Sekolah Menengah Kebangsaan Chini Timur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Chini Timur
Lokasi
 Malaysia Felda Chini Timur 2,, 26690, Chini, Pahang Darul Makmur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6094571559
Kod sekolahCEA5073
Faks6094571921


Sekolah Menengah Kebangsaan Chini Timur atau nama ringkasnya SMK Chini Timur, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Felda Chini Timur 2.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Chini Timur memiliki 2000 pelajar lelaki dan 1800 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 3800 orang. Ia mempunyai seramai 200 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

PENDAHULUAN

Penubuhan SMK Chini Timur pada dasamya adalah untuk menampung pelajar-pelajar menengah rendah yang tinggal di Felda Chini Timur untuk mengatasi masalah pengangkutan dan bilangan kelas yang tidak nmencukupi di Sekolah Menengah Kebangsaan Chini (SMKC). SMK Chini Timur pada asalnya beroperasi sebagai Sekolah Menengah Chini (cawangan) dan kemudiannya baru dikenali sebagai SMK Chini Timur.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHINI ( CAWANGAN  SMKC ( C ) )

SMKC ( C ) telah beroperasi secara tidak rasmi pada 30 November 1995 bagi sesi pendaftaran pelajar Tingkatan1 Secara rasminya SMKC ( C ) telah beroperasi pada 4 Disember 1995 iaitu tarikh permulaan bagi sesi 95/96 bertempat di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Chini Timur 2 & 3

( SKCT 2 & 3 ), di Blok B pada sidang petang sahaja. Jentera pentadbiran SMK ( C ) masih berpusat di SMKC dan pengurusan di SMKC ( C ) diketuai oleh seorang penyelia iaitu Pn.Norlida bt. Ab. Latif. Tenaga guru yang diperuntukan ialah seramai 13 orang sahaja iaitu 9 orang guru terlatih dan 4 orang guru sandaran tidak terlatih. Bilangan kelas adalah sebanyak 8 buah iaitu 4 kelas bagi tingkatan 1 dan 4 kelas bagi tingkatan 2. Penetapan kelas telah dilaksanakan mengikut Pilihan Kemahiran Hidup Bersepadu Jumlah pelajar adalah seramai 286 orang iaitu 140 orang bagi tingkatan 2 dan 146 orang bagi tingkatan 1.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHINI TIMUR ( SMKCT )

SMK Chini Timur telah diwujudkan dengan rasminya pada 1 januari 1997 bagi menggantikan SMKC ( C ). SMK Chini Timur telah beroperasi secara berasingan daripada SMKC dan penempatan SMK Chini Timur adalah di Blok B di SKCT 2 & 3 pada sidang petang sahaja. Jentera pentadbiran adalah diketuai oleh seorang Pengetua iaitu En Baharudin bin Setapa dan dibantu oleh Pn. Norlida binti Ab. Latif selaku GPK 1 serta Tn. Hj. Abd ghani bin. Jusoh selaku GPK HEM.

SMK Chini Timur mempunyai tenaga pengajar seramai 27 orang iaitu 25 orang guru terlatih dan 2 orang guru sandaran tidak terlatih. Pentadbiran sekolah dibantu oleh 3 orang kakitangan sokongan iaitu seorang Pembantu Tadbir dan 2 orang Pembantu Makmal. Bilangan kelas adalah sebanyak 13 buah iaitu 4 kelas tingkatan 3, 4 kelas tingkatan 2 dan 5 kelas tingkatan 1. Penetapan kelas dibuat berdasarakan Pilihan Kemahiran Hidup Bersepadu. Jumlah pelajar pula adalah seramai 440 orang iaitu 140 pelajar tingkatan 3, 144 pelajar tingkatan 2 dan 156 pelajar tingkatan 1. Tahun 1997 adalah merupakan tahun pertama SMK Chini Timur mempunyai calon sekolah dan 2 calon menumpang.

