Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rambai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rambai
Lokasi
Bukit Rambai, 75250, Melaka,, Melaka Bandar Bersejarah
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6063517977
Kod sekolahMEA2099[1]
PengetuaEn Shaharum bin Husain
GPK Pentadbiran dan AkademikPn Hjh Nor Fazilah bt Hj Abd Rahman
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn Abu Hassan bin Jantan
Penolong Kanan KokurikulumPn Nik Anita
Faks6063517978


Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rambai atau nama ringkasnya SMK Bukit Rambai, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Bukit Rambai.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rambai memiliki 920 pelajar lelaki dan 959 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1879 orang. Ia mempunyai seramai 105 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rambai terletak di Jalan Bukit Rambai, daerah Melaka Tengah. Sekolah ini bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai. Luas tapak sekolah ini adalah lebih kurang 57683 meter persegi. Pada asalnya kawasan ini adalah ladang getah berbukit.

Pembinaan sekolah ini telah dimulakan pada pertengahan tahun 2000 dan siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2001. Sekolah ini telah dibina oleh Sahs Maju Sdn. Bhd.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rambai mula beroperasi pada bulan Julai 2002 dengan tenaga pengajar seramai 37 orang dan mempunyai seramai 322 pelajar tingkatan 1 dan 222 pelajar tingkatan 2.

Pengetua pertama sekolah ini ialah Datin Hajah Hasiah binti Hasan dan dibantu oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik, Encik Megat Nasir bin Megat Hashim, Guru Penolong Kanan HEM, Puan Hajah Jamilah binti Md Yusoh dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Md Zin bin Jaafar.

Senarai Pengetua

  1. Datin Hajah Hasiah binti Hassan (2002 - 2003)
  2. Tuan Haji Kassim bin Mohamad
  3. Puan Hajah Norizan binti Ismail
  4. Tuan Haji Hamzah bin Abdul, BCM
  5. Tuan Haji Rashid bin Abdul Hamid
  6. Encik Zainal bin Aman
  7. Puan Hajah Hamidah binti Sabtu
  8. Puan Hajah Rosni binti Haji Rosli
  9. Tuan Haji Mohamad Nor bin Jaafar (kini)

Senarai Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik

  1. Encik Megat Nasir bin Megat Hashim
  2. Encik Anual bin Haji Yaakob
  3. Puan Hajah Jamilah binti Md Yusoh
  4. Puan Hajah Hamidah binti Sabtu
  5. Tuan Haji Abdul Talib bin Abdullah
  6. Puan Khatijah binti Mohd Shah (kini)

Senarai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)

  1. Puan Hajah Jamilah binti Md Yusoh
  2. Tuan Haji Abdul Talib bin Abdullah
  3. Ustaz Mohammad Rezel bin Masah
  4. Encik Abu Hassan bin Jantan (kini)

Senarai Guru Penolong Kanan Petang

  1. Encik Mohamad Diah bin Ibrahim (2006)
  2. Encik Peong Poh Boon
  3. Puan Norfaizah binti Mustafa
  4. Puan Hajah Nazala binti Ahmad

Jumlah guru juga telah meningkat dari 37 orang guru profesional kepada 128 orang guru profesional. Begitu juga dengan jumlah pelajar dari 544 orang meningkat kepada 1693 orang dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 (sehingga tahun 2019)

Oleh kerana bilangan murid yang semakin bertambah dan bilangan kelas tidak dapat menampung bilangan murid pada tahun 2006, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rambai telah dijadikan 2 sesi iaitu pelajar tingkatan 3 hingga 5 mengikuti persekolahan sesi pagi dan pelajar tingkatan 1 hingga 2 mengikuti persekolahan sesi petang. Bermula tahun 2009 juga diperkenalkan satu kelas pendidikan khas yang terletak di bangunan baru.

Mulai tahun 2019, SMK Bukit Rambai kembali semula kepada sistem persekolahan satu sesi.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rambai
Bukit Rambai
75250, Melaka
Melaka, Malaysia
Telefon = 6063517977
Fax = 6063517978

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]