Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Igan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Igan
Lokasi
 Malaysia D/A Pejabat Pelajaran Daerah Dalat,, 96300, Dalat,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah agama, Sekolah kerajaan
Motoعارف ، مؤمن ، خيري ، ورع
Berilmu, Beriman, Beramal, Berbakti
Nombor sekolah60102613201
Kod sekolahYRA3201
Pengerusi PIBGAwang Sarkawi Bin Awang Rosli
PengetuaMalihah binti Sirat
GPK Pentadbiran dan AkademikHirman bin Mahdan
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridRosnah Binti Mahamud
Penolong Kanan KokurikulumHamzah Bin Mosa
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Igan atau nama ringkasnya SMK Agama Igan atau SMKA Igan, merupakan sebuah Sekolah menengah agama yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Dalat,.

Pada 2022, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Igan mempunyai 249 pelajar lelaki dan 299 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 548 orang. Ia mempunyai seramai 46 orang guru.2022

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Agama Igan merupakan salah sebuah SMKA di negeri Sarawak yang telah siap dibina pada 17 Julai 1998 dengan kos pembinaan sebanyak RM17.95 juta di atas tanah seluas 30.89 ekar. Sekolah ini merupakan satu-satunya SMKA di negeri Sarawak yang terletak di luar bandar iaitu di sebuah perkampungan nelayan Daerah Kecil Igan dalam Bahagian Mukah. Pada awalnya sekolah ini adalah di bawah pengurusan Pejabat Pelajaran Daerah Sibu yang kemudiannya diletakkan di bawah pengurusan Pejabat Pelajaran Daerah Mukah sebelum diletakkan sepenuhnya di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Dalat sehingga sekarang. Daripada sudut persempadanan politik pula, sekolah ini berada di bawah naungan Dewan Undangan Negeri Jemoreng dan Parlimen Igan.

Sekolah ini mula beroperasi pada 1 Januari 1999 dengan pengambilan pertama pelajar Tingkatan 1 seramai 179 orang yang terdiri daripada 91 orang pelajar lelaki dan 88 orang pelajar perempuan. Pada awal pembukaan ini, 6 buah kelas telah di buka. Pengambilan pelajar adalah daripada pelbagai tempat iaitu daerah Sarikei, Belawai, Tanjung Manis, Daro, Matu, Igan, Oya, Dalat, Mukah dan Balingian.

Pada asasnya syarat pemilihan pelajar adalah berdasarkan keputusan UPSR sekurang-kurangnya 2A 3B, namun atas faktor perjanjian politik pada waktu itu, maka SK Kampung Igan dan SK Senau semua pelajar diterima masuk tanpa terikat kepada syarat keputusan UPSR (sekarang hanya SK Kampung Igan yang menjadi penyalur). Pada awal pembukaan, sekolah ini hanya mempunyai 17 orang guru iaitu 11 orang guru lelaki dan 6 orang guru perempuan serta 4 orang kakitangan sekolah iaitu seorang lelaki dan 3 orang perempuan. Kini pelajar SMKA Igan telah meningkat menjadi 519 orang dengan 26 bilik darjah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6 serta 59 orang guru dan 17 orang staf sokongan.

Dari sudut fizikal, bangunan-bangunan yang dibina masih kekal hingga sekarang dengan beberapa pertambahan. Fungsi bilik-bilik tertentu diubah bersesuaian dengan tuntutan semasa.

Tahun 2001 mencatatkan sejarah bagi SMKA Igan kerana pada tahun itu adalah julung-julung kalinya 172 pelajar ambilan pertama meduduki peperiksaan PMR seterusnya pada tahun 2002 ambilan pertama tingkatan 4 manakala 2003 adalah SPM pertama.

Senarai Pengetua SMK Agama Igan

Bil Nama Jawatan Tahun
1 Tuan Haji Mohd Badri Bin Haji Ali Akebar Pemangku 1998-2000
2 Tuan Haji Mohd Radzi Bin Bahari Pengetua 2000
3 Hajah Maznah Binti Haji Ahmad Pemangku 2000-2001
4 Tuan Haji Tamit Bin Haji Yusuf Pemangku 2001
5 Tuan Haji Shamsudin Bin Sharkoshi Pengetua 2002-2003
6 Tuan Haji Tamit Bin Haji Yusuf Pemangku 2003-2004
7 Tuan Haji Mustafa Bin Haji Embong Pengetua 2004-2008
8 Puan Hajah Raunah Binti Haji Ali Akebar Pemangku 2008-2010
9 Tuan Haji Tamit Bin Haji Yusuf Pemangku 2010
10 Tuan Haji Wan Abdul Karim Bin Wan Mohammad Pengetua 2010-2011
11 Tuan Haji Tamit Bin Haji Yusuf Pemangku 2011-2012
12 Puan Noriah Binti Haron Pengetua 2012-2014
13 Tuan Haji Saipul Bahri Bin AB Manaf Pengetua 2014-2016
14 Tuan Haji Kanil Bin Haji Ali Hassan Pengetua 2016-2019
15 Encik Morsalin bin Pawi Pengetua 2019-2022
16 Puan Malihah binti Sirat Pengetua 2022-sekarang