SMK CHINI TIMUR (1998)

Pada sesi 1990, SMK Chini Timur teiah beroperasi di Blok C dan D di SKCT 2 & 3 dalam dua sesi laitu sesi pagi dan sesi petang .Jentera pentadbiran masih diketuai oleh Tuan Pengetua, En. Baharudin bin Setapa dan dibantu oleh Pn Norlida binti Ab. Latif selaku GPK 1 dan Tuan. Hj. Abd. Ghani bin. Jusoh selaku GPK HEM .SMK Chini Timur juga menerima peruntukan GPK Ko-Kurikulum iaitu En. Mohd. Isa bin. Hj. Abdollah dan seorang Penyelia Petang iaitu En Hamdan Nor bin Abdullah.

Tenaga pengajar adalah seramai 27 orang iaitu 14 PPP Siswazah dan 12 PPP Bukan Siswazah serta seorang GSTT. Sesi pagi menggunakan khidmat 15 tenaga pengajar manakala sesi petang seramai 12 tenaga pengajar yang diperuntukan. Pentadbiran sekolah dibantu oleh 3 orang kakitangan sokongan iaitu seorang Pembantu Tadbir dan 2 orang Pembantu Makmal. Bilangan kelas yang diperuntukan adalah sebanyak 13 buah kelas iaitu 4 kelas tingkatan 3, 4 kelas tingkatan 2 dan 5 kelas tingkatan 1. Bagi sesi pagi terdapat 6 kelas yang beroperasi manakala bagi sesi petang pula sebanyak 7 kelas.

Terdapat sebanyak 499 orang pelajar iaitu 228 orang pada sesi pagi dan 271 orang pada sesi petang. Pelajar tingkatan 3 adalah seramai 147 orang, tingkatan 2 seramai 156 orang dan tingkatan 1 seramai 196 orang.

Dalam keputusan PMR 1997, SMK Chini Timur telah berjaya memperolehi 48.6 % dengan 6 orang pelajar cemerlang dan keputusan tertinggi 7 A 1B, calon PMR seramai 138 orang

SMK CHINI TIMUR (1999)

Pada sesi 1998, SMK Chini Timur telah beroperasi di Blok C dan D di SKCT 2 & 3 dalam dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Jentera pentadbiran masih diketuai oleh Tuan Pengetua, En Baharudin b. Setapa dan dibantu oleh Pn. Norlida bt. Ab. Latif selaku GPK 1, Tn, Hj. Abd. Ghani b. Jusoh selaku GPK HEM, En. Mohd. Isa b. Hj. Abdollah selaku

GPK Ko-Kurikulum dan seorang Penyelia Petang iaitu En. Hamdan Nor b. Abdullah.

Tenaga pengajar adalah seramai 29 orang iaitu 16 PPP Siswazah dan 11 PPP Bukan Siswazah serta 2 orang GSTT Sesi pagi menggunakan khidmat 17 orang tenaga pengajar manakala sesi petang seramai 12 orang tenaga pengajar yang diperuntukan. Pentadbiran sekolah dibantu oleh 3 orang kakitangan sokongan iaitu seorang Pembantu Tadbir dan 2 orang Pembantu Makmal. Bilangan kelas yang diperuntukan adalah sebanyak 14 buah kelas iaitu 4 kelas tingkatan 3, 5 kelas tingkatan 2 dan 5 kelas tingkatan 1. Bagi sesi pagi terdapat 7 kelas yang beroperasi manakala bagi sesi petang pula sebanyak 7 kelas.

