Sekolah Menengah Kebangsaan D P H Abdul Gapor (Integ)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan D P H Abdul Gapor (Integ)
Lokasi
 Malaysia Lorong Stampin 23, Jalan Stampin, 93350, Kuching,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6082451130
Kod sekolahYEA1201
Faks6082571877


Sekolah Menengah Kebangsaan D P H Abdul Gapor (Integ) atau nama ringkasnya SMK D P H Abdul Gapor (Integ), merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Lorong Stampin 23, Jalan Stampin.

Pada 2021, Sekolah Menengah Kebangsaan D P H Abdul Gapor (Integ) memiliki 929 pelajar lelaki dan 897 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1826 orang. Ia mempunyai seramai 140 orang guru. Integrasi di belakang nama sekolah bermaksud kita mempunyai 2 aliran iaitu aliran perdana dan pendidikan khas. Aliran Pendidikan Khas kita terdiri daripada LD iaitu Learning Disability atau Masalah Pembelajaran dan Masalah Pendengaran ).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kerajaan Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor, Stampin di Jalan Stampin ditubuhkan oleh Jabatan Pelajaran Sarawak dan dinamakan sebagai Sekolah Menengah Kerajaan Bahasa Malaysia, Kuching pada tahun 1974. SMK DPHA Gapor terletak kira-kira 3 km dari Ibu Pejabat Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, 4 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan 8 km dari Bandaraya Kuching. Ia bertapak di sekitar tanah yang beralun dan tanah rendah seluas 12.15 hektar.

Pada peringkat awal, S.M.K. D.P.H.A. Gapor menumpang di SRK Lumba Kuda di Jalan William Tan pada 1hb Januari 1974 sehingga bulan Julai tahun 1975. Pengetua sekolah yang pertama ialah Haji Abdul Rahman bin Sahari (1974 – 1976). Pada masa itu, sekolah ini mempunyai 4 buah kelas iaitu satu Kelas Peralihan, dua kelas Tingkatan Satu, dan dua Kelas Tingkatan Dua. Pada tahun 1974, hanya terdapat 182 orang pelajar dan sebahagiannya adalah pelajar asrama. Jumlah guru pula seramai empat orang sahaja.

Pada mulanya, sekolah ini mempunyai dua cogan kata iaitu satu, terletak pada lencana sekolah (BM) yang bermaksud "BERJAYA MAJU" atau Bahasa Malaysia dan yang satu lagi secara rasmi ialah "KE ARAH KECERMELANGAN". Walau bagaimana pun, Cikgu Bedui bin Une, pengetua ke-10 sekolah ini telah membuat sedikit pindaan terhadap moto sekolah iaitu mudah, logik dan praktikal. Tema lagu sekolah pula ialah "USAHA DAN YAKIN" yang dicipta oleh En. Zainuddin Hj. Suut.

Pada tahun 1974, bilangan kelas bertambah sebanyak 4 buah lagi. 2 kelas peralihan,3 kelas Tingkatan Dua dan 1 kelas Tingkatan Tiga. Bulan April 1974 merupakan sejarah sekolah ini kerana ia telah dipindahkan dari S.R.K. Lumba Kuda ke premis baru di Jalan Tun Jugah, Stampn. Dengan itu SMK DPHA Gapor juga dikenali sebagai SMK Stampin. Sekolah ini juga merupakan sekolah pertama di Negeri Sarawak yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Pada tahun 1975, terdapat satu kelas Tingkatan Satu dan sembilan kelas peralihan. Pada tahun 1976, kelas Tingkatan Dua hanya terdapat satu buah dan tujuh kelas Tingkatan Satu. Selain itu, terdapat 10 kelas peralihan. Pada tahun 1977, bilangan kelas menjadi 26 buah kelas. Terdapat lapan kelas peralihan, 10 kelas tingkatan satu, tujuh kelas tingkatan dua dan satu kelas tingkatan tiga. Dalam tahun 1976, kemasukan pertama pelajar integrasi dari Semenanjung Malaysia seramai 20 orang dan enam dari sabah. Program integrasi pelajar ini dianjurkan oleh Yayasan Sarawak. Kesemua mereka ialah pelajar lelaki.

Pada 18 Julai 1987, sekolah ini telah dirasmikan oleh Menteri Kewangan pada masa itu iaitu Yang Berhormat Mulia Tan sri Tengku Razaleigh Hamzah. Tahun 1986 merupakan tahun yang paling mencabar dalam sejarah perkembangan sekolah ini kerana pada tahun ini, buat julung kalinya sekolah ini telah menerima kemasukan pelajar-pelajar Tingkatan 6 Rendah Sastera ( 3 kelas ) dan pelajar-pelajar cacat pendengaran Tingkatan 3 ( kelas khas ). Justeru itu, pada tahun 1987, sekolah ini mengeluarkan calon-calon STPMnya dan SRP ( cacat pendengaran ) yang pertama. Pada masa itu, Pengetua Sekolah ini ialah Pn. Fatimah Matair.

Kelas Tingkatan 3 khas ialah kelas yang telah dipindahakan dari S.M.K. Batu Lintang bersama dengan cikgunya sekali, iaitu Cik Elizabeth dan En. Adam. Dua sebab mengapa kelas ini berpindah ke S.M.K. Stampin ialah:-

(i) S.M.K. Stampin merupakan sekolah berasrama. Kebanyakan pelajar asrama pada masa itu datang dari daerah Bau, Lundu, Serian, Tebakang, Santubong dan Bako.
(ii) S.M.K. Batu Lintang telah menubuhkan kelas khas untuk pelajar buta ( Pusat Berdekatan ) dan ia tidak dapat mengendalikan 2 kelas khas sekali gus.

Pelajar-pelajar khas ini datang dari seluruh pelusuk Negeri Sarawak. Kelas khas ini semakin bertambah kepada 5 buah pada tahun 1996. Pelajar-pelajar khas yang telah menduduki peperiksaan SRP/PMR, mereka melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam, Selangor.

Kini (2021), kita mempunyai 1 kelas Peralihan, 10 kelas Tg 1, 2, 3, 4 dan 5 dan 4 kelas tingkatan enam. Disampin itu kita mempunyai 15 kelas Pendidikan Khas dengan 95 orang murid.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan D P H Abdul Gapor (Integ)
Lorong Stampin 23, Jalan Stampin
93350, Kuching
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6082451130
Fax = 6082571877

Pautan luar[sunting | sunting sumber]