Pergi ke kandungan

Ong Tee Keat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ong Tee Keat
翁诗杰
Fail:PANDAN.JPG
Presiden Persatuan Cina Malaysia
Dalam jawatan
18 Oktober 2008 – Mac 2010
Didahului olehTan Sri Ong Ka Ting
Digantikan olehDato' Seri Chua Soi Lek
Menteri Pengangkutan Malaysia
Dalam jawatan
18 Mac 2008 – 4 Jun 2010
Didahului olehTan Sri Chan Kong Choy
Digantikan olehKong Cho Ha
Ahli Parlimen Malaysia
bagi P100 Pandan, Selangor
Dalam jawatan
21 Mac 2004 – 5 Mei 2013
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehRafizi Ramli
Majoriti2,961
Maklumat peribadi
Lahir (1956-11-22) 22 November 1956 (umur 69)
Jalan Petaling, Kuala Lumpur, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik - MCA - BN (Hingga 2017)
Parti Warisan (Dari 2022)
PasanganPuan Sri Chooi Yoke Chun (徐玉珍)
Anak3 anak perempuan
KediamanTaman Midah, Cheras, Kuala Lumpur
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanJurutera
Laman webhttp://www.ongteekeat.net/

Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Sri Ong Tee Keat (lahir 22 November 1956) merupakan ahli politik Malaysia dan bekas Menteri Pengangkutan Malaysia. Beliau juga merupakan bekas presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA) yang berkhidmat dari 18 Mac 2008 hingga Mac 2010.[1] Pada 1 Jun 2010, beliau telah digantikan oleh Datuk Seri Kong Cho Ha untuk jawatan Menteri Pengangkutan.

Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Pelajaran dan juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Di dalam politik akar umbi parti MCA, beliau pernah menjadi Naib Presiden MCA dan Ketua Pemuda MCA.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Anak kepada penjual ikan, Tee Kiat merupakan seorang akar umbi MCA yang aktif walaupun beliau berada di universiti. Selepas menjalani pendidikan menengahnya di Sekolah Tinggi Confusian di Kuala Lumpur, beliau pergi ke MBSKL untuk meneruskan pelajarannya di Tingkatan Enam. Enam tahun selepas bekerja sebagai jurutera mekanikal, beliau berhenti untuk menjadi setiausaha politik kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lee Kim Sai dalam tahun 1986.

Beliau merupakan Ahli Parlimen Pandan, Selangor dari MCA. Beliau mula bertanding di Pilihan raya kecil Ampang Jaya 1989 , menewaskan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris yang menjadi calon parti Semangat 46.

Pada tahun 2004, beliau memenangi kerusi Parlimen Pandan, Selangor. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mempertahankan kerusi Parlimen Pandan dan mengalahkan calon dari Parti Keadilan Rakyat, Syed Shahir Syed Mohamud dengan majoriti sebanyak 2,961 undi. Beliau memperolehi 25,236 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 22,275 undi. Pada 21 Februari 2013, beliau tidak lagi dicalonkan oleh MCA untuk mempertahankan parlimen tersebut, sebaliknya digantikan oleh Gary Lim.[2]

Isu dan kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Ugutan bunuh

[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Julai 2009, Lim Kit Siang dari DAP membuat laporan polis berhubung ancaman bunuh yang diterima Ong Tee Keat di ibu pejabat polis Petaling Jaya.

Akhbar Sunday Star menyiarkan ugutan bunuh itu pada 26 Julai 2009 :

"If you're wiped out from this world some day, you should know why this has happened." (Jika anda dilenyapkan dari dunia ini pada satu hari, anda patut tahu kenapa ini berlaku).[3]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Parliament of Malaysia[4][5]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1989 P088 Ampang Jaya Ong Tee Keat (MCA) 23,719 54.59% Harun Idris (S46) 19,469 44.80% 43,848 4,250 63.97%
Wang Ah Hoong (Bebas) 109 0.25%
Syed Idrus Syed Ahmad (Bebas) 49 0.11%
Loh Ah Ha (Bebas) 43 0.10%
Adam Daim (Bebas) 42 0.10%
Che Bakar Said (Bebas) 22 0.05%
1990 Ong Tee Keat (MCA) 39,304 60.23% Zainal Rampak (S46) 25,954 39.77% 66,767 13,350 74.92%
1995 P092 Ampang Jaya Ong Tee Keat (MCA) 45,282 76.10% Wan Mohd Fuaad Wan Abdullah (S46) 14,221 23.90% 61,608 31,061 71.68%
1999 Ong Tee Keat (MCA) 40,669 55.28% Sivarasa Rasiah (KeADILan) 32,902 44.72% 74,869 7,767 75.98%
2004 P100 Pandan Ong Tee Keat (MCA) 26,721 66.76% Iskandar Abdul Samad (PAS) 12,609 31.50% 40,024 14,112 69.15%
2008 Ong Tee Keat (MCA) 25,236 53.12% Syed Syahir Syed Mohamud (PKR) 22,275 46.88% 48,309 2,961 74.90%
2022 Ong Tee Keat (WARISAN) 3,323 2.87% Mohd Rafizi Ramli (PKR) 74,002 63.98% 115,656 48,296 77.76%
Muhammad Rafique Zubir Albakri (PAS) 25,706 22.23%
Leong Kok Wee (MCA) 11,664 10.09%
Nadia Hanafiah (PEJUANG) 961 0.83%
  1. ^ Nurul Ain Mohd Hussain (18 Oktober 2008). "Pemilihan MCA: Tee Keat Presiden, Soi Lek Menang Mengejut". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-21. Dicapai pada 21 Oktober 2008.
  2. ^ "PRU13: Tee Keat tiada dalam senarai calon MCA", Malaysiakini.com,21 Februari 2013.
  3. ^ Kit Siang Buat Laporan Polis Terhadap Ancaman Bunuh Presiden MCA
  4. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 11 July 2010. Percentage figures based on total turnout.
  5. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]