Terdapat sebanyak 554 orang pelajar iaitu 288 orang pada sesi pagi dan 266 orang pada sesi petang. Pelajar tingkatan 3 adalah seramai 166 orang, tingkatan 2 seramai 203 orang dan tingkatan 1 seramai 185 orang. Dalam Keputusan PMR 1998, SMK Chini Timur telah berjaya memperolehi 42.2 % dengan 9 orang pelajar cemerlang dan keputusan tertinggi 7A 1B, calon PMR seramai 147 orang

SMK CHINI TIMUR (2000)

Pada sesi 2000, SMK Chini Timur talah beroperasi di blok C dan D diSKCT 2 & 3 dalam dua sesi,  iaitu sesi dan sesi patang. Jantera pentadbiran masih diketuai olah Tuan Pangetua,

En Baharudin bin Satapa dan dibaritu olah Pn Norlida binti Ab Latif salaku GPK 1, Tn Hj. Abd Ghani bin Jusoh selaku GPK HEM, En. Mohd Isa bin Hj Abdollah selaku GPK Ko-Kurikulum dan seorang Penyelia Petang iaitu En. Hamdan Nor bin. Abdullah.

Tenaga pengajar adalah seramai 33 orang iaitu 21 PPP Siswazah dan 11 PPP Bukan Siswazah serta seorang GSTT Sasi pagi manggunakan khidmat 17 orang tenaga pengajar manakala sasi patang seramai 16 orang tenaga pengajar yang diperuntukan. Pentadbiran sekolah dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir, 2 orang Pembantu Makmal dan 3 orang Pembantu Am Rendah. Bilangan kelas yang diperuntukan adalah sebanyak 17 buah kelas iaitu 6 kelas

tingkatan 3, 5 kelas tingkatan 2 dan 6 kelas tingkatan 1. Bagi sesi pagi terdapat 8 kelas yang beroperasi manakala bagi sesi petang pula sebanyak 9 kelas.

Terdapat sebanyak 591 orang pelajar iaitu 276 orang pada sesi pagi dan 315 orang pada sesi petang. Pelajar tingkatan 3 adalah seramai 204 orang, tingkatan 2 seramai 174 orang dan tingkatan 1 seramai 213 orang.

Dalam Keputusan PMR 1999, SMK Chini Timur telah berjaya memperolehi 60.2 % dengan seorang pelajar cemerlang iaitu dengan memperolehi 6A 1B 1C. Calon PMR seramai 166 orang.

SMK CHINI TIMUR (2001)

Pada 30 Ogos 2000, SMK Chini Timur berpindah secara rasmi ke sekolah baru dan beroperasi secara rasmi pada 11 September 2000 iaitu selepas Cuti Pertengahan Penggal ke - 2 Proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan pada waktu pagi sahaja.

Pada sesi 2001, bilangan pengajar bertambah daripada 33 orang kepada 46 orang iaitu 30 orang PPP Siswazah dan 12 orang PPP Bukan Siswazah serta 4 orang GSTT. Pentadbiran sekolah dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir, 2 orang pembantu Makmal dan 3 orang Pembantu AM Rendah.

Pada tahun ini juga, SMK Chini Timur menjalani perubahan bilangan kelas yang amat besar kerana telah mewujudkan kelas tingkatan 4 sebanyak 6 buah kelas. Pada 1 Febuari 2001 pula pelajar SMK Chini Tingkatan 5 telah berpindah ke SMK Chini Timur sebanyak 3 kelas menjadikan jumlah kelas semuanya sebanyak 26 kelas iaitu 6 buah kelas tingkatan 1, 6 buah kelas tingkatan 2 dan lima buah kelas tingkatan 3.

Bagi Menengah Atas, SMK Chini Timur telah menawarkan 1 kelas Sains, 1 kelas Akaun, 2 kelas Ekonomi dan 2 kelas Sastera bagi tingkatan 4. Tingkatan 5, 1 kelas Sains dan 2 kelas Ekonomi.

Pada sesi 2000, peperiksaan PMR telah dilaksanakan di sekolah baru Keputusannya SMK Chini Timur telah Berjaya mendapat 63.4 % dengan 13 orang pelajar cemerlang dan seramai 2 orang memperolehi 8A.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Chini Timur
Felda Chini Timur 2,
26690, Chini
Pahang, Malaysia
Telefon = 6094571559
Fax = 6094571921

Pautan luar[sunting | sunting sumber]