Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching.jpg
Lokasi
Jalan 2/9A Seksyen 5, SEMENYIH, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan2004
Kod sekolahBEA4632[1]
PengetuaEncik Sabri b Satar
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikEn.Mohamad Thani b.Hj. Mohd Ibrahim
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn Che Tom
SingkatanSemekar
Faks387247578
Laman sesawang



Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching atau nama ringkasnya SEMEKAR, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan 2/9A Seksyen 5.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching memiliki 792 pelajar lelaki dan 733 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1525 orang. Ia mempunyai seramai 90 orang guru.2009

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching ialah sebuah sekolah menengah yang dibina pada tahun 2004 di Fasa Lima, Bandar Rinching, Semenyih yang terletak pula di negeri Selangor, Malaysia.

Sebagai sebuah sekolah perjiranan, pelajar-pelajarnya datang dari sekitar Bandar Rinching. Pada suatu ketika, para pelajar Bandar Rinching harus ke Sekolah Kebangsaan Semenyih untuk persekolahan mereka. Maka dengan pembukaan sekolah ini, banyak masa, tenaga dan wang boleh dijimatkan, selain daripada memberikan kemudahan kepada para penduduk di Bandar Rinching.

Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching mengendalikan 20 buah kelas yang terdiri daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Ia mempunyai sebuah koperasi yang didaftarkan pada 23 Jun 2005 untuk kemudahan para pelajar.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar RiNCHING
Jalan 2/9A Seksyen 5
Selangor,  Malaysia
Telefon = 387247578
Fax = 387247578
Laman Sesawang = http://www.smkbr.edu.my/

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]