Guru - Guru SMK Agama Igan[sunting | sunting sumber]

GURU SMKAI 2016
Pentadbir SMK Agama Igan
Bil Nama Jawatan Gred
1 Malihah binti Sirat Pengetua DG54
2 Hirman bin Mahdan Penolong Kanan Pentadbiran DG48
3 Rosnah Binti Mahamud Penolong Kanan Hal Ehwal Murid DG48
4 Hamzah Bin Mosa Penolong Kanan KoKurikulum DG48
5 Mohd Hussaini Bin Haji Sallehuddin Penolong Kanan Pra Persediaan Universiti DG48
Guru Kanan SMK Agama Igan
Bil Nama Jawatan Gred
1 Hartini Binti Mohd Nadzirin Guru Kanan Sains & Matematik DG48
2 Fadzillah Bin Halpi Guru Kanan Kemanusiaan DG48
3 Mohd Syahmizan Abdullah Guru Kanan Bahasa DG44
4 Syazawani Binti Sapikin Guru Kanan Teknik & Vokasional DG44
5 Ustaz Khairulanwar Bin Sepawi Guru Kanan Pendidikan Islam & Bahasa Arab DG44
Ketua Panitia Subjek SMK Agama Igan
Bil Nama Jawatan Gred
1 Puan Siti Zurairah Binti Zainuddin Ketua Panitia Bahasa Melayu DG44
2 Claudia Christy Binti Blaise Ketua Panitia Bahasa Inggeris DG41
3 Tisebio Anak Tiop Ketua Panitia Sejarah DG41
4 Dayangku Nurazeerah Binti Awg Raduan Ketua Panitia Geografi DG41
5 Awangku Muda Hassim Bin Awang Win Ketua Panitia Matematik DG48
6 Encik Mohammad Farizul Bin Salleh Ketua Panitia Sains DG44
7 Encik Mohammad Farizul Bin Salleh Ketua Panitia Matematik Tambahan DG44
8 Encik Nor Azman Bin Haji Tamit Ketua Panitia Fizik DG44
9 Encik Mohammad Farizul Bin Salleh Ketua Panitia Kimia DG44
10 Encik Omarali Bin Junaidi Ketua Panitia Biologi DG44
11 Encik Mohd Firdaus Bin Iserom Ketua Panitia Perniagaan DG41
12 Encik Mohd Firdaus Bin Iserom Ketua Panitia Ekonomi Asas DG41
13 Benedict Satt Anak Pasang Ketua Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu/RBT DG41
14 Ustaz Muhammad Aliff Bin Alwi Ketua Panitia Pendidikan Syariah Islamiah DG41
15 Ustaz Shahrolnizam Bin Rabaiee Ketua Panitia Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah DG41
16 Ustaz Mohamad Zainuddin Bin Suut Ketua Panitia Pendidikan Islam DG48
17 Ustazah Norsyafiqah Binti Adenan Ketua Panitia Bahasa Arab DG41
18 Encik Haji Hasbi Bin Ali Akebar Ketua Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan DG48
19 Encik Salmi Bin Mahdi Ketua Panitia Pendidikan Seni & Visual DG44
20 Kathelyne Munai Anak Babai Ketua Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan DG41

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pelajar Cemerlang SPM SMKAI 11A 2014

AKADEMIK

PENILAIAN MENENGAH RENDAH
TAHUN GPS PERATUSAN
2009 2.61 36.42%
2010 2.51 54.70%
2011 2.28 71.40%
2012 2.53 51.96%
2013 2.35 77.77%
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
TAHUN GPS PERATUSAN
2009 6.04 97.3%
2010 5.53 100%
2011 5.70 95.31%
2012 5.54 100%
2013 5.33 96.51%
2014 5.58 98.8%
2015 5.86 97%
2016 6.00 95.7%
2017 5.30 100%
2018 4.97 100%
2019 4.20 100%
2020 4.49 100%
2021 4.00 100%

KOKURIKULUM

1) Pesta Pantun - Peringkat Kebangsaan

Pelajar mewakili SMKAI ke Pesta Pantun

2) Syarahan Agama - Peringkat Kebangsaan

3) Kadet Bomba - Peringkat Kebangsaan

4) Olahraga - Peringkat Kebangsaan

Atlit yang mewakili Sarawak ke Karnival

5) Merentas Desa - Peringkat Kebangsaan

6) Bola Sepak - Peringkat Kebangsaan

Pasukan Bola Sepak SMKAI

7) Sepak Takraw - Peringkat Kebangsaan

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Igan
PO BOX 240
96400 Mukah
Sarawak, Malaysia
Telefon : +6010 261 3201
Email : smkagamaigan@gmail.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Atlit SMKAI mewakili Sarawak Rentas Desa