Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau
JenisSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolahNEA6001
Lokasi Malaysia Km 3, Jalan Rompin 72100, Bahau,, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia
Telefon6064541232
Faks6064542549


Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau atau nama ringkasnya SMK Bahau, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 3, Jalan Rompin.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau memiliki 467 pelajar lelaki dan 459 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 926 orang. Ia mempunyai seramai 68 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau terletak di Daerah Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus. Lokasinya terletak di Jalan Rompin, kira-kira 3 kilometer dari pekan Bahau. Terdapat ladang getah dan ladang kelapa sawit disekitar sekolah ini. Pada mulanya sekolah ini menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan St. Aidan di Bahau. Pentadbirannya adalah dibawah kelolaan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mansor. Pada 13 Mac 1982, pentadbiran sekolah telah diambil alih oleh En. Mohd Hamiyan bin Abdul Hamid selaku Pengetua pertama. Pada peringkat awal penubuhan sekolah ini telah dibuka dengan 13 orang guru Dan 315 orang pelajar tingkatan peralihan tingkatan satu. Pelajar-pelajar sekolah ini terdiri daripada pelbagai kaum iaitu melayu, cina, orang asli Dan India. Pelajar-pelajar sekolah ini datang dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil di ladang-ladang sekitar Bahau, Sekolah Kebangsaan St. Aidan, Sekolah Kebangsaan Rompin Dan Sekolah Kebangsaan Tunku Muda Serting. Pada 1 September 1982, sekolah ini telah berpindah ke bangunanya Yang terletak di Jalan Rompin. Sekolah ini dibina di atas tapak seluas 15 ekar termasuk padang permainan. Dua aliran telah diperkenalkan pada awal tahun 1984 iaitu aliran perdangangan Dan aliran teknik/sains rumahtangga. Pengetua pada masa itu ialah En. Shamsuddin bin Abdul Ghani. Pada awalnya, sekolah ini hanya terdiri daripada Blok A,B,C,D dan E sahaja. Blok F dibina pada tahun 1989. Blok G pula didirkan pada tahun 1990. kemudahan-kemudahan ini memberi keselesaan kepada guru-guru dan para pelajar untuk melaksanakan aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau
Km 3, Jalan Rompin
72100, Bahau
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6064541232
Fax = 6064542549

Pautan luar[sunting | sunting sumber]