Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki
Lokasi
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Jalan Abdul Samad
Johor Bahru, 80100, Johor Bahru, Johor Darul Takzim
Malaysia
Koordinat1°28′42″N 103°44′40″E / 1.4782°N 103.7444°E / 1.4782; 103.7444Koordinat: 1°28′42″N 103°44′40″E / 1.4782°N 103.7444°E / 1.4782; 103.7444
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBelajar, Berilmu, Berbakti
Nombor sekolah6072221293
Kod sekolahJEB1003
Pengerusi PIBGDr. Nazry bin Yahya
PengetuaEn. Mustaffa Kamal bin Idris
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Azmi bin Mohd Noor
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Faitiazwa binti Ahmad Zaini
Penolong Kanan KokurikulumPn. Azaiah binti Abdul Latip
Faks6072214026

Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki atau nama ringkasnya SABJB, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Abdul Samad.

Pada 2020, Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 926 orang. Ia mempunyai seramai 87 orang guru.2020

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini dinamakan sempena Aminuddin Baki, yang telah diberi nama sempena Aminuddin Baki (Bapa Pendidikan Malaysia).

1962

  • Sekolah ini telah ditubuhkan. Pelajar lelaki telah dipindahkan ke Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB), Johor Bahru, pelajar perempuan telah dipindahkan ke S.M.K (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru.

1964

  • Sekolah ini siap dibina dan sedia untuk digunakan. Ia dinamakan Sekolah Menengah Rendah

1968

  • SABJB telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran, YB Encik Mohd. Khir Johari.
  • Mata air diantara kedua-dua bangunan utama dibina dengan dana yang disumbangkan oleh para pelajar.

1970

  • Pelajar tingkatan 4 telah diterima masuk ke sekolah.

1986

  • SABJB meraikan jubli perak yang telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran, YB Datuk Abdullah Ahmad Badawi.

1988

  • Dua kelas Tingkatan 6 (aliran sastera) telah ditubuhkan di SABJB.

2003

  • Bekas pengetua, Puan Hajah Satia Binti Kassim, telah dilantik sebagai Pegawai Pendidikan Daerah (Pegawai Pendidikan Daerah), Johor Bahru, wanita pertama yang memegang jawatan tersebut.

2021

  • Kelas UUM (Tasawwur Islam, Perniagaan) dibubarkan.

2022

  • Kelas UIA (Tasawwur Islam, Perniagaan) dibubarkan.Batch 05 merupakan batch terakhir yang mengambil pakej tersebut.

Kini(2024)

  • SABJB kini menawarkan tempat untuk murid tingkatan 1 hingga 6.Terdapat 5 pakej aliran tingkatan 4 & 5 yang boleh dipilih iaitu UM (Sains Tulen, Matematik Tambahan), USM (Sains Komputer, Prinsip Perakaunan), UKM (Sains Rumah Tangga, Perniagaan), UPM (Sains Rumah Tangga, Pendidikan Seni Visual), dan UTM (Pendidikan Seni Visual).Bagi tingkatan 6 pula terdapat

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Aminuddin Baki

Sekolah yang sangat ku cinta

Engkaulah pengasas kami

menuju hidup bahagia

Pada guru kami berseru

sedia menaburi ilmu

sehingga kami berjaya menuju ke menara gading

Kami kan berikrar

Tunai amanah ibu bapa

Kami kan belajar

Untuk jadi rakyat berguna

Pada Rukun Negara

kami tetap setia

Khidmat bakti guru semua

Kami sanjung selamanya

Pada ibu pertiwi

Kami tetapkan berbakti

Sekolah Aminuddin Baki

Sekolah yang sangat ku cinta

Engkaulah pengasas kami

menuju hidup bahagia

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

2022

• Khairul Hasni bin Husaini mewakili SABJB dalam acara 100m L 18 Kejohanan MSSD JOHOR BAHRU Ke 54/2022 dan berjaya merangkul pingat emas.

2023

• Pasukan Kawad Kaki KRS SAB berjaya menjadi juara pada peringkat kebangsaan.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki
Jalan Abdul Samad
80100, Johor Bahru
Johor, Malaysia
Telefon = 6072221293
Fax = 6072214026

ABU(Aminuddin Baki Ultras)[sunting | sunting sumber]

Aminuddin Baki Ultras ditubuhkan pada tahun 2023 dengan slogan "SAB dulu baru kamu".Kumpulan penyokong ini ditubuhkan oleh Capo Joe (5 USM) dan Capo Dam (5 USM).Tujuan kumpulan penyokong ini ditubuhkan adalah untuk memberi semangat kepada pemain-pemain yang mewaikili SAB dalam MSSD Bola Sepak.Maskot bagi kumpulan ini ialah Kala Jengking.


Kumpulan ini mula muncul buat pertama kalinya pada Sukan Tahunan Sekolah Kali Ke-57 (2023).

ABU muncul pada akhir Sukan Tahunan SAB Kali Ke-57

Pautan luar[sunting | sunting sumber]