Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rangin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rangin
Lokasi
Bukit Rangin, 25150, Kuantan,, Pahang Darul Makmur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6095366235
Kod sekolahCEA4081
Faks6095361457


Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rangin atau nama ringkasnya SMK Bukit Rangin atau juga dikenali sebagai BRASS (Bukit Rangin Secondary School), merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Bukit Rangin.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rangin memiliki 622 pelajar lelaki dan 552 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1174 orang. Ia mempunyai seramai 71 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Bukit Rangin

SMK Bukit Rangin mula dibuka pada 1 Januari 2001 dan menumpang di SK Bukit Rangin yang terletak di lebuh pintas Kuantan - Terengganu. Bilangan pelajar di SMK Bukit Rangin pada 31 Januari 2001 adalah seramai 340 orang dan 24 orang guru serta 3 orang staf sokongan. Pada November 2001, banjir besar telah melanda kawasan Sungai Isap dan Permatang Badak. Berikutan banjir tersebut, seluruh kawasan perumahan dan sekolah termasuk bangunan SMK Bukit Rangin yang baru dibina telah ditenggelami air. Pada 1 Januari 2002, SMK Bukit Rangin telah berpindah ke bangunan sendiri yang baru dibina.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pernah melahirkan atlet menembak sehingga mewakili negeri pahang dan malaysia pada tahun 2011 iaitu Muhammad Nazirul Azhar Bin Abdul Mutalib

Juga pernah melahirkan atlet sukan catur sehingga mewakili negeri pahang pada tahun 2008 dan 2009 iaitu Muhammad Ameersyah Adhwa

Kelas[sunting | sunting sumber]

  • Cendekia
  • Bestari
  • Etika
  • Terampil
  • Arif
  • Dedikasi
  • Inovatif

Kelas lain[sunting | sunting sumber]

  • Etika - Tingkatan 4 & 5

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rangin,
Bukit Rangin,
25150, Kuantan,
Pahang,  Malaysia.
Telefon : 6095366235
Faks : 6095361457

Pautan luar[sunting | sunting sumber]