Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jambul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jambul
Moto Cemerlang, Gemilang, Terbilang
Dirasmikan 1 Januari 2001 (15 tahun)
Jenis Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan, Sekolah Harian
Pengetua Puan Noorzela Binti Abu Bakar
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Puan Ilhiana Binti Ismail
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Siti Indriati Binti Abdul Aziz
Penolong Kanan Kokurikulum Encik Mohamad Zaki Bin Ani
Pengerusi PIBG Encik Mohamad Foaz Bin Abdul Hamid
Kod sekolah PEA1212
Lokasi Jalan Bukit Gambier 11700, Gelugor,, Mutiara Timur,  Malaysia
Nama singkatan SMKBJ
Laman web Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jambul
Telefon +604-6564826
Faks +604-6595343


Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jambul atau nama ringkasnya SMK Bukit Jambul, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Bukit Gambier.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jambul memiliki 475 pelajar lelaki dan 569 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1044 orang. Ia mempunyai seramai 61 orang guru.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jambul, terletak di Jalan Bukit Gambier bersebelahan dengan Jabatan Pelajaran Pulau Pinang. Sekolah ini mula dibuka pada 1 Januari 2001. Pada peringkat awal penubuhan sekolah, hanya terdapat 14 orang guru dan pelajar seramai 220 orang yang ditempatkan di dalam 6 kelas tingkatan satu.

Pengetua -pengetua SMK Bukit Jambul ialah:

Pengetua pertama :En. Abu bin Hassan

Pengetua kedua :Pn. Zainab bt. Ayub

Pengetua ketiga :En. Jalil bin Saad

Pengetua keempat :En. Abdul Rashid bin Abdul Samad

Kini, SMK Bukit Jambul semakin matang dan dewasa. Dengan kepemimpinan Pn. Noorzela bt Abu Bakar bersama-sama dengan 63 orang tenaga pengajar yang berdedikasi, diamanahkan untuk mendidik sejumlah 927 orang pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum. Pelajar-pelajar sekolah ini dipilih daripada sekolah-sekolah rendah berhampiran berdasarkan pencapaian cemerlang UPSR. Terdapat 30 kelas untuk menempatkan pelajar-pelajar tingkatan satu hingga lima.

SMK Bukit jambul merupakan sekolah harian biasa di bawah Jabatan Pelajaran Negeri. Berpegang pada moto Cemerlang, Gemilang, dan Terbilang. SMK Bukit Jambul telah berjaya mencipta kejayaan cemerlang dalam akademik iaitu:

PMR 2010, dengan mendapat GPS 1.16 dan 122 orang calon mendapat semua A.

SPM 2010, mencatat keputusan GPS 2.21 dan 44 orang calon mendapat semua A.

PMR 2011, kejayaan yang lagi cemerlang iaitu mendapat GPS 1.10

PMR 2012, telah dinobatkan sebagai sekolah terbaik PMR di Pulau Pinang dengan GPS 1.09.

SPM 2012, telah mendapat kelulusan 100% bagi semua mata pelajaran dengan GPS 2.11.

SPM 2013, mencatat keputusan cemerlang dengan GPS 2.02.

SPM 2014, mencatat keputusan gemilang dengan GPS 1.99.

Pada 27 September 2011, SMK Bukit Jambul mencipta sejarah apabila diberikan pengiktirafan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. SMK Bukit Jambul juga telah mendapat anugerah Tawaran Baru atau Baiah 3 tahun berturut-turut daripada Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2011, 2012 dan 2013.

Pada 30 Oktober 2014, SMK Bukit Jambul mencipta sejarah sekali lagi apabila diberi pengiktirafan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebagai Sekolah Beprestasi Tinggi, diharapkan SMK Bukit Jambul akan terus menjana kecemerlangan dan seterusnya menjadi sekolah pilihan utama di Pulau Pinang.

Bendera SMK Bukit Jambul[sunting | sunting sumber]

Bendera SMKBJ

Penerangan Tentang Bendera:

Bendera SMKBJ menggunakan warna merah, kuning dan biru di samping warna putih sebagai latar belakangnya.

⁰        Jalur Kuning menggambarkan cahaya atau sinaran dan harapan.

