Sekolah Menengah Kebangsaan Bintulu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Bintulu
Moto Mansang
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Pengetua Ananthan A/L Subramaniam (2010-kini)
Kod sekolah YEE9103
Lokasi Bintulu , Sarawak,  Malaysia
Laman web http://www.smkbintulu.com/
Telefon 6086331217
Faks 6086317518


Sekolah Menengah Kebangsaan Bintulu atau nama ringkasnya SMK Bintulu, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di KM 5 Jalan Sultan Iskandar, Bintulu, Sarawak.

Pada tahun 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bintulu memiliki 1876 pelajar lelaki dan 1833 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 3709 orang. Sekolah ini mempunyai seramai 202 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bintulu (SMK Bintulu) telah bertapak sejak tahun 1962 dan telah dibina dengan bantuan kewangan daripada Kerajaan New Zealand di bawah rancangan Colombo. Nama asal sekolah ini adalah Bintulu Government Secondary School (BGSS) sebelum ditukarkan kepada nama sekarang iaitu SMK Bintulu. Pengetua pertama sekolah ini ialah Encik Matnor bin Munir. Pada tahun 1964, SMK Bintulu telah dipindahkan dari tapak asal (Bangunan Kerajaan berdekatan dengan Poliklinik) ke tapak sekarang.

Hasil cetusan idea beberapa orang guru yang diketuai oleh Pengetua Nicholas Ugul, Koperasi SMK Bintulu telah ditubuhkan pada tahun 1991. Pada tahun 1992, PIBG SMK Bintulu ditubuhkan oleh Encik Jolin Antau Yang dan beliau menjadi YDP PIBG SMK Bintulu yang pertama.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pencapaian kokurikulum SMK BIntulu.

TAHUN PERTANDINGAN PERINGKAT PENCAPAIAN
Feb 2012 Kejohanan Hoki MSS Bahagian Bintulu Bahagian Johan Keseluruhan
April 2012 Kejohanan Balapan & Padang MSS Bahagian Bintulu Bahagian Johan Keseluruhan
Jun 2012 First Lego League European Open Championship 2012 Antarabangsa Johan Antarabangsa
Mac 2013 Kejohanan Balapan & Padang MSS Bahagian Bintulu Bahagian Johan Keseluruhan
April 2013 Kejohanan Badminton MSS Bahagian Bintulu Bahagian Johan Keseluruhan
Mac 2014 Kejohanan Balapan & Padang MSS Bahagian Bintulu Bahagian Johan Keseluruhan
2015 Kejohanan Balapan & Padang MSS Bahagian Bintulu Bahagian Johan Keseluruhan
Ogos 2015 Hari Koperasi Peringkat Kebangsaan Kebangsaan Johan
2015 Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan Kebangsaan Johan Keseluruhan
2016 Kejohanan Balapan & Padang MSS Bahagian Bintulu Bahagian Johan Keseluruhan
2016 Kejohanan Hoki MSS Bahagian Bintulu Bahagian Naib Johan Keseluruhan

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bintulu
KM 5 Jalan Sultan Iskandar, P.O.Box 97,
97007, Bintulu
Sarawak, Malaysia
Telefon = 086-331217
Fax = 086-317518

Pautan luar[sunting | sunting sumber]