnam (Pemangku)
1947-1948 Rev. Preston L. Peach, M.A., M.M.E.
1949-1952 Hugh F. Clancy, B.A.
1950-1951 T.K. Cheong (Pemangku)
1952-1955 Dr. Ho Seng Ong, Ed.D, M.A., P.R.G.S.
1955-1968 T. Mori, R.C.D.
1969-1978 Tan Hee Heng, R.C.D.
1979-1985 Yong Chee Seng
1986-1995 Loh Kung Sing
1995-1996 Hew Yoon Yew
1997-2004 Loo Wan Yong
2004-2005 Moey Yoke Lai
2005-2017 Wong Chee Kheon
2017-2020 Brendan Ravi Chandran
2020-Penyandang jawatan John Toh Kok Min

Aktiviti Ko-kurikulum[sunting | sunting sumber]

Badan beruniform[sunting | sunting sumber]

Terdapat 10 badan beruniform di sekolah setakat 2023. Beberapa contoh adalah:

Rumah sukan[sunting | sunting sumber]

Rumah Sukan Nama Warna Moto
Foong Wah En. Foong Yat Wah Merah Unity, Courage and Faith
Doraisamy En. Doraisamy Pillai Ungu Labor Omnia Vincit (Labour conquers all things)
Chow Thye En. Loke Chow Thye Biru Ever Linking
Loke Yew En. Loke Yew Kuning To Serve, To Strive but Not To Yield
Horley Rev. Horley Hijau Ever Onward
Shellabear Rev. Shellabear Kelabu
Goh Tong En. Lim Goh Tong
Mori En. T Mori Perang

Persatuan alumni[sunting | sunting sumber]

Persatuan alumni MBSSKL dikenali sebagai MBSalumni, sebelum ini dikenali sebagai MBSOBA (Methodist Boys' School Old Boys Association).[1] Mesyuarat pertamanya yang didokumentasikan adalah pada tahun 1919. Ia telah ditubuhkan dengan objektif untuk menyediakan platform bagi semua bekas pelajar untuk terus berhubung antara satu sama lain dan juga untuk mengekalkan hubungan dengan sekolah.

Alumni terkenal[sunting | sunting sumber]

Ahli akademik[sunting | sunting sumber]

Politik[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ M, Bavani (25 July 2006). "Old boys stay true to school". The Star. Kuala Lumpur. Dicapai pada 13 April 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]