⁰        Jalur Merah menggambarkan keberanian dan kejayaan.

⁰        Jalur Biru menggambarkan ketenangan, kejujuran, keamanan dan kecintaan kita terhadap sekolah dan negara.

⁰        Latar belakang berwarna putih menggambarkan ketulusan, kebersihan dan keikhlasan dalam apa jua tindakan dan kerja yang dilakukan. 

Lencana SMK Bukit Jambul[sunting | sunting sumber]

Lencana SMKBJ

Penerangan Tentang Lencana:

•      Bukit merupakan pengenalan sekolah ini kerana terletak di kaki bukit Bukit Jambul.

•      Di bahagian kiri dan kanan logo, terdapat dua bentuk yang seimbang iaitu empat jalur yang menggambarkan ilmu yang seimbang: rohani, jasmani, emosi dan intelek.

•      Tiga tiang di bahagian tengah menggambarkan gabungan akidah, syariah dan akhlak atau kepercayaan, amalan dan moral. Tiga tiang juga menggambarkan tiga kaum yang hidup bersatu padu dan harmoni.

•      Di bahagian tengah logo pula, menggambarkan teknologi maklumat yang dijadikan asas pengajaran dan pembelajaran.

•      Warna kuning menggambarkan cahaya atau sinaran dan harapan kegemilangan institusi.

•      Warna merah menggambarkan keberanian dan kejayaan.

•      Warna biru menggambarkan ketenangan, kejujuran, keamanan dan kecintaan terhadap agama, bangsa dan negara.

•      Huruf ‘U’ yang mengelilingi hampir sebahagian logo menggambarkan uniti.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Lagu Sekolah.png

Visi Sekolah[sunting | sunting sumber]

SEKOLAH UNGGUL, PELAJAR TERBILANG

Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

SMK Bukit Jambul beriltizam membangunkan potensi individu melalui usaha-usaha kreatif dan inovatif dalam mencipta keterbilangan akademik, kokurikulum dan kemenjadian pelajar hingga persada antarabangsa.

Matlamat Sekolah[sunting | sunting sumber]

SMK Bukit Jambul beriltizam untuk mencapai matlamat berdasarkan perancangan strategik sekolah 2016-2020:

1.      Menggembleng seluruh sumber untuk mengekalkan kedudukan sekolah dalam Band 1 dengan skor komposit melebihi 91.

2.      Melonjakkan prestasi PT3 dan SPM berdasarkan jadual berikut:

Tahun 2016 2017 2018 2019 2020
PT3 1.47 1.44 1.40 1.30 1.20
SPM 1.80 1.77 1.74 1.70 1.65

3.      Mencapai  kecemerlangan kokurikulum dengan menjadi johan di peringkat kelompok, negeri dan seterusnya bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

4.      Membina iklim sekolah yang sihat lagi dinamik bagi menghasilkan generasi pelajar yang proaktif, prihatin, dan penyayang dalam konteks suasana pembelajaran yang kondusif, selamat dan sejahtera.

5.      Memantapkan disiplin dan memperkasakan kepimpinan pelajar ke peringkat global.

6.      Melahirkan warga sekolah yang berilmu, berketerampilan , kreatif dan inovatif bagi memenuhi aspirasi negara dan memenuhi tuntutan global.

7.      Mengamalkan budaya ilmu, penyayang dan saling bermuafakat dalam kalangan warga sekolah, ibu bapa dan komuniti.

Moto Sekolah[sunting | sunting sumber]

CEMERLANG GEMILANG TERBILANG

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

- Tempat pertama RHB Mighty Minds Peringkat Kebangsaan 2008.

- Tempat ke-3 RHB Mighty Minds Peringkat Kebangsaan 2012.

- Keputusan PMR 2010 Terbaik Di Daerah Pulau,Pulau Pinang.

- Keputusan PMR 2012 Terbaik Di Seluruh Negeri Pulau Pinang.

- Diberikan pengiktirafan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 27 September 2011.

- 6 Pelajar mendapat semua A dalam PT3 2014 (5 Mendapat 9A ,1 Mendapat 10A ).

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jambul
Jalan Bukit Gambier
11700, Gelugor
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = +604-6564826
Fax = +604-6595343

Pautan luar[sunting | sunting sumber]