Bahau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bahau
Bandar Bahau
Bandar Bahau
Negara Malaysia
Negeri Negeri Sembilan
Daerah Jempol
Pentadbiran
 • Ahli Dewan Undangan Negeri (N8) Chew Seh Yong (DAP)
Penduduk (2010)
 • Jumlah 36,645
Zon waktu MST (UTC+8)
 • Musim panas (DST) Tidak tersedia (UTC)
Kod panggilan kebangsaan 06

Koordinat: 2°49′N 102°25′E / 2.817°N 102.417°E / 2.817; 102.417 Bahau merupakan sebuah bandar yang terletak di dalam daerah Jempol, Negeri Sembilan. Ia terletak 11 km dari Bandar Seri Jempol dan 24 km dari Kuala Pilah. Kebanyakan penduduknya bekerja dalam sektor pertanian, diikuti sektor perkhidmatan dan perniagaan. Antara tempat yang menarik di sini ialah Teratak Za'ba.

Terdapat sebuah kampung yang diberi nama Kampung Jambu Lapan dimana wujudnya laluan bersejarah yang lebih dikenali sebagai Penarikan. Berdasarkan sumber maklumat yang boleh dipercayai, Hang Tuah sering menggunakan laluan ini.

Sebuah Pusat Membeli Belah Bahau

Demografi[sunting | sunting sumber]

Penduduk Bahau secara amnya terdiri daripada majoritinya kaum Cina, Melayu (dari kawasan Felda di pinggir bandar) dan India, yang tinggal di kawasan bandar dan ladang-ladang di pinggir.

Gerai majalah di Bahau

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Menara Kecil Jam Bahau

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Jalan[sunting | sunting sumber]

Bahau dihubungkan melalui jalan persekutuan dan batang jalan ke Kuala Pilah, Tampin dan Gemas di Negeri Sembilan manakala Kemayan atau Sungai Lui di Pahang.

Keretapi[sunting | sunting sumber]

Bahau boleh diakses melalui kereta api, yang merupakan salah satu stesen utama di landasan keretapi Pantai Timur yang bermula dari Gemas di selatan ke Tumpat di utara. Stesen kereta api tersebut terletak berhampiran Taman Kwang Hup.

Kawasan bandar[sunting | sunting sumber]

Mahsan, Jelai dan Rompin, merupakan kawasan di pinggir bandar yang memendekkan jarak perjalanan dari Bahau.

Jalan untuk ke Kuala Pilah

Taman Perumahan[sunting | sunting sumber]

  1. Taman Bahau
  2. Taman Rasa Sayang
  3. Taman Cempaka
  4. Taman Angkasa
  5. Taman Khaya
  6. Taman Kwang Hup 2
  7. Taman Margosa
  8. Taman ACBE
  9. Taman Seri Jempol
  10. Taman Satelite 2
  11. Taman Serting Jaya
  12. Taman Kepayang
  13. Taman Putra
  14. Taman Meranti
  15. Taman Bidara
  16. Rumah Rakyat Jambu Lapan
  17. Taman Desa Puteri
  18. Taman Kasih Putra
  19. Taman Satelite
  20. Taman Desa Penarikan
  21. Taman Sornam
  22. Taman Tunku Puan Chik
  23. Bandar IOI Bahau
  24. Taman Juara

Kampung[sunting | sunting sumber]

  1. Kampung Pak Ka Choon
  2. Kampung Batu Bakar
  3. Kampung Cina, Bahau
  4. Kampung Bukit Laka
  5. Kampung Kuala Jempol
  6. Kampung Padang Lalang
  7. Kampung Bukit Kelulut
  8. Kampung Lonek

Bandar Berdekatan[sunting | sunting sumber]

  1. Mahsan
  2. Juasseh
  3. Rompin
  4. Dangi
  5. Batu Kikir

Pautan luar[sunting | sunting sumber]